Friday, 23 November 2012

Bijak Atur Masa ,Jangan Seksa Orang Lain















Kita semua di berikan dengan kadar masa yang sama.Tetap 60 saat.60 minit,dan 24 jam.Tak lebih dan tak kurang.Semua sama.

Tapi yang membezakan antara kita adalah cara kita dalam menguruskan masa.Seseorang yang bijak menguruskan masa tidak akan pernah memberi alasan 'tidak sempat','tak cukup masa' dan sebagainya.Seharusnya,setiap perkara perlu di rancang.Itulah gunanya jadual yang ada.Itupun kalau ada jadual laaaaaa........

Bila kita bijak menyusun masa dengan aktiviti yang ingin di jalankan,secara langsung ia bukan sahaja  memudahkan diri kita sendiri,tetapi juga memudahkan pihak-pihak yang lain.Dan secara tak langsung juga akan memwujudkan suasana persekitaran yang positif,tenang dan menyelesakan yang lain.

Please la,jangan buat kerja last minit sangat.Sekali je,tak apa jugak.Tapi kalau dah setiap kali,memang orang pun akan meluat bila kena tempias pada pihak yang lain.

Bila bekerja,kenalah ada disiplin.Kena pandai atur masa.Biar teratur.Jangan jadi macam pepatah : 'Yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran' . Pentingkan kualiti,bukan kuantiti.

p/s: Kalau selalu sangat bekerja dalam keadaan tergopoh gapah,boleh cepat dapat sakit jantung tau dak ! 

Tuesday, 20 November 2012

[JAWATAN KOSONG] - PENSYARAH ECE & DBA / WARDEN WANITA / SECURITY GUARD DI PERLUKAN !














Assalammualaikum,salam sayang CH buat semua.
Buat teman-teman yang masih mencari pekerjaan,CH nak kasi pekerjaan kat korang.
Ada 3 kekosongan jawatan seperti di atas.Maklumat lanjut,korang boleh baca kat bawah ni............ :) 

1-PENSYARAH :

  • Sekurang-kurangnya korang mesti ada Degree dalam bidang ''Pendidikan awal kanak-kanak (ECE) Kalau ada Master dalam bidang ECE pun lagi bagus.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengajar ECE sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Berumur tidak lebih dari 30 tahun.
  • FASIH dalam bahasa Melayu DAN Inggeris.
  • Jawatan adalah tetap/sepenuh masa. Berkemampuan untuk bekerja di bawah tekanan dan bekerja di luar waktu pejabat.(Sebab kadang-kadang extra class akan di lakukan)

2- PENSYARAH ( PENGURUSAN PERNIAGAAN) - Business Administration

  • Sekurang-kurangnya mempunyai Master dalam bidang Pengurusan Perniagaan majoring dalam Marketing.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengajar peringkat Diploma/Ijazah sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
  • FASIH dalam bahasa Melayu DAN Inggeris.
  • Jawatan adalah tetap/sepenuh masa. Berkemampuan untuk bekerja di bawah tekanan dan bekerja di luar waktu pejabat.(Sebab kadang-kadang extra class akan di lakukan)


3-PEMANDU SYARIKAT (LELAKI SAHAJA)

  • Minimum SPM dan mempunyai pengalaman lebih dari 1 tahun.
  • Fasih berbahasa Melayu (average dalam bahasa Inggeris pun ok )
  • Berumur lingkungan antara 25-35 tahun.
  • Mempunyai lesen D dan mahir sekitar jalan KL dan Petaling Jaya.
  • Boleh berkerja lebih masa dan pada waktu CUTI sekiranya di perlukan.



4- SECURITY GUARD / PENGAWAL KESELAMATAN (Lelaki sahaja)

  •  Minimum SPM 
  • Umur dalam lingkungan 25-35 tahun.
  •  Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.
  • Mampu untuk berkerja secara SHIFT.
  • Gaji pokok + OT + elaun.
  • Bekas tentera/polis amat di galakkan
  • Warganegara Malaysia.
  • Tiada sebarang rekod jenayah/buruk
  • Asrama di sediakan.

P/S : Untuk korang yang berminat tu,korang boleh submit kan RESUME korang melalui email ke : 
leong@kfch.edu.my.Pastikan resume korang dah siap di update ye.......... :) 
Sertakan resume beserta gambar,slip gaji yang terkini dan sijil-sijil / transkrip  yang berkaitan.

Kalau korang berkelayakan,kita akan panggil untuk interview,okay ^_^

Oh ya,kalau ada pentanyaan,korang boleh contact FB CH jugak........ 








Tuesday, 6 November 2012

[REVIEW FILEM] - SKYFALL 007










5 November 2012 - Sudah 4 hari berlalu selepas tayangan hari pertama  filem Skyfall - 007 pada 1 November lepas. CH antara yang berkesempatan untuk menjadi salah seorang penonton yang terawal untuk menonton filem tersebut.Itupun setelah mendapat sponsor tiket PERCUMA dari blogger otai Bro Framestone yang baik hati nak kasi.SEPASANG tiket FREE,okay........ heheheheeee......




Sepasang tiket FREE :) 




Pada korang yang suka dengan filem-filem aksi,rugilah kalau korang tak tengok filem ni.Dah nama pun filem James Bond 007 kan,haruslah penuh aksi yang boleh buat denyutan jantung tak berapa nak stabil.

Kalau CH di minta membuat ulasan,CH akan kasi ulasan macam ni : 
[konon-konon tengah di temuramah oleh wartawan kat majlis anugerah Grammy Award laaaaa,tapi yang dah di alih bahasa ya....... :) ]


'' Pada pendapat saya,filem Skyfall adalah satu filem yang mengujakan.Cukup rencah untuk buat hati berdebar-debar dengan setiap aksi yang penuh drastik sekali.Tengok filem ni memang tak sempat nak mengantuk sebab lepas satu aksi,aksi lain pulak yang berlaku.Lawan sana,kejar sini.Lompat sana,terjun situ.Aissshhhh,penat jantung tau taaaaaakkk.......... ! >.<
Tapi apa-apapun,filem Skyfall memang best untuk di tonton......... :) ''


Korang yang belum pergi tapi ada niat nak pergi tonton,cepat-cepatlah pergi.Kalau asyik dengar orang bercerita memang tak berapa nak best la,kan?Better tengok sendiri dan korang boleh rasa sendiri pengalaman korang menonton filem skyfall ni .

*Bila CH tanya pendapat kawan CH (lelaki) tentang filem ni,katanya : filem ni best ! Cuma tak berapa banyak aksi........ 


Naluri CH : Bila selalu layan filem/drama melayu,korea dan lain-lain,apa salahnya tukar channel kan ? Hurmmmm,nanti nak buat  review untuk ulasan novel pulak.Thanks juta-juta lemon kat Bro Framestone untuk sepasang tiket tu,dan tak lupa buat kawan yang sudi meneman....... ^_^



Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik