Showing posts with label Gila k-pop. Show all posts
Showing posts with label Gila k-pop. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

Gadis bertudung dipeluk artis Korea?


Rasanya hari ni semua hot pasal isu ni. Sana sini kalau scroll timeline memang orang post dan komen saja pasal isu ni. Pada mulanya CH blur-blur jugak, apahal sorang kakak senior plus ex-colleague meroyan pasal k-pop. Maklum ler,hari ni last exam untuk sem kali ni.So, memang CH bertapa mengadap buku aje la. Lepas di explain, baru CH paham. Semua pasal video artis k-pop tu lerrr....




                         
Sumber : Youtube


Rasanya kalau korang mengikuti tentang berita artis k-pop ni, maybe korang tahu semalam (10 Januari) B1A4 ada fanmeeting di Malaysia. Haruslah budak-budak ni terkinja-kinja nak jumpa artis pujaan diaorang. Hal ni jadi macam ni sebab diaorang hilang pertimbangan diri,dek kerana di dorong rasa keterujaan melampau plus nak tunjuk kat kengkawan kot....kot aje laaaa...

CH ni bukanlah anti artis korea sangat. Kalau setakat drama korea dan Running Man tu memang CH minat. Sesaja nak release tension. Tapi kalau dah sampai tahap berbalas peluk, bercium dahi bagai, mana perginya maruah dan sifat malu orang Timur plus anak melayu? Malu kan perisai orang beriman.Yang penting, disisi agama Islam ianya adalah haram. Tak kiralah kau berpeluk dengan orang Korea ke, Negro waima orang Islam Melayu sekalipun, semua orang selagi korang bukan muhrim.Nak tahu lanjut pi tanya ustaz-ustazah korang. :)

Ini baru B1A4 yang datang Malaysia. Lepas ni entah siapa2 lagi artis Korea yang diundanng. Rasanya kalau tak silap akan ada lagi satu kumpulan dari Korea yang akan Malaysia 24hb nanti. Sama-sama kita tengok adakah sejarah mungkin berulang. Dah gaya lirik NewBoyz je, ahaks!



Nota CH : Naluri anak-anak muda. Perasaan membuak-buak.Belum matang dan tak berfikiran dalam.Bukannya tak tahu perlakuan macam tu haram di sisi Islam, tapi agaknya mereka fikir ini addalah satu-satunya peluang yang ada bertentang mata dengan artis pujaan.Tapi mereka tak fikir itulah juga satu peluang menambah dosa. Dah la tiket kemain mahal.Buat belanja makan pun boleh lepas dua minggu untuk orang bujang agaknya. Tak lama tu, nanti-nati bila rasa teruja hilang, mesti mereka rasa menyesal tak sudah.
Ada akal,fikirlah sendiri.

Tuesday, 18 February 2014

Running Man! - Variety Show










RUNNING MAN - Sebuah program 'variety show' dari negara Korea yang sangat famous sehingga saat ini.Jujur cakap,CH memang tak pernah sukakan rancangan ini sebelum ni.Even anak-anak buah CH sangat GILA dengan K-POP (drama,lagu,tarian,variety show)Pendek kata,apa-apa saja berkaitan dengan Korea,dorang memang 'die hard fan'!

Setiap kali dorang bukak lagu atau show Running Man ni,for sure CH tarik muka,bosan!Seriously CH langsung tak boleh nak hadam apa kebenda dorang dok buat.Lari sana sini,cakap kemain laju.Dalam laptop diaorang penuh dengan episod Running Man ni (current episode - 185 NOW!) Muak okay,muak!Rasa macam nak campak je laptop dorang dalam telaga...huhuhu.

Tapi, betul pulak kata orang-orang dulu.'Tak kenal maka tak cinta' , kan?Padan muka CH.hahahaha!!
Now,CH pulak yang TERsuka!Aigooo...Oooppss!
Tapi CH cuma layan Running Man je.Drama dan lagu tu sesikit je...hehehe...

Tak tau macam mana tersuka tapi entah macam mana bila TERtonton Running Man (lupa episod yang mana),baru CH faham dorang punya permainan.Hhhmm,quite interisting!



2 Days 1 night pun CH layan.

Dan sampai sekarang CH masih setia follow setiap episod yang ada.Sanggup marathon dari episod 1 sampai episod yang sekarang dengan hanya menggunakan telefon Galaxy Ace hokaaaayyy! *boleh bayang tak betapa gigihnya CH tengok RM guna fon berskrin 'sekangkang kera'? sigh!

So,korang yang TERbaca ni janganlah gelakkan CH kekuat sangat.Cukuplah kengkawan opis dah gelakkan CH sebab dah TERsuka dengan korean show even dulu kaw-kaw tak suka...huhuhu....

So,let's running,don't walk! 

Korang macam mana,suka jugak tak?Jom share dengan CH siapa yang korang suka dalam Running Man.
CH?Hhhmmm....mula-mula pilih Kim Jong Kook - Sparta . Tapi lepas tu rasa macam Gary pun not bad!

Bila dah TERgila RM ni,habis youtube CH selongkar.Tetiba TERnampak video Haha dan Byul Wedding.Patah hati CH wei..... *sobs sobs sobs! Haha tu comel la!

P/S : Perasan tak dah berapa lama CH tak update blog?Hohohoho....laptop takde weh,susah laaaaa.....tapi hari ni TERsemangat nak update.Thanks pada sesiapa yang ada masuk dan jengah blog CH yang dah lama di tinggalkan ni...Ada masa CH blogwalking blog korang ya :)


bye-bye!


Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik