Assalammualaikum dan salam sayang semua.
Dah lama CH tak catat apa-apa dalam blog ni. Sekarang baru ada masa nak jenguk. Maklumlah, baru habis final exam untuk semester ni. Alhamdulillah, it was went well and I feeling glad sebab semua urusan di permudahkan Allah, Syukur.
Bermula daripada projek individu, kumpulan dan public presentation banyak pengalaman dan pengajaran yang CH kutip dan pelajari. Contohnya dalam hidup ni kau tak boleh nak assume yang semua orang boleh ikut cara kau. Mungkin expectation kau tinggi untuk capai sesuatu but then orang lain tak mampu untuk capai hingga tahap tu. Ada orang yang argued about something just because dia nak argued untuk menang, not because idea dia bernas. Ada juga manusia yang suka jump to conclusion without knowing about the real story. Tolonglah yang ini. Kalau ada peluang dan ruang untuk confront, better grab and do that. You can't judge peoples based on the persepction only. Tanya dulu apa sebenarnya yang dah jadi and find out why benda tu jadi. Don't simply assume about something that you know nothing!
Haaa...kan CH dah taip guna emosi. Penat bebel ni,tahu? Dah cakap lisan dah, so sekarang biar jari-jenari yang bercakap pulak.
Sometimes I just can't understand people yang suka create conclusion sendiri daripada memilih jalan untuk bertanya direct dengan tuan empunya badan. Why, jatuh maruah ke? Malu? Ke taktahu nak mula? Benda-benda macam ni dah biasa dengar.
Anyway, semester ni banyak sangat mendidik CH untuk jadi orang yang lebih sabar. Sabar dengan kerenah orang yang macam ragam. Bila jadi perselisihan faham dan sebagainya dengan coursemate or classmate, CH lebih suka evaluate myself before tengok orang lain. And suppose semuaorang pun kena buat macam tu. No ne yang tak pernah buat silap. No one is perfect. The important is LEARN FROM MISTAKES. It's not a big deal actually kalau kita tahu nak handle, am I right?
Fikir-fikirkan.
Korang ada benda nak luah? Jom komen. Pengalaman orang pun boleh kita jadiakn sebagai panduan untuk hidup kita di masa depan,kan? Jom borak!
Coretan dari hati kecil CH
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Tuesday, 31 May 2016
Wednesday, 2 July 2014
Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri.
Bukan mahu merungut,apatah lagi menyalahkan orang lain.Cuma CH nak luahkan rasa je...
Bulan puasa,CH sedar tak baik banyak merungut apatah lagi mengkritik orang lain.Tapi pagi ni tiba-tiba CH rasa nak bersuara.
'Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri' - Salah kita,silap kita.Kita tak nampak dan kita jarang untuk menyedarinya di awal waktu.Tapi kalau salah orang lain,kemain laju dia nak judge.Itu salah,ini tak kena.Semuanya serba tak betul sedangkan waktu diri sendiri membuat kesalahan yang sama,mudah pula memberi alasan dan meletakkan salah itu bukan atas diri sendiri.
Bila terlibat dengan sesuatu masalah atau kesulitan orang lain,mudahnya kedua telapak tangan menyorok di belakang,melepaskan segalanya tanpa rasa tanggungjawab.Tapi bila kesulitan itu melibatkan diri sendiri,tahu pula untuk 'berbincang' dan bersikap 'tolak ansur' .
Bila salah orang,bising mengalahkan satu dunia tapi kesalahan sendiri didiamkan saja.Konon-konon langsung tiada masalah dan semuanya 'baik-baik saja.'
Berubahlah,sebab setiap manusia itu perasaannya sama saja.Ada kala ingin marah,tiba-tiba tersenyum.Ada waktu ingin bersendiri dan menenangkan diri dan ada tika ingin memberontak.Manusia itu diciptakan dengan sifat sabar yang terhad tingginya.Selama mana sangat seorang manusia itu dapat bersabar dengan kerenah orang lain dan menjadikan diri sebagai alat untuk mengalas beban orang lain?
Bukan mahu mengkritik,apatah lagi menghukum tapi sekadar mengajak berbual dan bermuhasabah.Hari,bulan dan tahun berganti.Dunia semakin sampai ke garisan penamat.Sampai masa dunia juga menyerah pada kuasa Pencipta.Apatah lagi manusia yang bersifat hamba yang lemah,bila-bila masa saja boleh tersungkur oleh godaan duniawi.
Ingat,buatlah apa yang kita suka orang buat pada kita sebab 'What you give,you will get back.' Setiap perbuatan ada balasannya,tak kira baik atau buruk.Tak dapat balasan di dunia,InsyaAllah di 'sana' kelak.
Kata CH : Hidup ini ada aturan dan fitrahnya.Jangan letakkan diri di tempat yang betul saja kerana tiada manusia yang sempurna.Fikirkan...
Salam Ramadhan hari ke-4 dari CH .
Subscribe to:
Posts (Atom)

