Wednesday 26 December 2012

[GATH] - Novelis ''Awak Suka Saya Tak '' & ''I Love U Stupid ! ''

Hello,salam sayang CH buat semua.Hari pertama bekerja untuk minggu ni setelah bercuti minggu lepas.Ambik kesempatan betul kan.........memandangkan balance cuti tahunan ada lagi,apa salahnya.He he he .......







Btw,hari ni CH nak ajak korang semua cuci-cuci mata tengok foto-foto yang sempat di rakamkan time 'geder-geder' ala gedik-gedik bermaruah gitu.Actually gath ni di adakan sebab nak berjumpa dengan semua peminat novel ''Awak Suka Saya Tak'' (ASST) & novel '' I Love U Stupid !'' (ILUS) . Rindu yang amat korang tau tak.Walaupun tak semua yang hadir tu CH kenal dan rapat dengan diaorang,tapi hubungan yang di cipta cukup erat dan mesra.Betul!Once korang dah masuk dalam group Group ASST & ILUS ,korang akan rasa limpahan kasih sayang,seperti limpahan coklat ke ladang gandum ! Heheheheeeee.... 


Barisan SUKSIS,ASP Zulkarnain,Puan Melur Jelita (penulis) 



Antara foto yang di kongsi

We are  < F.A.M.I.L.Y > 





Admis (barisan belakang ) bersama dengan tetamu VIP 





Ini idea dari ASP Zulkarnain. kekonon ada abang pedas ler sebelah sana tu.
'wahai abang pedasssss,muncul laaaah.Pliiinnngggggg ... !!!






Cer korang teka,ini apa??? Kredit pada divas yang sangat kreatif menghasilkannya.
Kek coklat bersulamkan ayat dari Iris untuk Firman.....
Korang yang dah baca novel ILUS,still ingat tak ??






1.....2....3....... s.m.i.le  !!! 



Yang berikat reben tu adalah ILUS yg di bahagi 3 ( di balut cantik3, okeh ! ) 




Kenangan bersama orang jauh, uncle Hussaini , aunty Mariani dan adinda, Rozalia.....  :) 




Tadaaaaa.....finally CH bersua wajah,bertentang mata juga dengan orang jauh , uncle Hussaini dan isteri aunty Mariani.
Yang kecik molek tu akk Eliza Elza...... 




Foto terakhir di Intekma sebelum berangkat balik.Baru teringat belum ada foto berempat





Last - last,tempek muka sendirik ! hahahahaa :P




Perjumpaan yang di adakan di Intekma Resort,Shah Alam ni telah menjemput persatuan SUKSIS dari Universiti Malaya (UM) dan tetamu VIP terhormat yang juga merasmikan acara ini ialah ASP Zulkarnain haji Ismail.Sungguh,semasa gath berlangsung lebih kurang dalam 3 jam tu,semuanya sporting habis! No more segan-segan,malu segala.Semuanya happy saja.


CH malas nak komen bebanyak,malas nak bebel panjang-panjang.Korang layan aje la foto yang CH letak kan kat sini.Malas nak upload banyak berulang kali,CH buat macam ni aje la ye......... Enjoy okay and happy reading......... !!! muuuuuaaahhhhh kat korang semua........ *hug and kisses*

P/S : Di kesempatan ni CH nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua admins yang bertungkus lumus menjayakan gathering untuk kali ni.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan di permudahkan.Pada divas dan jelitawan yang tak dapat join gath kali ni,In shaa Allah,doakan moga ada kesempatan di masa akan datang.Terima kasih pada penulis, Melur Jelita  yang sporting sangat melayan karenah jelitawans semua.

#Oh ya,korang yang nak tengok gath ni boleh menonton rancangan bual bicara ''Nasi Lemak Kopi O '' (NLKO) di tv 9 . Pada 4 JANUARI 2013 . Jam 8 -10 PAGI. JANGAN LUPA,OKEH ! ('',)
Untuk tv9 online streaming,korang boleh klik di
 SINI

Monday 10 December 2012

KAHWIN - BUKAN HIDUP BERDUA SAHAJA

PERKAHWINAN.Apa sebenarnya yang dapat kita semua definasikan mengenainya.Gambaran kasar mungkin boleh di andaikan bahawa 'perkahwinan' itu adalah satu fasa baru ataupun alam kehidupan untuk langkah yang seterusnya dalam melayari kehidupan sementara di muka  bumi ini.

Semua orang punya naluri.Rasa untuk berkasih sayang,rasa untuk di kasihi di sayangi,juga mengasihi dan menyayangi insan yang membawa erti dalam hidup kita.Perkahwinan itu indah andai kita sendiri tahu makna sebenar 'berkahwin'

Sebenarnya apa yang korang fikirkan tentang perkahwinan ?Apa yang menyebabkan korang terdetik untuk mengahwini seseorang itu ? Adakah kerana ingin hidup bersama-sama dengannya tanpa sebarang batas?Supaya dapat keluar bersama- sama berseronok tanpa ada sebarang gosip mahupun fitnah?





Sebenarnya kan,dalam perkahwinan jangan hanya di fikirkan yang manis sahaja,jangan di ingat bahagia,dan jangan di bayang kesenangan sahaja.Sedangkan sesebuah perkahwinan itu menuntut lebih banyak lagi perkara lain yang jauh lebih penting.Seharusnya bagi yang ingin menukar status dari 'bujang' kepada 'berkahwin' , fikirkan adakah korang sudah prepare mental korang?Maksudnya mungkin zaman bujang korang jenis yang slumber.Makan bila perut lapar,mandi bila nak keluar rumah dan kemas rumah bila dah tak nampak lantai.Tapi once korang dah berniat nak berkahwin,ertinya korang dah kena mula tukar attitude tersebut.Ertinya korang dah kena masak on time.Takde nak suka hati ikut perut korang je.Kebersihan kena jaga.Jangan selekeh.Nanti mak mertua datang ziarah,dia pun boleh rebah baring ke lantai.Baju tu kena lipat,kemas selalu.Dan pihak lelaki pun kenalah bantu.Dah la korang jenis ambik baju dari rak main tarik-tarik je.Habis bersepah balik  baju tu.So,korang as a husband kenalah bantu mana yang patut.Korang jangan risau,pangkat korang sebagai seorang suami ( ketua rumah tangga) tak akan jatuh ranking la.Don't worry,okay......

Kalau korang tanya CH,bagi CH perkahwinan adalah pelengkap kehidupan.Siapa yang taknak berkahwin,kan?Tinggal bersama dengan yang tersayang tanpa perlu di pisahkan dengan rumah yang berasingan sedangkan halal untuk sekatil.Boleh mengharungi kehidupan rutin bersama-sama,suka duka,susah senang di kongsi tanpa dosa sebaliknya pahala yang akan kita peroleh.






Tapi bagi CH,sebelum ada niat yang serius untuk berkahwin,fikirkan adakah diri sendiri sudah bersedia untuk memikul sesuatu yang kita panggil sebagai   << T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B >>  
Sudah mampukah kita ????Fikirkan.

Kata orang,waktu bujang memanglah belum nampak ciri-ciri kepimpinan.Tapi bila dah kahwin nanti,rasa tanggungjawab itu akan datang dengan sendiri.Bagi korang ini betul ke tidak ?

Sepatutnya,kita kena persiapkan diri untuk berkahwin sedari awal lagi.Ubah sikap,ubah perspektif pemikiran.Tanamkan dalam hati bahawa aku telah menjadi isteri/suami kepada *dia*
Jadi,aku harus menjalankan 'amanah' dari-Nya supaya ia tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Memang setiap apa yang berlaku di anggap sebagai takdir.Tetapi sebelum sesuatu itu betul-betul menjadi nyata,kita masih boleh memilih apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.Jangan di salahkan takdir hidup kalau usaha hanya sekadar sekangkang kera saja.
So,CH nak tekankan di sini adalah - P.E.R.S.E.D.I.A.A.N

 P/S : Bila terbaca berita di akhbar tentang sepasang suami isteri yang terpaksa hidup merempat di masjid kerana sudah tidak mampu untuk membayar sewa rumah,hati sendiri tertanya-tanya juga kenapa si isteri mengambil keputusan untuk berkahwin awal sedangkan saat ini dia baru menjangkau umur 19 tahun.Tapi sudah menjadi isteri dan sedang sarat mengandung pulak tu. Hurrrrmmm,adakah kerana dasar 'suka sama suka' ???

Sepatutnya saat umur sebegitu,pastinya sedang berkerja kuat mentelaah untuk menghadapi exam.Ataupun sekurang-kurang sudah bekerja walaupun kerja biasa-biasa saja.
Tapi,dia memilih untuk berumah tangga.Semoga bahagia yang di rasai akan kekal hingga ke Firdausi,aamiin .



Thursday 6 December 2012

BELAJAR BIAR ADA GURUNYA......

Bila zaman semakin maju,segalanya di hujung jari.Nak lampu,petik aje suis.Nak air,pulas aje la kepala paip tu.No more lagi menimba-nimba air kat parit tu.

Nak maklumat????Lagi mudah,tinggal masukkan keyword dan klik! Taraaaaa,dah keluar segala mak nenek maklumat yang di perlukan.Mudah,kan?

Errmmmm,tak payah nak ber mukadimah sangat la,kan?Meh sini CH nak ceritakan dengan korang.Al kisahnya maka tersebut cerita seorang student ni (kawan CH punya pelajar) hantar asigment.Tajuk yang diaorang kena buat tu lebih kurang tentang 'latar belakang kisah diri sendiri.' 

Asigment diaorang tu sebenarnya lebih kepada nak tengok cara persembahan diaorang.Sebab diaorang kan students IT . 

So,semalam kawan CH tu kasi CH tengok hasil kerja bebudak tu.Dari satu baris,ke satu baris ayat yang lain.Mukadimah asigment tu sebenarnya memang CH tak berapa nak paham.Sebab bahasa  (English) yang diaorang guna tu ber standard 'tinggi' ............. huhuhuhuhu

Elok-elok sedap baca ayat-ayat diaorang (dalam versi english) yang seribu kali nak kena faham baru tahu maksud yang nak di sampaikan,tetiba mata 'tertangkap' satu word yang buat kepala hotak CH bekerja keras nak faham abenda yang budak ni nak sampaikan sebenarnya.Korang tahu ke apa maksud  'WIRE LEGS'  ???

Lepas ambik masa,tapi tetap tak boleh nak hadam,terus mintak kawan explain abenda sebenarnya yang student dia tu nak terangkan.Bila kawan CH tu dah explain,baru CH paham.Barulah ada sebab CH nak gelak tergolek-golek ! 

Actually,'wire legs' tu mewakili kepada 'kawad kaki ' ataupun 'marching'. Hai laaaaaaaa,awat lari jauh sangat dengan maksud sebenarnya????

Sah sah dah salah taip ler tu.Ataupun memang tak tahu nak eja 'kawaD ' . huruf 'D' okay.bukan 'T' . itu yang keluar lain maksudnya............ :)






Dan lagi satu,kalau nak translate maksud sekalipun,jangan la terus salin bulat-bulat.Ayat Bahasa Inggeris ni mana boleh di traslate terus ke Bahasa Melayu .Nanti jadi maksud lain pulakkkk!
Contohnya,cuba kita direct translate perkatan 'chicken rice' . Takkan kita nak cakap 'ayam nasi' kot,kan ?? Ngeh3.........

P/S : Itulah sebabnya orang cakap nak menuntut ilmu perlu ada guru.Dan guru tu mestilah seseorang yang arif dan mahir dalam ilmu yang di pelajarinya.Kalau tak,di katakan kita nanti menuntut ilmu hingga sesat pulak.Kan dah jadi kes lain.Tak ke haru nanti......... ekekekekee.... :P 


Thursday 29 November 2012

[REVIEW NOVEL] - I LOVE YOUS STUPID !

Kali ni CH nak review novel lagi.Siapa-siapa yang baca novel setebal 1389 mukasurat ni,korang tahulah apa yang terkandung di dalamnya......  I Love You Stupid ! (ILUS) adalah buah tangan kedua dari penulis Melur Jelita setelah ''Awak Suka Saya Tak '' (ASST) mendapat tempat di hati para pembaca.

Dari mata hati CH,apa yg mampu di cakap adalah ILUS merupakan kisah pengembaraan seorang hamba Allah dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.Sesuai dengan rasa 'kehilangan' yang di rasai Iris,Firman di utuskan untuk datang menemani pengembaraan sepanjang berada di Kemboja selama 5 bulan.






Dari kehidupan yang serba mewah,bak kata orang tinggal petik jari,semua mampu dapat.Itulah Iris,anak seorang jutawan yang telah mewakili papanya bagi menyelesaikan misi bantuan ke Kemboja.Dari seorang anak jutawan,Iris tiba-tiba berubah 360 darjah menjadi orang yang tak punya apa-apa.Makanan tanpa ayam goreng,mandi tanpa air paip jauh sekali bath tub.Elektrik???Jangan bermimpi.Bersyukurlah kalau malam sudah di terangi dengan pelita ayan.

Dan di sana,tanpa sedar Iris sebenarnya telah di takdirkan bertemu dengan seseorang yang pernah menggetarkan hatinya,membuat rama-rama di dalam perutnya berkepak debar.Kenangan lama kembali segar.

Firman,di amanahkan untuk menjadi 'bodyguard' sepanjang Iris berada di Kemboja.Segala kebajikan dan keperluan anak jutawan itu menjadi tanggungjawabnya.Sama ada Iris suka atau tidak,tugas tetap di laksanakan.Bak kata Firman kepada Iris : 'Be profesional,nothing personal'.

Sebagai seorang yang di arahkan untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Kemboja,Iris mengharapkan Firman dapat memberi kerjasama yang baik.Memandangkan dia seperti 'tetamu' ,haruslah tuan rumah melayannya dengan penuh hormat sekali,kan ? Tapi dengan Firman,jangan harap ! Saban hari ada saja perkara yang mampu mendidihkan hati Iris !! Iris seperti jangka hayat buat Firman.Kalau sehari tak menyakat,boleh pendek umur !

Walaupun Iris terpaksa mengharungi kehidupan yang serba kekurangan di Kemboja,tapi dia tetap gagahkan juga demi melangsaikan 'hutangnya' pada seseorang.Dalam sibuk mengatur strategi,rupa-rupanya tanpa sedar hati Iris terpaut pada seorang lanun.






Agaknya,adakah rasa cinta Iris akan di balas oleh lanun tersebut?Misi,mampu tercapai atau tidak???
Dan adakah Iris mampu merubah nasib Kemboja?
Yang tu,korang kena baca sendiri.CH yakin,sekali korang dah layan,mesti korang akan layan lagi ! Serius !

P/S : Kalau susah nak beli kat kedai,better korang terus beli online je dari pihak  Karyaseni . Buat payment dan novel korang akan sampai kat depan mata korang dengan selamat dan jayanya.......... :) 

Naluri CH : Korang kalau tanya,CH mampu jawab CH dah angau dengan dia punya hero....... huhuhuuuu......... meroyan tak habis-habis ! adeeeeeehhh !! 

Friday 23 November 2012

KARNIVAL KEMANUSIAAN - ''TANGISAN GAZA''







Assalammualaikum,salam kasih sayang CH buat semua.







Lately,kita dah di hidangkan dengan peperangan yang berlaku di Gaza.Ramai umat Islam yang terkorban,yang tidak punya salah apa-apa.Di perangi,di tindas tanpa belas kasihan.Kejaaaaaaammm !!

Bagi korang yang stay area Puchong,amatlah di alu-alukan untuk datang ke Karnival kemanusiaan 'tangisan GAZA' yang akan di adakan di Masjid As-Salam,Puchong Perdana,Puchong,Selangor.

Program ini di adakan dengan kerjasama dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertujuan untuk mengumpul dana membina Hospital Materniti dan Pediatrik di Gaza,Palestin.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai karnival yang akan di adakan : 


  • Program : Karnival Kemanusiaan 'Tangisan Gaza'
  • Tempat : Masjid As-Salam Puchong Perdana,Puchong,Selangor ( Masjid Terapung) 
  • Masa : 8.00 pagi - 11.30 malam
  • Tarikh : 1 Disember 2012
  • Artis undangan : Kumpulan nasyid seperti Rabbani,UNIC,Saujana,FINE,Dzil Afnan,Muaz Al-Mashur,Safiyah,Devotees,dan Feedrain.
  • Anjuran dari : Kolej Astin
  • Kerjasama : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM) & Masjid As-Salam.    

P/S : Jom sama-sama kita memberikan sokongan untuk menjaya karnival ini.semoga niat murni kita untuk membantu sesama Islam tercapai,In shaa Allah. aamiin. 


Bijak Atur Masa ,Jangan Seksa Orang Lain















Kita semua di berikan dengan kadar masa yang sama.Tetap 60 saat.60 minit,dan 24 jam.Tak lebih dan tak kurang.Semua sama.

Tapi yang membezakan antara kita adalah cara kita dalam menguruskan masa.Seseorang yang bijak menguruskan masa tidak akan pernah memberi alasan 'tidak sempat','tak cukup masa' dan sebagainya.Seharusnya,setiap perkara perlu di rancang.Itulah gunanya jadual yang ada.Itupun kalau ada jadual laaaaaa........

Bila kita bijak menyusun masa dengan aktiviti yang ingin di jalankan,secara langsung ia bukan sahaja  memudahkan diri kita sendiri,tetapi juga memudahkan pihak-pihak yang lain.Dan secara tak langsung juga akan memwujudkan suasana persekitaran yang positif,tenang dan menyelesakan yang lain.

Please la,jangan buat kerja last minit sangat.Sekali je,tak apa jugak.Tapi kalau dah setiap kali,memang orang pun akan meluat bila kena tempias pada pihak yang lain.

Bila bekerja,kenalah ada disiplin.Kena pandai atur masa.Biar teratur.Jangan jadi macam pepatah : 'Yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran' . Pentingkan kualiti,bukan kuantiti.

p/s: Kalau selalu sangat bekerja dalam keadaan tergopoh gapah,boleh cepat dapat sakit jantung tau dak ! 

Tuesday 20 November 2012

[JAWATAN KOSONG] - PENSYARAH ECE & DBA / WARDEN WANITA / SECURITY GUARD DI PERLUKAN !














Assalammualaikum,salam sayang CH buat semua.
Buat teman-teman yang masih mencari pekerjaan,CH nak kasi pekerjaan kat korang.
Ada 3 kekosongan jawatan seperti di atas.Maklumat lanjut,korang boleh baca kat bawah ni............ :) 

1-PENSYARAH :

  • Sekurang-kurangnya korang mesti ada Degree dalam bidang ''Pendidikan awal kanak-kanak (ECE) Kalau ada Master dalam bidang ECE pun lagi bagus.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengajar ECE sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Berumur tidak lebih dari 30 tahun.
  • FASIH dalam bahasa Melayu DAN Inggeris.
  • Jawatan adalah tetap/sepenuh masa. Berkemampuan untuk bekerja di bawah tekanan dan bekerja di luar waktu pejabat.(Sebab kadang-kadang extra class akan di lakukan)

2- PENSYARAH ( PENGURUSAN PERNIAGAAN) - Business Administration

  • Sekurang-kurangnya mempunyai Master dalam bidang Pengurusan Perniagaan majoring dalam Marketing.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengajar peringkat Diploma/Ijazah sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
  • FASIH dalam bahasa Melayu DAN Inggeris.
  • Jawatan adalah tetap/sepenuh masa. Berkemampuan untuk bekerja di bawah tekanan dan bekerja di luar waktu pejabat.(Sebab kadang-kadang extra class akan di lakukan)


3-PEMANDU SYARIKAT (LELAKI SAHAJA)

  • Minimum SPM dan mempunyai pengalaman lebih dari 1 tahun.
  • Fasih berbahasa Melayu (average dalam bahasa Inggeris pun ok )
  • Berumur lingkungan antara 25-35 tahun.
  • Mempunyai lesen D dan mahir sekitar jalan KL dan Petaling Jaya.
  • Boleh berkerja lebih masa dan pada waktu CUTI sekiranya di perlukan.



4- SECURITY GUARD / PENGAWAL KESELAMATAN (Lelaki sahaja)

  •  Minimum SPM 
  • Umur dalam lingkungan 25-35 tahun.
  •  Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.
  • Mampu untuk berkerja secara SHIFT.
  • Gaji pokok + OT + elaun.
  • Bekas tentera/polis amat di galakkan
  • Warganegara Malaysia.
  • Tiada sebarang rekod jenayah/buruk
  • Asrama di sediakan.

P/S : Untuk korang yang berminat tu,korang boleh submit kan RESUME korang melalui email ke : 
leong@kfch.edu.my.Pastikan resume korang dah siap di update ye.......... :) 
Sertakan resume beserta gambar,slip gaji yang terkini dan sijil-sijil / transkrip  yang berkaitan.

Kalau korang berkelayakan,kita akan panggil untuk interview,okay ^_^

Oh ya,kalau ada pentanyaan,korang boleh contact FB CH jugak........ 








Tuesday 6 November 2012

[REVIEW FILEM] - SKYFALL 007










5 November 2012 - Sudah 4 hari berlalu selepas tayangan hari pertama  filem Skyfall - 007 pada 1 November lepas. CH antara yang berkesempatan untuk menjadi salah seorang penonton yang terawal untuk menonton filem tersebut.Itupun setelah mendapat sponsor tiket PERCUMA dari blogger otai Bro Framestone yang baik hati nak kasi.SEPASANG tiket FREE,okay........ heheheheeee......




Sepasang tiket FREE :) 




Pada korang yang suka dengan filem-filem aksi,rugilah kalau korang tak tengok filem ni.Dah nama pun filem James Bond 007 kan,haruslah penuh aksi yang boleh buat denyutan jantung tak berapa nak stabil.

Kalau CH di minta membuat ulasan,CH akan kasi ulasan macam ni : 
[konon-konon tengah di temuramah oleh wartawan kat majlis anugerah Grammy Award laaaaa,tapi yang dah di alih bahasa ya....... :) ]


'' Pada pendapat saya,filem Skyfall adalah satu filem yang mengujakan.Cukup rencah untuk buat hati berdebar-debar dengan setiap aksi yang penuh drastik sekali.Tengok filem ni memang tak sempat nak mengantuk sebab lepas satu aksi,aksi lain pulak yang berlaku.Lawan sana,kejar sini.Lompat sana,terjun situ.Aissshhhh,penat jantung tau taaaaaakkk.......... ! >.<
Tapi apa-apapun,filem Skyfall memang best untuk di tonton......... :) ''


Korang yang belum pergi tapi ada niat nak pergi tonton,cepat-cepatlah pergi.Kalau asyik dengar orang bercerita memang tak berapa nak best la,kan?Better tengok sendiri dan korang boleh rasa sendiri pengalaman korang menonton filem skyfall ni .

*Bila CH tanya pendapat kawan CH (lelaki) tentang filem ni,katanya : filem ni best ! Cuma tak berapa banyak aksi........ 


Naluri CH : Bila selalu layan filem/drama melayu,korea dan lain-lain,apa salahnya tukar channel kan ? Hurmmmm,nanti nak buat  review untuk ulasan novel pulak.Thanks juta-juta lemon kat Bro Framestone untuk sepasang tiket tu,dan tak lupa buat kawan yang sudi meneman....... ^_^



Tuesday 23 October 2012

1 NOVEMBER : FILEM SKYFALL



Filem Skyfall 007,filem yang di tunggu-tunggu bagi penggemar yang meminati  filem James Bond.Filem ini bakal menemui anda semua di seluruh pawagam pada 1 November 2012.








Sedikit sinopsis filem : 

Daniel Craig kembali sebagai James Bond 007 dalam Skyfall, seri ke-23 dari petualangan seorang agen rahasia dalam waralaba ‘terpanjang’ sepanjang masa. Dalam Skyfall, loyalitas Bond (Daniel Craig) terhadap M (Judi Dench) sedang diuji ketika masa lalu dari Mkembali menghantuinya. Saat ‘Mi6’ yang kemudian berada dibwah serangan, 007 harus melacak dan menyelesaikan ancaman tersebut, tidak peduli bagaimanapun konsekuensi yang akan diterimanya.”






Acctually,filem ni Ain memang dah lama nak tengok.Tambah lagi,Ain nak mencapaikan hasrat seorang kawan untuk menonton filem ni.Filem action yang penuh dengan debaran,pastinya akan memukaukan pandangan yang memandang.

Status mr.blogger,Bro Framestone telah membuatkan Ain nak sangat join untuk fight dapatkan sepasang tiket menonton filem Skyfall.Thanks a lot Bro sebab bukak chance untuk yang lain.Hopefully,Ain dapat chance untuk kali ni.....

Korang yang lain,jom serbu pawagam 1 November ini ............ :) 


Monday 10 September 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!


Giveaway dari mr blogger Eqbalzack lagi .......... !! :) Pada yang nak join, klik SINI
Kali ni punya giveaway memang CH suka.Sebabnya ????









CH ialah peminat novel ! Serius...... ! CH obses betul pada novel.Apa-apa novel pun CH hentam je baca.Sebab bila setiap kali CH baca novel,pasti akan lahir satu perasaan,dan suasana yang berbeza dalam hati ni.Bila baca novel,mulalah hati jadi libang-libu di buatnya.Kejap rasa hepi,kejap lagi geram.lepas tu bertukar marah.Last last boleh pulak terasa nak menangis meleleh air mata pun ada..........haaaaaaa,jangan  tak tau tuuuu  >.<

Tahap paling best,part rasa jantung nak terkelur dari badan pun ada.Mana taknya,asyik dup dap dup dap menahan debaran cinta di hati.Kononnya laaaaaah........ :P

Tapi kalau novel yg abang Eqbalzak nak kasi ni tak tahulah macam mana pulak reaksinya bila dah start baca nanti.Harap harap best lah hendaknya..........heheeee..

P/S :  psssstt, hopefully CH ada chance dapat novel tu.Teringin !  ('',)

Yang lain,Good luck

[REVIEW NOVEL] - ''SUAMI AKU USTAZ ?? ''


''Bila dia jeling aku tanda tak suka,mesti jantung aku melompat bagai nak gila !'' -Alisa-


SEE ? Itu tagline  untuk novel yang CH baca kali ni. ''Suami aku ustaz '' 
Bila terbaca je baris-baris ayat aluan tu,terus tangan laju je capai novel tu.Memandangkan time tu cuma ada satu je lagi novel tu dekat rak,sah-sah ler novel ni dapat sambutan kan ? 

So,minggu lepas CH habiskan masa dengan membaca novel tersebut.Korang yang belum pernah baca,tak tahu macam mana rupa buku tu dan cerita berkisar tentang apa.........meh rujuk kat bawah ni.......... :) 






SUAMI AKU USTAZ - HANNAH DHANIYAH
HARGA BUKU : RM22.00


-Sinopsis cerita - 




Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?






Ulasan CH : Bagi CH,boleh kasi rate 9/10 . CH sukakan novel ni sebab bila kita baca novel ni,bukan main baca je.Jalan cerita bukan fantasi semata-mata tetapi ianya boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya sebagai seorang Islam.
Bagi CH yang membaca,dah mampu memberikan satu semangat untuk lebih memperbaiki sahsiah diri....nak nak lagi dalam mempersiapkan diri untuk menjadi isteri orang :)
Tapi jgn korang assume CH dah dekat nak kawen pulakkkk ! Calon pun takde lagi oi oi...... =_=
Ok,bagi korang yang giler dengan novel tu,sila dapatkan buku ni.Mesti korang akan rasa best teramat best sesangat ! Serius CH cakap...... :) 
Kalau malas nak pegi kedai,korang boleh beli secara online kat sini ---- > karyaseni.my

bye bye...... !!! ('',) 








Tuesday 4 September 2012

''NASI MINYAK ENGKAU BILA LAGI '' ???


Hari ni baru sempat masuk blog ni.Dah makin usang pun.Masa pun tak banyak sangat nak di habiskan kat sini.Tapi hati tetap rindu nak update sesuatu.Oooooppppss,sebelum terlewat,biar CH ucapkan ''selamat hari merdeka ke-55 tahun''.Semoga kita masih mampu mempertahankan kemerdekaan  bumi malaysia ni,InsyaAllah.

Minggu lepas adalah minggu paling best bagi CH.Sebab utamanya adalah  banyak makan FREE aje......... (^_^)
Al-maklumlah,kan kita masih dalam bulan Syawal.So,haruslah ramai yang bersedekah membuat acara makan2.
Bukan makan free sebab open house aje,tapi sempat juga attend wedding officemate sekali Sabtu lepas.






Tapi kan,CH nak share something dengan korang.Rasanya cerita ni ter sangatlah sesuai untuk orang yang belum berkahwin.Kalau korang dengar sambil tengah makan nasi minyak orang lain,memang rasa nak tersentap plus nak terasa pun ada............ !! bhahaaaaaaa........ :P

Korang tau apa yang mampu menyentapkan tangkai jantung,ulu hati plus limpa semua ????
Nah,cuba korang tengok video belas ehsan dari  youtube ni dulu............................nanti korang akan faham kenapa................................. (^_^)





Hihihihiiiiii..................korang faham ke tak lirik lagu tu..........???CH dok gelak2 sendiri kot bila dengar balik lagu ni untuk kali ke-2 selepas pertama kali dengar kat majlis kawen officemate Sabtu lepas.Dah ler time tu tengah sedap-sedap suap nasi minyak ke mulut.Tetiba telinga pulak dapat tangkap lirik lagu ni.Tak ke masing-masing memandang antara satu sama lain ???? (Semua still anak dara,okeh )
P/S : Sesuai sangat kalau orang yang belum kawen dengar lagu tu sambil suap nasi minyak ke mulut sendiri.Sentap 10 minit di buatnya cik kiaaaaaaaaah oi oi.............. !! -,-

Monday 13 August 2012

"EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA"








Alhamdulillah,kita masih di beri peluang untuk meneruskan ibadah puasa yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi.Kali ni punya Ramadhan,terasa sekejap ler pulak bagi CH......huhuhuhuhu...

Dan biasanya time bulan yang penuh syahdu ni ler CH akan teringat pada insan-insan tersayang yang dah pergi terlebih dahulu meninggalkan CH.Terutama sekali pada arwah abah dan mak CH.Masuk Ramadhan kali ni,dah hampir 7 tahun tanpa mak dan sudah masuk tahun ke-3 tanpa abah di sisi.

Kalau nak cerita bab sedih,tak payah cakap lerrr.Giler tak sedih.Walaupaun CH ni memang sikit punya susah nak nangis,tapi sekeping hati perempuan CH ni tetap merintih hiba bila terkenangkan tiada lagi tangan tua yang   akan CH salam dan cium nanti.Tiada lagi insan yang CH dapat jadikan tempat untuk mengadu,meluah apatah lagi bermanja.

Sekarang,memang kehidupan rasa sepi sangat-sangat.Walaupun orang sekeliling boleh tengok CH seorang yang boleh berjenaka,happy tapi sebenarnya rasa di dalam itu amat berbeza sekali.Serius,rasa macam ni tak akan di rasa melainkan kalau kita telah kehilangan orang yang kita kasihi dan sayangi.

CH tulis entry macam ni bukannya apa.Sakit hati,sedih pun ada bila terbaca akhbar tentang kisah 2 orang anak yang enggan uruskan jenazah ayah mereka.Kalau korang nak baca boleh baca kat SINI . 

Yang diaorang nak adalah kad pengenalan arwah ayah mereka untuk menguruskan hal 10 unit rumah sewa milik arwah.Sadis,kan?Uruskan jenazah ayah tak nak.Kalau harta dia,pandai pula datang tuntut ! Apa nak jadi ni.......... ??

Kita ni sebagai anak,kenalah berbakti pada kedua ibu bapa kita.Diaorang yang melahirkan,membesarkan,memberi kasih sayang dan segala-galanya agar kita mampu menjadi seorang insan yang berguna.Kalaupun tak dapat nak takbur bakti pada negara,taburlah bakti pada kedua orang tua.Kita kena ingat,redhanya Allah itu pada kita (hamba-Nya)terletak pada sejauh mana redhanya ibu bapa terhadap kita,anak-anaknya.
Hurrmmm,entahlah.Semakin lama,makin teruk keadaan manusia ni.Kalau dulu,mungkin kita kata 'mustahil' untuk terjadi tapi zaman ni, 'segalanya mungkin' . 

Eh,pada korang yang nak join contest ni,korang boleh klik banner kat atas nun ataupun pada link yang diberi . Hadiah yang di sediakan boleh tahan lumayan.Antaranya : 

Senarai Hadiah Gempak daripada Penaja:


Tempat Pertama:
  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Duit Raya RM100.00

Tempat Kedua:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Duit Raya U$D5.00


Tempat Ke-3:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 5 Bulan
  • Topup Bernilai RM10.00

Tempat Ke-4:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 2 Bulan
  • Topup Bernilai RM5.00


Tempat Ke-5:

  • Percuma Hosting Blog Untuk 2 Bulan

Special Gift:

  • Seutas Jam Tangan Samurai Laser (untuk 2 pemenang)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
AHAD (19 OGOS 2012) CEPATTT JOINN !!


“Artikel ini penyertaan bagi Contest Eyriqazz VS Denaihati Untuk Semua ditaja oleh Azri.myIviperhostBeats Enterprise, dan Zuls Effort".

GOOD LUCK ....... !! 

('',) 

Thursday 9 August 2012

REZEKI BULAN RAMADHAN + AIDILFITRI














Assalammualaikum .....

Pertama sekali,CH nak ucapkan setinggi-tinggi dan berbanyak syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah DIA pinjamkan buat CH untuk melengkapi hidup sementara di muka bumi ni.Bagi CH dan kawan2 office yang lain,semalam barangkali hari yang istimewa dan gembira untuk di raikan sebab semalam CEO dah umumkan tentang kenaikan gaji dan pembaharuan dalam pola kenaikan gaji.

Kebiasaannya mana-mana company hanya akan buat pembaharuan/revise  gaji pada awal tahun,tapi company tempat CH keje ni boleh pulak buat time tengah-tengah tahun.Memang rezeki untuk bulan Ramadhan dan Syawal kot.Soal kenaikan gaji tu samada naik BANYAK atau SIKIT bukanlah persoalannya.TAPI yang penting ada kenaikan,pun dah syukur alhamdulillah dah tu.Kan ke itu juga rezeki.......... =) 







Tapi,pada sesiapa yang tak dapat tu,jangan rasa down,apatah lagi tak puas hati.Rezeki kita Allah dah tetapkan.Mungkin sekarang tak dapat tapi akan datang mungkin akan di gandakan rezeki untuk kita.......Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

Korang punya persiapan raya,amacam?Dah ready?Kalau ada yang  baca entry ni dok kat perantauan tu,jangan sedih2 ye.Best apa pengalaman beraya bukan di kampung sendiri ? *statement nak sedapkan hati 
Tapi,CH lagi suka beraya di kampung halaman,tempat CH membesar yang sarat dengan kenangan bersama insan2 tersayang terutamanya arwah mak-abah CH.Rinduuuuuuu.........


P/S : Zakat fitrah dah bayar ke belum......... ??? Jangan sakan sangat bershopping sampai tak ingat mana satu yang wajib,mana satu yang kehendak ...... :) 






Friday 3 August 2012

KUNGFU PARADISE @ PARADIGM MALL,KELANA JAYA

Uisshhh,lamanya CH tak godek-godek ini blog.Dah kaku,sayu dan sepi je.Bukan apa,bila kemalasan melanda diri,inilah jadinya.Sebenarnya CH ada banyak benda nak share kat sini.Tapi asyik tertunda dan tak berkesempatan je.At last,memang tak terbuat ler jawabnya.







Btw,hari ni CH nak kongsikan dengan korang semua tentang pengalaman CH berbuka puasa di shopping mall yang baru sahaja di buka,iaitu di Paradigm Mall,Kelana Jaya.CH pegi dengan kawan-kawan CH 2 hari lepas.Kami memang first time menjejakkan kaki kat shopping mall tu.So,agak blur blur sikit nak melangkah.

Kedai-kedai kat dalam tu pun kebanyakannya masih belum di buka.Tapi overall semua ok.Cuma sedikit hampa kawan CH bila tak tersampai hajat melepaskan mengidam nak makan ayam goreng McD katanya.Dalam 10 minit macam tu kitaorang habiskan masa depan screen automatik sebab nak check level mana yang ada lokasi untuk makan.









''Get a kick out of the extensive gourmet offerings from Hong Kong treats to western delights at the vibrant Kungfu Paradise! ''

Dapat tempat yang sesuai,terus kitaorang decide nak pegi Burger King.Dalam tengah on the way nak ke sana,kitaorang lalu satu restaurant '' Kungfu Paradise '' . Sekali imbas,memang nampak macam kedai makan cina.Tapi,kedai itu halal sebnarnya.Ada jugak beberapa orang pengunjung yang beragama Islam kat dalam tu dah booking tempat.

Yang bestnya,cara diaorang menyambut pelanggan untuk masuk ke dalam restoran dorang.Diaorang akan sebut : ''Kungfu dataaaaang....... ! '' and kru-kru yang lain akan say : ''haaaaaaaii''
Memang rasa suasana yang cukup mesra sangat. =) 
#Nasib baik diaorang tak berkungfu depan pelanggan,takpun pelanggan yang kena berkungfu sebelum makan.........tak ke haru.....??? huhuhuhuhu :P

Ok,serba sedikit tentang restoran ni.Makanan memang basic to makanan ala hong kong dan western.Harga makanan pulak around 10 ringgit ke atas.Tapi memang berbaloi sebab makanan yang di hidangkan dalam kuantiti yang banyak dan besar saiznya.Kitaorang boleh share 3 orang untuk satu hidangan tu.












Huh ! Nak jugak menempek muka sendiri.......... :P 
Korang kalau nak tahu sedap ke tak makanan ni,silalah pergi dan rasa sendiri.InsyaAllah,tak mengecewakan...... =) 

PERINGKAT AKHIR IMAM MUDA MUSIM KETIGA - DETIK DEBARANNYA MALAM INI


Ada sape-sape kat sini yang mengikuti perkembangan rancangan 'IMAM MUDA' musim yang ketiga ? Kalau korang meminati rancangan ni,malam ini merupakan malam final mereka beraksi,bertarung untuk menentukan siapa yang akan mendapat gelaran 'JUARA' Imam Muda musim ketiga kali ini.





Permulaan Imam Muda menampilkan seramai 10 orang peserta yang  layak untuk menyertai pertandingan kali ini,dan saban minggu ada peserta yang tersingkir.Maka,tinggallah 3 orang finalis yang bakal berentap untuk malam ini.Mereka ialah Abdul Jabbar Mohammed Kahar (28 tahun),Mohammad Hafiz Abdul Kadir (27 tahun) dan juga Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta (21 tahun) yang merupakan peserta paling muda kali ini.




Abdul Jabbar Mohammed Kahar yang berkhidmat sebagai penolong pensyarah ini berkelulusan Sarjana Fiqh (Universiti Antarabangsa  Al-Madinah ) di samping Sarjana Muda Syariah serta pengajian Islam (Universiti Islam Madinah) .Sudah berumahtanggan dan telah mempunyai 2 orang cahaya mata.





Bertugas sebagai imam masjid,Hafiz Abdul Kadir mempunyai latar belakang pendidikan dari Universiti Mu'tah,Jordan  (Sarjana muda Fiqh dan Usul Fiqh).Selain itu,Hafiz juga mempunyai kelulusan dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya peringkat sarjana.





Peserta finalis yang ketiga ini,Abdul Rahman Naufal yang masih menuntut di Universiti Sains Islam Malysia (USIM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ini pula merupakan peserta termuda untuk musim kali ini. Kata-kata ''Jangan fikir apa yang kita ada,sebaliknya gunakan apa sahaja yang kita ada untuk bersaing dengan orang lain '' menjadi penguat semangat bagi Naufal untuk meneruskan cabaran dalam pertandingan kali ini.

Pertandingan akhir Imam Muda 3 akan di adakan di Dewan Jubli,Pusat Penilaian Negara ( INSPENS),Bangi.Korang juga boleh menonton siaran langsung di kaca TV di Astro Oasis dan Mustika HD pada malam ini,jam 10.

Tapi memandangkan waktu siaran langsung pun orang tengah busy terawikh,for sure ada yang ketinggalan tak dapat nak menonton,kan?Tapi,jangan risau.........Korang still boleh tengok siaran ulangan pada pukul 11 malam hari yang sama dan juga pada pukul 5.30 petang (4hb Ogos) . So,korang tak perlu risau.Terawikh pun tak tinggal,Imam Muda pun dapat tengok,semua dapat,kan ? =) 

Korang rasa,siapa juara eyh ? Kalau ada yang mengikuti rancangan ni dari mula,mungkin korang mampu mengagak siapa yang ada peluang besar untuk meraih gelaran juara tu.Bagi CH,tak mampu nak agak.Sebab tak selalu sangat mengikuti perkembangan rancangan ni.

Apapun,CH ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta.Bukan wang tunai mahupun hadiah yang di kejar,tapi ilmu itu yang perlu kita raih dan banggakan sebenarnya.





Tuesday 17 July 2012

KERANA CINTA MANUSIA.................












   Kata yang sering di dengar : ''Cinta itu buta'' . Sebenarnya,apa yang BUTA ?  Cinta ke,manusia?
Cinta itu INDAH sebenarnya andai di kuatkan dengan keIMANan,di kukuhkan dengan keSETIAan,di suburkan dengan keTAQWAan dan di kekalkan dengan penuh ISTIQAMAH.
Dan yang pasti,apa jua yang kita lakukan adalah Lillahi taala..........Kerana Allah Taala.
NIAT itu yang penting.........

   Tapi jangan kita lupa,cinta juga boleh berubah menjadi derita atau mimpi ngeri sekiranya cinta yang di bina berdasarkan keinginan duniawi dan berlandaskan NAFSU semata-mata.Kepuasan mungkin kita mampu peroleh,nikmat juga mungkin kita dapat rasai,namun semua itu cuma sebentar cuma.Tidak kekal.

   Hidup manusia berubah,mengikut takdir yang telah di tentukan........dan jangan lupa perjalanan kehidupan ini adalah sebuah putaran.Hari ini kita berdiri di sini,satu saat kita ada di sana.............dan satu ketika nanti pasti kita akan kembali berdiri di tempat kaki kita pernah berpijak.Ini bermaksud,setiap di antara kita akan mengalami dan melalui perkara yang sama,tetapi di BEZAkan dengan tempat,situasi,zaman dan sebab musababnya.

   Kata orang,apa yang kita perbuat dan memberi pada orang lain,itulah juga yang bakal kita perolehi satu hari kelak.Baik yang kita beri,baik juga yang akan kita rasai.Jika kejahatan yang kita sumbangkan,buruk jugalah imbuhan yang bakal lalui.

   Senario pada masa kini..............
Suami orang bermain cinta dengan perempuan lain di belakang isterinya.Begitu juga sebaliknya.
Isteri orang menggoda lelaki-lelaki separuh abad yang layak sebagai pangkat bapa.
Kepercayaan seratus peratus di tumpahkan pada sang kekasih,konon berpegang pada 'akur janji' yang telah tercipta,sehingga sanggup membuang keluarga,mengenepikan insan-insan penting dalam hidup kita.
MengHALALkan apa jua yang di gariskan HARAM dalam sesuatu jalinan perhubungan kerana rasa cinta yang menggunung.Maklumlah,perasaan tengah berbunga-bunga cinta.Mana nak nampak yang hodoh,buruk,jelik,kotor.Semuanya kelihatan baik-baik sahaja.

   Kerana cinta,keimanan yang kita bina selama ini yang mampu kita pertahankan sekelip mata bisa hancur berkecai kerana cinta yang berlebih-lebihan kepada seorang hamba-Nya yang lain.Kenapa tak gunakan rasa cinta itu untuk lebih menjadi KUAT menCINTAi-Nya ? Kenapa perlu korbankan rasa kasih,cinta kita terhadap DIA semata-mata kerana rasa kasih kita yang semakin kuat kepada hamba-Nya?.............Kenapa ? 

   Bila  cinta manusia menguasai hati dan perasaan,hilang segala kewarasan akal fikiran yang selama ini wujud.............entah hilang ke mana.Kita sudah tidak mampu berfikir,untuk membezakan yang mana BAIK,dan yang mana pula BURUKnya.










Kalau ada masa,cuba fikirkan ini sebelum kita mahu melakukan sesuatu yang kita sendiri ragu-ragu............ :

Atas  dasar apa aku melakukan ini?Adakah ia membawa kebaikan kepadaku atau sebaliknya?Apa jika aku melakukannya,ia akan menambah rasa CINTA dan keIMANan aku terhadap DIA.............???

Tepuk dada,tanya KHABAR Iman masing-masing............

Selamat malam,assalammualaikum.

Friday 13 July 2012

LELAKI LEBIH LAMBAT MATANG BERBANDING PEREMPUAN , REALITI ?

Topik hari ini . Tetiba terasa nak komen dan berhujah tentang perkara ni.Korang setuju tak tentang tajuk entry kali ni ? Tapi ini cuma pandangan CH saja.Korang kalau ada opinion yang lain,silalah share.......

Bagi CH,orang perempuan fikirannya lebih matang dan berfikiran jauh.Dalam pelbagai aspek,perempuan adalah lebih matang dari lelaki.Macam hal untuk manage kehidupan,kewangan,tindakan dan masa depan.Tapi itu bukan bermakna CH nak kata orang lelaki ni tak matang langsung,tapi cuma lambat sikit kot.Bab nak menabung,urusan kehidupan sehari-hari,semuanya perempuan lebih cekap.Contoh yang paling dekat dengan CH ialah abang CH sendiri.Even beza umur kami adalah hampir 15 tahun,tapi tahap kewangan dia tetap jugak tak stabil.Bila sampai sesak-sesak dia nak pakai duit,muka CH juga yang di cari.Padahal gaji dia lagi besar dar CH kot.Dah tu keje pulak dah lama, takkan tak ada apa-apa simpanan,kan?








Lagi satu,kawan CH.Even umur dia dah masuk ke fasa 30-an,perangai still jugak macam-macam budak-budak remaja.CH tak kata dalam semua aspek tapi ada sesetengah perkara ni mereka tak mampu nak berfikir secara matang.

Macam mana berkaitan perasaan?Perempuan matang jugak ke ? Ermmmm,tepuk dada,tanya hati masing-masing.Yang ini subjektif.Ikut pada individu.Tak semua perempuan kebal dengan perkara yang melibatkan emosi.Sebab perempuan ni perasaanya sensitif sikit.Mudah terasa,kecik hati dan berhati tisu.

Korang?Ada pendapat?Kongsi dengan CH pandangan korang.CH ni sebenanrya nak menulis,tapi tak fokus.Entry ni entah sampai maksud ke tak,entahlah.

Babai,blah dulu .........  =)

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik