Saturday, 27 April 2013

~ Minggu Election Dan Minggu Holiday~


Assalammualaikum readers.....

Pagi Sabtu yang redup,memang cuaca yang terbaik  bagi yang nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang bermula semalam (26 April 2013) hingga 5 Mei minggu hadapan.

Pada yang gila membaca,terutama kaki novel macam CH,mesti tak lepaskan peluang untuk pergi pesta buku,kan?CH pun teruja sebenarnya tapi kali ini bukan nasib CH untuk join pesta buku.Mood dah ke laut.Sakit kepala masih terasa.hu hu hu ....

Tapi CH sempat pesan novel pada kawan-kawan yang pergi.He he he.....
Walaupun orangnya tak pergi tapi aktiviti membeli tetap di teruskan ! hahahahaa....Giler fanatik novel ooooooi.... !

Minggu ni banyak aktiviti yang di lakukan.Antaranya tournament futsal antara IPT . :D




Jersey untuk KFCIC team 




Oh ya,sebelum terlupa,nak kasi tau malam ni join BBQ kat Bagan Lalang.Di lokasi hero  novel ''Awak Suka Saya Tak " (ASST) - Hilman Yong

So,minggu ni minggu berjalan-jalan melihat pemandangan.Memandangkan minggu depan hari election,CH ambil peluang untuk bercuti panjang untuk seminggu.Sambil balik untuk election,sambil bercuti.Dah lama tak jengah kampung oooooo.... sobs sobs sobs -_-

#Sedang berfikir apa juadah yang nak di bawa untuk BBQ malam ni........hurrrrrrmmmm..... 

* CH mengundi di Perak.Korang ??? -peace- 

Sunday, 31 March 2013

KEBANJIRAN TERKINI APLIKASI UNTUK GADGET

Assalammualaikum...

Salam pagi Ahad buat semua.Hari ni CH ada satu rasa membara-bara nak menconteng dalam ini blog.Fuhhhh,giler lama tak tulis apa-apa kan?? Aish..... !!

Keterbatasan waktu,malas nak bukak lappy adalah salah satu faktor kenapa tak tulis apa-apa kat blog ni.And one more thing,novel ! 
Yes,banyak lagi novel yang pending.Kiranya CH ni dah macam "Menang membeli,alah membaca" huhuhuhu..... T_T

Nak nak lagi 26 April ni ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL),lagi la hati meronta-ronta nak pulun beli semua novel yang ada nanti.....Ish ish ish.....apa nak jadi ni..... 

Btw,even CH malas nak bukak lappy,tak semstinya CH terputus dengan alam maya.Siapa kata?Huh !
Kalau korang yang ada smartphone tu,kat mana-mana pun boleh updated status.Takpun nak semak khabar dunia hari ni.....hehehe...

Dan,lagi satu.Bila dah guna smartphone ni,macam-macam application yang nak di sumbatkan dalam phone yang tak berapa nak besar tu.Facebook,Twiter semestinya aplikasi yang wajib ada.Lepas tu,timbul pulak Instagram,Whatsapp,WeChat dan yang terbaru,Keek !








Bila semua ni ada,kita rasa dekat sangat dengan semua orang.Serius,betul! CH selalu jugak lepak kat WeChat tu,yang iklan dok kencang kat TV tu.Kemain kan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani tu.... :D




Simptom bercakap tanpa henti.......hahaha..... !! 


Kelebihan WeChat ini kita boleh hantar mesej suara pada penerima.Kalau rasa diri asyik terkial-kial nak taip mesej tu,better send je voice messege.Dan lagi satu,boleh buat video call.Dan kesemuanya adalah FREE.....Yeaaaayyy........ !! (^_^)

Jadi,CH harap moga kita boleh jadi pengguna yang bijak.Jadikan segala aplikasi yang memudahkan kehidupan seharian dengan cara yang terbaik.Jangan buat yang bukan-bukan ye...... makasih.

So,apa lagi,let's start ! 

Babai -Peace- 

Sunday, 10 March 2013

ALHAMDULILLAH,REZEKI - BANTUAN BR1M DI AGIHKAN.



Assalammualaikum,salam sayang CH buat semua.

Pada yg dah singgah blog CH,terima kasih banyak-banyak di ucapkan.Itu tanda sokongan yang sangat CH hargai. *Peluk ketat-ketat. >_<

By the way,hari ni CH ke Shah Alam.Semata-mata nak collect baucer BR1M tu.Dulu daftar SPR kat Shah Alam,so memang kena ambik kat sana laaaa.....huhuhuhu....




Ihsan : Google 


Ini pengalaman pertama CH collect BR1M tu.Fullamak,jalan  jem!! Tempat untuk collect baucer tu kat SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah . Jalan depan sekolah jangan cakap ! Memang bapak jem.

Jalan punya jalan,sampai depan pagar sekolah.Fuyooooooohhh........ !! Panjangnya Q ........ ! *pengsan.

Nak tak nak ,CH kenalah jugak ikut itu barisan.Dah rupa macam budak sekolah nak pegi ambik air milo kat lori milo kat sekolah je......hahahaaaa.....nostalgia seh ! 

Actually nampak je Q tu panjang.Tapi urusan untuk collect baucer tu takde la lama mana.Around 30 minute macam tu.Nasib baik Q tu laju je bergerak.Alhamdulillah......... :D

And finally............  

.


.


.


.


.


.


.


.

.

.


.

.


.






Baucer BR1M  yg dah selamat di ambil.



Akhirnyaaaaaa............. CH dapat juga baucer ni.Surat pun dapat lewat dari kengkawan yang lain.Ingatkan tak layak nak dapat............huhuhuhu~~
Baucer ni boleh di tunaikan samada di Maybank,Bank Nasional.Lagi satu bank CH lupa laaaaa...... 


P/S : Pada korang yang layak dapat baucer ni jugak,Alhamdulillah..........Moga ada sesuatu yang mampu di manfaatkan,In shaa Allah.

Joooooom shoppinggggggggg......!! Ooooopppppssssss..........        =_=

Cenderamata untuk yang tersayang

Jenguk SINI !