Monday, 14 January 2013

[JOM] - PELUANG BERCUTI KE EROPAH !



SEE???Dah baca kan tajuk entry tu ? So,apalagi,jomlah kita rebut peluang ni .Mana tahu kalau-kalau nasib baik,dapatlah bercuti ke Eropah ! Yeaaayyyy........ !! 


Korang yang nak mencuba nasib,jom join contest ni. Masuk ke link SINI  dan ikuti arahan yang di beri.Hanya jawab 3 soalan mudah,dan lepas tu tekan butang SEND . Done ! 
Senang,kan?






Apa lagi,jom cuba nasib.Kalau beruntung,dapatlah korang melawat negara Eropah yang pastinya menjadi impian sebilangan besar semua....hehehe... Good Luck ! 
Sama-samalh kita mencuba nasib....... :D


Naluri CH : Siapa yang taknak keliling dunia.Dapat jejak tempat orang adalah satu pengalaman yang sangat best!hopefully ada luck la kali ni,kan .........  :) 

Thursday, 10 January 2013

[HIDAYAH] - Penyanyi Rap Terkenal Perancis Peluk Islam










Pernah dengar nama Melanie Georgiades ? Pemilik nama ini merupakan seorang penyanyi rap yang terkenal suatu ketika dahulu di Perancis.Bermula dengan album pertama pada tahun 1999 namanya terus meningkat naik.Lebih di kenali dengan panggilan nama 'Diam',penyanyi ini juga dikatakan sering di kaitkan dengan  aktiviti pengambilan dadah.

Namun setelah hampir empat tahun menyepikan diri dari dunia 'rap' nya,kini masyarakat dapat melihatnya dari sudut yang lain.Alhamdulillah,Diam sudah selamat memeluk agama Islam.











Menyingkap detik permulaan hati Diam terdetik untuk memeluk agama Islam,Pertama kali saat mendengar bacaan Al-Quran dan mendalaminya,hatinya nekad untuk menjadikan Islam sebagai agamanya.

Katanya lagi,suatu ketika dahulu mungkin dia pernah menjadi seseorang yang terkenal dimata orang lain namun dalam diam sebenarnya dia merasa sendiri dan sering menangis apabila bersendirian di rumah tanpa di ketahui oleh sesiapa.Dan sebenarnya hatinya menjadi sepi tanpa makna.

Dan sejak dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam,hidup Diam menjadi semakin tenang dan dia berjaya merungkai persoalan mengapa manusia di ciptakan.

Diam yang sudah dua tahun berumahtangga kini bahagia di samping suami serta anaknya dan khabarnya masalah ketagihan dadah juga sudah pulih.

Mudah-mudahan Diam akan tetap kekal begini dalam agama Islam.

Naluri CH : Bila semakin ramai  orang kafir yang menganut agama Islam,semakin ramai juga orang yang telah sedia Islam semenjak lahir  meninggalkan agama Islam itu.Cuba renung-renungkan........ 



Thursday, 3 January 2013

[REVIEW NOVEL] : The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Salam sayang CH buat semua.Lately CH banyak habiskan masa dengan membaca kesemua novel baru yang CH baru rembat dari kedai.Maklumlah,dah lama tak baca novel  non-stop.So kali ni CH akan pastikan yang CH lebih kerap untuk dapatkan novel-novel baru di pasaran.

Kata orang,baca novel tak ada faedahnya.Buang masa.Sebab hanya berfantasi semata-mata.Hurrmmm,CH hundred percent tak setuju langsung ! Siapa kata membaca novel tu buang masa?Selagi kita masih amalkan budaya 'm.e.m.b.a.c.a ' ,ianya tetap amalan yang baik lagi mulia.Kan membaca tu gedung ilmu?Cuma sebagai pembaca,kita kenalah pandai memilih novel atau bahan bacaan yang mengandungi ilmu.Bukan buku yang kosong dari sebarang ilmu.Okay ?Hehehe.....






Okay,so hari ni CH nak review satu novel yang CH baru saja habiskan pembacaannya malam tadi.Totally untuk revision and conclusion : Novel The Wedding Breaker memang superb best ! . Untuk permulaan tu,memang dah nampak ketegangan yang berlaku dari jalan cerita.Nak marah pun ada pada watak hero tu 'Tengku Adam Kamil (TAK) . Sampai hati dia buat macam tu pada watak Heroinnya 'Ariana Rose'
Errrmmm,korang nak tahu ke apa yang Adam dah buat pada Ariana?Yang tu,memang korang kena baca sendiri laaaaaaa...... heheheee..... Kalau CH kasi tahu,mana nak ada surprise nya lagi,kan ? 

Bab paling touching sekali,dan bab yang paling CH suka adalah apabila mereka selamat di ijabkabulkan.Bagaimana Adam memainkan peranan sebagai seorang 'imam' kepada makmumnya.....Indahnya saat-saat itu.I'm already melting,okay ! Hahahahaaaa..... 

Lagi satu yang CH suka time Adam nyanyikan lagu untuk Ariana.Waktu wedding diaorang. Oh my God ! Seriously , i'm really touched ! *dalam tak sedar,air mata CH menitik ! huwaaaaaa...... nanges !
Ni lagu yang Adam nyanyikan untuk Ariana.Ariana pun nangis tau time ni. Bait-bait lagu tu sangat mendalam.Nak lagi datangnya dari Adam.Sungguh tak sangka?Tahu sebab apa CH tak sangka dan sangat tersentuh? Yang tu korang kena baca sendiri.

Okay.Dah.Jangan nak cengeng sangat la tau.Kesat air mata tu.Huhuhuhuu.....Korang yang memang minat baca novel,CH syorkan korang dapatkan novel ni.Kalau tak ada kat bookstores,korang boleh beli secara online di Karye Seni.com . Lagi mudah dan menjimatkan masa. Once korang dah baca memang korang akan jatuh hati dengan watak-watak dalam novel ni.Believe me....... hehehee...
Dan apa jua ilmu yang penulis masukkan itu,gunakanlah sebaik-baiknya.

Naluri CH : ''Mungkin sejarah kita buruk,tapi masa depan hiaslah dengan seindah mungkin.Tak ada orang yang tak pernah buat salah,tapi sekurang-kurangnya perbaikilah diri supaya sentiasa menjadi yang terbaik saban hari,In shaa Allah,bahagia hidup . 

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik