Cerpen @ CH


Tajuk   :           Denyutanmu….. Nyawaku.

BAB 1

                Beg sandang berwarna putih ku campak ke atas katil.Perlahan ku rebahkan diri di atas tilam empukku sambil menghembus nafas yang panjang dan berat.Keluhan demi keluhan ku keluarkan.Saat ini mahu sahaja aku lontarkan segala yang terbuku di hati seandainya mampu.Ku renung siling putih yang kekosongan.Perasaanku kini bercampur baur.Keliru,aneh,marah,tidak puas hati.Argghhh…..!!!! kenapa aku kena fikirkan lagi??? Tidak penting  langsung buatku.Lantas ku capai tuala di ampaian,berlalu ke bilik air untuk menyejukkan badan yang semakin membara.

            Maghrib itu,lama aku ‘berbual-bual’ dengan-Nya.Segala yang kurasa dalam hati habis kuluahkan.Sehingga ku rasa puas mengadu.Hanya dengan cara ini sahaja dapat menenangkan kembali perasaanku yang di landa gelora.’’Ya ALLAH,hanya pada-Mu tempat untuk aku menumpang kasih sayang.Tabahkan hati hamba-Mu ini dalam menempuh segala cabaran dan cubaan dari-Mu.Hamba-Mu redha  Ya ALLAH………. Akhirnya mengalir juga air mata dari hati kerasku.Seketika selepas ku luahkan segala masalahku pada-Nya,ketenangan kembali menghuni dalam lubuk hati ini.Benar,aku kembali merasai ketenangannya.Terima kasih,Ya ALLAH……. Lama aku larut dalam kedamaian dan kasih sayang dari-Nya. Tanpa sedar , jam semakin merangkak ke angka 8.Aku jadi lupa sama ada rakan serumahku,Ayu Najwa sudah pulang atau belum.Pantas aku bangun berjalan keluar setelah mengemaskan telekungku.

            Keadaan ruang tamu terhidang sepi.Aku menjengah ke ruang dapur.Kosong.Selalunya inilah tempat pertama Ayu akan terjah untuk mengisi perutnya.Fikiranku berputar  kembali.Dalam aku ingin melangkah untuk mencapai telefon.seakan ku sedar ada susuk tubuh terbaring kaku di atas sofa.Aku amati sungguh-sungguh empunya tubuh itu yang di selubungi kegelapan,seketika aku menggelengkan kepala.”Ish…ish..ish….. bertuah betul budak ni…..”Ngomelku sendiri. Aku menyentuh tubuhnya.Perlahan tanganku menyapu ubun-ubunnya.Kelihatan wajah Ayu sangat letih sekali.Tapi aku harus juga mengejutkannya dari lena kerana sudah lewat benar dia tertinggal waktu Maghrib.Ayu….. Ayu…. Aku memanggilnya lembut,takut dia terkejut.Seketika,ada respon darinya.Tterpisat-pisat dia memandangku.                                                                                         “Hey, dah tu.Bangun.Pergi bersihkan diri,lepas tu solat.Tengok dah jam berapa ni…..Arahku padanya yang kelihatan masih liat untuk bangun.”Ermmm…. aku cuti la Fa.Kejap lagi aku mandi,eyh,balas Ayu  dengan mata yang separuh terbuka.Suka kau lah….. Tapi kalau cuti pun,kau kena bangun jugak.Tak baik tidur masa maghrib macam ni,bebelku semakin panjang.Dah,bangun.Aku nak pergi masak ni.Kejap lagi boleh makan sama-sama.Aku terus bangun setelah melihat Ayu menggerakkan badannya untuk bangun.Eh,tadi aku ada beli lauk sikit.Kau panaskan aje lah.Ada aku letak atas meja kat dapur tu….. Laung Ayu lagi.Aku yang mendengar hanya tersenyum.Ni yang aku sayang sangat kat kau,Ayu.Senang kerja aku malam ni………”

            Setengah jam kemudian,segala-galanya siap terhidang di atas meja.Cukup ala kadar untuk aku dan Ayu.Alah,orang single macam kali apa yang nak di kisahkan.Ikut kepala sendiri sudahlah…….”Ayu,jom makan.Aku dah lapar nih….. Laungku ke arah bilik Ayu yang terang benderang.”Ok beb,kejap.”Ayu membalas pendek.Tidak lama,kelihatan kelibat Ayu dengan keadaanya yang lebih segar dari tadi.Penat giler aku tengok kau tadi,banyak kerja ke dekat pasaraya ?’’Aku mula menyoal sambil tangan lincah menyuap makanan ke mulut.Biasalah Fa.Tempat hari-hari orang datang cari barang,mana tak sibuknya.Dah pulak tadi stok barang-barang baru sampai.Berganda-gandalah kerja aku…. Lanjut Ayu lagi.Alah,suruh ajelah bos kesayangan kau tu tambah pekerja.Bukannya tak mampu dia tu….. cadangku.Ah,malaslah aku nak usulkan macam tu pulak.Kau bukan tak tahu bos aku tu,kalau boleh semua kerja dia nak bagi kat aku.Kadang-kadang rimas jugak aku bila dia asyik nak menempek dekat kita aje.Tapi nak buat macam mana Fa,bukan senang nak cari kerja sekarang ni…… Luah Ayu lagi.Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum.Ayu……Ayu….. sabar ajelah……..

            Malam itu aku dan Ayu tidak kemana-mana.Memang itu hidupku.Tidak pernah langsung keluar malam kecuali jika ada keperluan.Lebih selesa lepak  di rumah.Masing-masing melayan diri di bilik.Aku masih dalam mood menghabiskan novel  yang baru sahaja ku beli.Ayu pula sudah aku sedia maklum,membuta aje kerjanya tu.Maklum,waktu kerjanya kadang-kadang tidak menentu.Sesekali dapat melayan kepada dengan bantalnya,belasahlah cukup-cukup.Dalam sedang tenggelam melayan perasaan pada novel,kedengaran handphone ku berbunyi tanda ada panggilan masuk.Tertera nama NAZRI di skrin.Huhhhh….. dia lagi….!!!!! T ak habis-habis mamat sekor ni…….!!!! Aku biarkan saja ruang bilikku bingit dengan deringan telefon.Setelah lima kali miscall ku dapat,akhirnya kedengaran pula mesej yang masuk.NAZRI lagi……”Saya minta maaf terkasar dengan awak petang tadi.Tiada niat sebenarnya.Tolong jawab panggilan saya,please…..Aku menghembus nafas panjang.Ku utarakan pandanganku ke siling.Kosong.Pantas,aku menaip sesuatu:Saya  tak mahu di ganggu.Harap mengerti.-AFIFA-…….. Ku tekan butang SEND…….. Dan terus aku off kan handphone……Huh,aman malam ku hari ini………

            Aku kembali menyambung pembacaanku.Seakan terasa sudah tidak boleh memberi tumpuan,lantas tanganku  menghidupkan suis laptop.Aku terus meng’login ke akaun Facebook-laman social yang paling di gemari saat ini- Wah,banyak juga notifications yang masuk.Dan beberapa mesej yang belum sempat ku buka.Ini sahajalah cara-cara untuk aku dekat dengan kawan-kawan.Terutama teman-teman lama yang sempat terputus hubungan dan kembali berjumpa di laman ini-Inilah kebaikan teknologi namanya- Aku sebenarnya tidak begitu berminat sangat pada laman-laman social seperti ini. Sekadar ada,sudah cukup bagiku.Tidaklah orang kata yang kita ketinggalan dalam arus teknologi maklumat,mau di cop buta IT pula nanti.Hampir sejam akau ber’online,terus aku log-out. Tiada yang dapat menarik perhatianku sebenarnya.Mata pula sudah di hambat ngantuk yang tak terhingga.Esok sudah seharusnya perlu bangun pagi……KERJA….. hurrmmmm.

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik