Friday 26 December 2014

Life Is About CHOICE


"Life is about choice" - Ayat yang lecturer Economic selalu ulang.Hampir setiap kali kuliah. Memang, hidup kita memang sentiasa ada pilihan. Cuma, samada pilihan yang kita punya tu adalah yang terbaik atau sebaliknya.

Contoh :

Sebagai seorang student, rutin dan tanggungjawab kita adalah study. Ramai student fikir diaorang takde pilihan selain study.

Tapi itu fikiran diaorang. Siapa kata tak ada choice? Ada je....

Satu,kalau pilih study, Alhamdulillah. Harapan nak 4 flat cerah.
Kalau taknak study pun tak pe. Tapi nanti jangan nanges bila result exam keluar  T_T

Lagi contoh, menutup aurat itu hukumnya WAJIB.
Wajib ertinya perkara yang PERLU kita buat. Tapi, adakah kita tak punya pilihan disitu?
Siapa kata takde? Ada je pilihan....

Kalau pilih nak patuh perintah Allah, menutup aurat dengan baik, maka kita dapat ganjaran pahala.
Tapi kalau kita pilih yang sebaliknya.....sendiri jawab la....
Kita dikurniakan akal untuk digunakan bagi memikirkan sesuatu itu dengan waras dan realiti.

So, now...Who's say we have no choice in life? Jangan rasa terbeban dalam membuat keputusan. Pilihan itu ada. Cuma kita kena pastikan pilihan yang kita pilih itu tepat dan terbaik untuk diri kita.

Annyong! :)






Nota CH : Sementara kita hidup di bumi ini, boleh la lagi kalau nak guna sistem "try and error" Kat 'sana' nanti, nasib la....

CH selalu teringat bila Sir NAI nampak student dia macam complicated sangat nak decide something, mesti dia akan cakap macam ni : "Guys, you still remember what I'm talking abaout...Life is about CHOICE"    :)

Perjalanan Hidup (Puisi Tepi Tingkap 1 )




Langit sepi semakin mendung dan kelam,
Bagai ada khabar selain menurunkan malam,
Pengertian yang mendalam tanpa mampu diselam

Tika hati rapuh dalam memikirkan teka teki hidup,
Ada semangat kental yang sedang meniup,
Meminta untuk tetap gagah melangkah tanpa gugup







Nikmat, rahmat, dan ujian,
Itu rencah dalam meniti perjalanan
Ditemani pencatat kiri dan kanan

Ada satu ketika saat rapuh,
Masih ada tangan yang memaut utuh
Meminta agar diri jangan terus jatuh

Sedar akan hidup yang sementara,
Tambahlah iman yang tidak setara
Agar bermakna perjalanan kembara
Dalam mengejar syurga  yang tiada tara

Semangatlah dalam langkah mencari kebenaran
Biar jatuh tersungkur menyerah tidak akan
Kerana rasa cinta pada Pencipta yang menjadi sandaran
Menjadi penguat walau dalam kembara bersendirian


Nukilan : Cahaya Hidup (CH)
Jumaat, 26 Disember 2014 @ 5.43 petang.

Monday 22 December 2014

PWTC : Pesta Buku Bersama MatLuthfi90, Aiman Azlan dan Ameen Misran

(Kisah seminggu yang lepas- 14122014)

Teruja tak???? Harus lah! Giler tak teruja.....hehehe..... 

Al-kisah pada suatu hari sedang tengah scroll satu-satu post kengkawan kat FB, mata nampak poster ni :














Apa lagi,terus kepala otak terfikir nak pegi even duit dalam poket bukan ada pun. Maklum la, dah jadi student kan. Kais pagi makan roti,kais tengah hari makan nasi, kais petang campur malam makan megi. So,memang tak la nak pegi borong buku lagi......so sad! -_-

Tapi sebab dah minat kan, hati nak pegi jugak.Tak kira. Peluang bukan datang selalu. Siap up status lagi tanya kot-kot ada geng novel yang nak pegi hari Ahad (14 Desember 2014 )

Feedback??? Hurrmmm, ramai yang tak available pegi. Tapi takpe, tak patahkan semangat CH pun nak pegi PWTC. Fighting!!! (Padahal nak pegi PWTC je pun, apa ke hal nak fighting bagai kan...poyo. hakhakhak )

Lepas setuju kengkawan student nk follow, so set time. Pukul 12.30 tgh hari dah siap ada dalam PWTC. Hehehe.... Dah terasa aura Mat dahhhhhh....

Dan dari makluman teman jauh, kata Mat ada kat Dewan Tun Hussien Onn. Berdesuppppp pi masuk dewan sebab takut dah ramai orang. Fuhh, nasib baik lengang lagi.Sebab ramai yang tak tahuuuu....



Dorang tengah set up pentas untuk panel MatLuthfi, Aiman Azlan dan Ameen Misran.



Katanya sampai pukul 1 petang. Tapi biasa la, lewat jugak. But, it's okay. Tunggu saja sambil cuci mata layan buku-buku baru. And around hampir jam 2 petang kalau tak silap orang yang ditunggu-tunggu tiba. Jeng jeng jeng!

Gila gamat sekejap dewan bila tengok Mat Luthfi, Aiman Azlan dan Ameen Misran masuk dan naik ke pentas. Teruja! Maklum la, sebelum asyik tengok dorang kat youtube, baca coretan dorang thru FB,blog dan buku. So hari tu dapat la tengok live depan mata.



Setia menunggu :)





Note ringkas dari housemate yang tak dapat join ke PWTC


Kemain ayaq kotak lagi haaa....Time ni tengah fikir macam mana rupa Mat bila CH hulur air kotak ni kat dia...




Tak lama lepas tu....


Depa bertiga dah ada atas pentas..... :D


Majlis berlangsung dalam lebih kurang satu jam gitu la sebelum sesi Tanda Tangan buku. Pengenalan diri, cerita serba sedikit tentang buku dan pasal diri diaorang.Memang gamat dewan time ni.Semua dok pakat sengih gelak ja keje.But actually semua orang dah teruja nak bergambar dengan panel jemputan plus ambik signature je.....Hehehe


And now,the time is ...... Naik pentas!









Dah start sesi Tanda Tangan buku..... Lenguh tangan ler jawabnye deme....muehehee

Dan akhirnya........




Ni dah lepas ambik TT. Tapi sebab ramai sgt orang,so kami tak berkesempatan nak snap picture together with panels atas pentas. Tapi untuk memories, kira ok la ni..... 






Nota kaki : Puas hati sebab dapat gembirakan kawan yang nak sangat TT dari Mat. I did it! :)









Tuesday 2 December 2014

Bersabarlah... Dalam Mencari Ilmu








Bercinta nak siapkan Financial Report ni. Nak lagi ni projek berkumpulan. Haruuuuu.... -_-
Bertemankan se 'mug' milo panas dan beberapa keping biskut wholemeal, jadi la nak hilangkan ngantuk sesambil layan internet kan.....

Satu benda yang CH selalu buat kalau tetiba letih atau mengantuk atau bosan. CH fikir ini semua untuk diri CH. Kebaikan untuk diri. CH insan bertuah dapat merasai nikmat belajar sedangkan orang lain belum tentu ada peluang kan?

Nasib baik dah siap buat assignment. So, lepas ni dah boleh tutup laptop dan beradu.

Bismikallahumma ahya wa amuut (Dengan nama-Mu Ya Allah aku hidup dan mati. )


Selamat malam, sleep tight!






Bismikallahumma ahya wa amuut
Bismikallahumma ahya wa amuut
Bismikallahumma ahya wa amuut

Monday 1 December 2014

Permohonan BR1M 2015 Dan Mengemaskini Data


Mulai dari 1 December 2014 - 31 December 2014 , pemohon yang pernah menerima bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah boleh mengemaskini butiran diri anda di laman web HASIL KLIK LINK .
Boleh kemas kini secara atas talian (online) ataupun secara manual menerusi borang . Borang boleh dapatkan DISINI








Untuk yang baru pertama kali memohon BR1M pada tahun 2015, anda cuma perlu klik pada PERMOHONAN BARU. Isi semua butiran dengan betul, takut tersalah masuk butir-butir peribadi, tak dapat pulak duit BR1M.


Moga entry ini membantu :)

Rutin baru...Kehidupan baru


Celik mata, ada buku. Tutup mata, ada buku. Itulah rutin CH sekarang. Student kan. Kenalah bergelumang dengan buku, laptop segala. Takpa, rileks and chill. Just go with the flow. Zaman sekarang masa cepat sangat berlalu. Bukan tahap merangkak tapi tahap lari pecut haaa lajunya masa meninggalkan kita. Kalau yang suka berangan tu, hati-hati la. Takut tertinggal keta api pulak...Hehehe.



Dapat mai sini, rehat2, tenangkan fikiran, giler tak best. mestilah best


Tidur pun bukan priority lagi. Dulu zaman kerja kemain. Pantang ada masa senggang, mula la tengok Running Man sampai 2-3 episod satu hari...Gilerrrr punye keja... Tapi ok jugak. Release tension namanya.....hakhak! Lepas penat layan Runnning Man, tergolek terus...Lenaa.... ZzZZZZzzzzzZ.... Sadis bebona... -_-

Tapi sekarang rasa nak tidur pun macam tak boleh je. Mana nak kejar tutorial, assisgnment, latihan kemain banyak. Nak berjaya, kena ada effort kan. Tengah usaha ler ni.... muehehee..







Malam ni pun taktau nak tidoq pukul berapa. Conteng kat sini jap, rehat. Pasni nak jengah buku Economic yang beratnya tak larat nak pikul.... -_-  
Takpe,... demi ilmu. Ceh, moga terharu kalau bagi lecturer NAI baca.

Annyong, nite. Out :)

Monday 11 August 2014

Meniti Fasa Kehidupan Baru


Assalammualaikum untuk semua...

Sekarang CH tengah berjimba cuti-cuti Malaysia @ cuti raya lama-lama...Hehehe...
Maklumlah,sekarang CH bukan  lagi seorang pekerja tapi penganggur sementara menunggu tarikh kemasukan untuk sesi pembelajaran sepenuh masa.

Mental,fizikal amacam,ready??? So far CH okey je,takde pulak hati diganggu rasa risau atau kurang keyakinan.Bagi CH,buat saja apa yang kita rasa kita ingin buat asalkan ianya tidak salah dan melanggar hukum agama. So, I'm start count the day..........













Sekarang masih di kampung.Mungkin seminggu sebelum masuk bulan 9 baru balik ke Seri Kembangan semula.Nak duduk lama sikit kat kampung.Nak enjoy sementara belum sibuk...hehehe...

Hari ni dah masuk Syawal yang ke berapa ek?CH tak sempat nak bilang.Tapi apa-apapun,radio masih hangat dengan lagu raya,TV pun masih banyak menyiarkan filem,drama dan rancangan khas sempena raya.Sebab tu mood nak balik bandar belum ada....keh keh keh....

So,sekian saja lintas langsung CH dari kampung yang terhad untuk ber on9.Ini pun hapdet kat CC yang dua tiga kali pusing baru jumpa.....satu jam dua hengget tanpa air-cond,komputer takde sound dan line internet yang macam chipmore....sobs sobs sobs......bertabahlah demi kampung tersayang........


bye...bye.... 

Monday 21 July 2014

Countdown : Sebelum bertukar status.



Baca tajuk...baca lagi..dan lagi... So,what? Apa ada dalam fikiran?

Kahwin? No...no...no....

Tapi bertukar status itu sahih lagi pasti,InsyaAllah moga Allah permudahkannya.

ISNIN - 21 July 2014 : Hari kedua terakhir untuk memegang  gelaran 'pekerja' di KFCH .Lepas ni CH bakal bergelar pelajar sepenuh masa nampaknya. Itu jalan yang CH pilih untuk masa ini.InsyaAllah,CH yakin dengan keputusan sendiri tanpa ragu.








Tempoh tiga tahun untuk bergelumang semula dengan buku tidaklah terlalu lama untuk zaman sekarang.Sibuk sana sini,buat itu ini,dah cukup tiga tahun.Tanpa sedar,masa semakin pantas beredar tanpa menghiraukan kita yang masih di atas angan yang entah bakal jadi kenyataan ataupun tidak.

Kalau ada yang berfikir kenapa CH mahu belajar sepenuh masa sedangkan selama ini sudah bekerja,CH akan jawab begini : Belajar itu juga rezeki.Ianya jihad dalam mencari ilmu yang semestinya akan memberi manfaat pada diri sendiri dan InsyaAllah pada orang sekeliling juga.

Pasakkan niat yang kukuh dihati,InsyaAllah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.Perlu berani untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tak akan sedar setakat mana kekuatan dan keupayaan yang kita mampu capai.Biar gagal selepas mencuba dari gagal untuk tidak mencuba apa-apa langsung,kan?









Doakan perjalanan hidup CH,moga segalanya lancar.

Friday 11 July 2014

Nak Adopt Kucing Tak?



Assalammualaikum.


Hari ni CH nak mintak tolong pada sesiapa yang baca atau TERbaca post ni. Sebab CH sangat memerlukan pertolongan korang terutamanya peminat/pencinta dan tuan kucing.

Okey,biar CH mulakan kisah.Actually around last week ada la sekor kucing TERsesat masuk ke dalam office.Kebanyakan officemates tau CH memang suka kucing.Then bila colleague panggil CH sebab ada kucing masuk,CH pun pegi la ambik kucing tu dan kasi makan memandangkan hari tu CH dah beli siap-siap makanan kucing untuk stok kucing kat rumah.

Time jumpa tu my colleague cakap kucing tu bunting,cuma CH yang tak perasan sebab kucing tu tak la besar mana.Rasanya kucing tu first time bunting and nak jadi ibu.

Nak jadi cerita,Isnin tadi around 10 a.m macam tu....Tadaaa!!! Dia gonggong anak dia kat depan pintu office! Adoyaai....

CH bukannya apa,takut ada yang complain sebab itu kan office,bukan rumah sendirik....huhuhu
Dan sekarang CH nak mintak tolong pada sesiapa yang penyayang dan sukakan kucing serta ikhlas nak jaga kucing ni.Sebab tak lama lagi kan dah nak raya dan office tutup seminggu...huhuhu..So dalam seminggu nanti macam mana dengan kucing tu?






Kalau ada sesiapa yang berminat nak adopt kucing ni atau korang ada kenalan/kawan atau sesiapa saja boleh la bagitau pada CH.
Area kat Taman  Puchong Prima.

CH tunggu korang punya feedback okey..... Tengkiuuuuuu... 

Thursday 10 July 2014

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2014



Pentaksiran tingkatan 3, kali pertama untuk tahun ini akan diadakan kepada semua pelajar tingkatan 3. Bagi pelajar yang lahir pada tahun 1999,memang mereka la yang akan menghadapinya.

Susah tak?

Huh,memang susah!CH dah tengok sendiri soalan yang diberikan oleh anak buah CH.Jawapan adalah berdasarkan pengetahuan pelajar semata-mata.Langsung tak ada kena-mengena dengan perenggan/sentences yang diberi. Boleh pecah kepala jugak bila nak menjawab ooooo.... Kesian dorang ek,dah jadi bahan uji kaji pulak dah.

Okey,untuk mak ayah yang ada anak-anak tingkatan 3/2014,boleh la check it out jadual di bawah ni.Sebagai ibu bapa,kita kena support diaorang.





Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas



Catatan CH : CH doakan untuk semua pelajar yang bakal menduduki pentaksiran tingkatan 3 ini memperoleh kejayaan. USAHA + DOA = TAWAKKAL


GOOD LUCK!

Wednesday 2 July 2014

Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri.


Bukan mahu merungut,apatah lagi menyalahkan orang lain.Cuma CH nak luahkan rasa je...

Bulan puasa,CH sedar tak baik banyak merungut apatah lagi mengkritik orang lain.Tapi pagi ni tiba-tiba CH rasa nak bersuara.








'Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri' - Salah kita,silap kita.Kita tak nampak dan kita jarang untuk menyedarinya di awal waktu.Tapi kalau salah orang lain,kemain laju dia nak judge.Itu salah,ini tak kena.Semuanya serba tak betul sedangkan waktu diri sendiri membuat kesalahan yang sama,mudah pula memberi alasan dan meletakkan salah itu bukan atas diri sendiri.

Bila terlibat dengan sesuatu masalah atau kesulitan orang lain,mudahnya kedua telapak tangan menyorok di belakang,melepaskan segalanya tanpa rasa tanggungjawab.Tapi bila kesulitan itu melibatkan diri sendiri,tahu pula untuk 'berbincang' dan bersikap 'tolak ansur' . 

Bila salah orang,bising mengalahkan satu dunia tapi kesalahan sendiri didiamkan saja.Konon-konon langsung tiada masalah dan semuanya 'baik-baik saja.'

Berubahlah,sebab setiap manusia itu perasaannya sama saja.Ada kala ingin marah,tiba-tiba tersenyum.Ada waktu ingin bersendiri dan menenangkan diri dan ada tika ingin memberontak.Manusia itu diciptakan dengan sifat sabar yang terhad tingginya.Selama mana sangat seorang manusia itu dapat bersabar dengan kerenah orang lain dan menjadikan diri sebagai alat untuk mengalas beban orang lain?









Bukan mahu mengkritik,apatah lagi menghukum tapi sekadar mengajak berbual dan bermuhasabah.Hari,bulan dan tahun berganti.Dunia semakin sampai ke garisan penamat.Sampai masa dunia juga menyerah pada kuasa Pencipta.Apatah lagi manusia yang bersifat hamba yang lemah,bila-bila masa saja boleh tersungkur oleh godaan duniawi.

Ingat,buatlah apa yang kita suka orang buat pada kita sebab 'What you give,you will get back.' Setiap perbuatan ada balasannya,tak kira baik atau buruk.Tak dapat balasan di dunia,InsyaAllah di 'sana' kelak.

Kata CH : Hidup ini ada aturan dan fitrahnya.Jangan letakkan diri di tempat yang betul saja kerana tiada manusia yang sempurna.Fikirkan...

Salam Ramadhan hari ke-4 dari CH .






















Monday 30 June 2014

Throw back : Lunch SEOUL GARDEN punya cerita



Sejak-sejak TERminat dengan drama sama variety show dari KOREA kan,CH mula la nak menggedik sama.Korang yang baca nak meluat pun takpa.hahahaa....

Kalau dulu,sikit punya tak paham pasal Running Man,tapi sekarang itu la benda yang paling setia CH tonton.Ketulahan la tu namanya........bhahahaa!

Okey,bila dah start minat Korea,segala mak bapak nenek moyang dia semua nak ambik tau.Dah berhajat nak cuti-cuti kat Korea,nyanyi lagu korea,cakap korea.Kebetulan beberapa minggu lepas kan ada deligasi lawatan dari pelajar Inje Universiti of Korea.Rasa tergedik sikit la time tu.

Dan sekarang,tergedik nak merasa makanan dari Korea pulak!Mana taknya,kalau tengok Running Man aje,dah berapa banyak show dorang yang tunjuk makanan.Dah la cara dorang makan kemain kebulur.Macam sedap sangat je dorang punya makanan.Tu yang CH pun teruja nak cuba.

Dan kerana keterujaan itu juga la yang bawa kaki CH melangkah masuk ke SEOUL GARDEN.Ini kedai makan bukan la dekat Seoul Korea tu,Seoul Garden yang ini CH pergi kat The Main Place,shopping mall  yang baru bukak area Subang Jaya,dekat dengan One City tu.

Memula masuk macam tak pasti,tapi bila tengok ada orang Islam yang masuk jugak,CH n the gang pun join sekali....sebab dah niat kan :)

Okey,memula cari tempat dulu dan tunggu menu yang dipesan sampai.Sementara tu,kita ambik gambar kekonon feeling  lunch kat korea.setengah jam dari Puchong.Korang mampu?muahahaa!




Ha-na...dul...set! 



officemates.Makanan baru sampai je tu.berasap-asap muka uoalllsssss......



Meh nak bagitau sikit. Yang dalam hotpot kaler hitam tu menunya nama HOMEMADE DUMPLING HOTPOT.
Yang rupa macam nasi goreng tu namanya KIMGARU RICE dan lagi satu tu NASI PUTIH.

Walaupun korang nampak makanan ni macam sikit je portion dia,kan...tp banyak sebenarnya tu.Standard la makanan korea hidangan cenggini.Kalau tengok dalam drama,memang sebijik.Semua hidangan ni pun memang cukup untuk empat orang makan...Time ni CH n the gang  order air ICE APPLE TEA.Sejuk anak tekak ooooo...

Sekarang kan dah masuk bulan Ramadan.Kalau korang nak cuba makanan korea,boleh la pergi berbuka kat Seoul Garden ni.Gerenti puas hati.Harga pun boleh tahan,sesuai la dengan makanan dan suasana kedai.Semua makanan yang CH order diatas berharga RM 68.

PROJEK RAYA : KUIH SIMPUL KASIH


Assalammualaikum,Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan hari kedua pada hari ini.


Even baru dua hari puasa,CH dah ada projek raya? Hehehe...

Actually,projek raya ni lebih kepada anak buah CH yang punya.Walaupun dia baru form 5 tapi skill dia buat kuih & masak lagi terror dari CH yang dah tua! *malu



Tadaa...!! Ini simpul kasih yang dah siap di goreng.panas2 lagi....Nak???


Serunding untuk inti kakak buat sendiri.Semuanya buat sendiri kecuali kulit popia.
Kalau tetiba tekak korang rasa nak cuba,meh order.Satu balang kecil RM 18 dan satu balang besar RM 25.Nak order untuk raya ni pun boleh tapi terhad hingga 2 minggu sebelum raya laaaa,lewat pada tu tak ambil tempahan la.Tapi tempahan untuk luar hari raya boleh.
Krup krap krup krap bunyi..... muehehee...Order dibuka sepanjang hari tapi ikut hari yang available untuk kitaorang buat.Anything boleh contact okey.
CH nak support sifat kerajinan anak buah CH ni :)


Wednesday 25 June 2014

LAWATAN DELIGASI UNIVERSITI INJE KOREA KE KFCIC




Annyong haseyo!

First time dapat tahu ada budak-budak korea nak datang kolej,teruja sangat! Perasaan macam gaya nak jumpa Running Man depan mata tu....Hahahahaa.....Al-maklum la,kaki belum ada rezeki nak jejak tanah Korea.Nak buat camna,kan?Okey,teruskan menabung!





Inje University in Korea.


Okey,meh CH story sikit.Univerisiti Inje dari Korea ni berminat untuk mengenali lebih dekat tentang masakan Malaysia,senang cerita makanan orang Melayu la lebih kurang.

So,untuk visit kali ni,kolej dah atur untuk buat demo masakan ataupun cooking class bagi tiga jenis makanan : Nasi lemak,rendang ayam dan mee goreng mamak. Dengar pun dah sedap,kan?





       
                               
Ini gambar ihsan dari google untuk contoh saja.CH lupa nak snap picture time dorang masak.
                                                   



Memandangkan dorang ni semua visit time Malaysia tengah dalam musim panas (bajet cakap macam la Malaysia ada musim sejuk salji turun),nasib korang la......air-cond pun tak berapa dapat membantu memandangkan time ni air cond tengah servis....huhuhuu...

Tapi waktu cooking class session,dorang semua nampaknya enjoy sangat.Seronok betul CH tengok.Dorang ni teruja betul.

Walaupun time masak tu dorang ada la inform yang dorang ni kalau kat Korea tak makan makanan yang berminyak,gula garam terlebih ataupun makanan bersantan.Makanan dorang mana ada santan.

Tapi dalam dok cakap-cakap tu,licin jugak la nasi lemak yang ada santan,rendang yang berminyak (of course la kan..... ) dan meee goreng mamak yang dah tentu-tentu ada minyak.....Bukan kata setakat habis,licin terus!

Tapi CH tak heran pun.Kalau tengok cerita korea ke,variety show dorang ke,bab makanan mana boleh dorang tolak.Kenyang pun dorang sanggup telan kot.....

Okey,sekarang CH tempek sikit gambar yang ada ye......



Terasa pendek beno bila berdiri sebelah lecturer tinggi T__T


                                
Time ni cooking class hampir berakhir....




Sesi penganugerahan sijil

Lagi.....





Annyong haseyo.
Mannasoe bang-ap sumnida.

Tetiba malu bila diajak bergambar....hahahaha! *sengal



Okey, ha-na...dul...set... fighting!

 
 P/S : Dorang ni suka betul bila kita cakap bahasa ibunda dorang.Even perkataan yang simple pun dorang suka.Contohnya CH cakap annyong haseyo dan kamsahamnida. *nasib baik cara sebutan betul,kalau tidak malu kat lecturers dorang....bhahahaaa....


Annyong!





Restoran Makanan Segera : TEXAS CHICKEN



Pernah dengar restoran makanan segera TEXAS CHICKEN? Sebab CH pun baru pertama kali cuba makan lunch kat sini.Pendapat CH? Meh baca lagi....




Inilah rupa restoran tu.Yang ini lokasi restorannya terletak di The Main Subang Jaya.

Actually,CH pergi last Friday.Memang officemate yang ajak datang ke sini memandangkan anak dia kata kentang kat restoran ni sedap.Disebabkan tak pernah cuba,apa salahnya,kan?Ok,let's go!




Tengah tunggu Q .....panjang giler! dalam hati dah kata memang sedap kot makanan kat sini.


Beratur dari jam 1.15 tengah hari,jam 1.50 tengah hari baru dapat sampai depan kaunter.Ohmai! Habis waktu lunch hour yang panjang. (rehat hari Jumaat 12.30-2.45 petang) .Heaven,kan?Muehehehe...Tapi memandangkan dah banyak masa terbuang kat sini,so memang tak sempat la nak pusing The Main Place ni. (Padahal dari luar bangunan lagi dah tergedik-gedik nak jenguk POPULAR bookstore...huhuhu...

Q sikit punya panjang,tapi nasib baik tak susah nak dapat tempat duduk.Ada saja tempat kosong untuk pelanggan.

Apa menu yang CH ambil?




CH pilih set 1 : 2 ketul ayam goreng spicy,mashed potatos,coleslow,
honey butter biscuits dan air ice lemon tea.

Satu keistimewaan makan di TEXAS CHICKEN ni adalah waktu order makanan,cawan kertas tu dihidangkan kosong tanpa air sebab air pelanggan boleh ambik sendiri.Boleh re-fill sendiri dan ianya PERCUMA!

Macam McDonald,walaupun air boleh re-fill tapi kita kena ke kaunter,kan?Tapi di TEXAS CHICKEN,mesin air diletakkan di luar,di tepi sudut.


Menu di sini lebih kurang macam kat restoran makanan segera yang lain jugak.Cuma ada jugak la kelainannya.Yang itu korang kena cuba sendiri.



Ayam goreng spicy


CH pilih dessert yang ini : Strawberry Shortcake. Sundae pun ada tau yang macam Mc Donald tu.

Kalau korang rasa nak cuba makan tempat baru,nak cuba makanan baru,korang boleh la try kat sini.Setakat ni , restoran TEXAS ada di The Main Place,Subang Jaya,KLIA 2,Klang Parade,Kajang,The Mines,Sri Gombak,Sunway Pyramid dan Empire Damansara.

Business hour tiap2 hari dari 10.00 a.m - 10.00 p.m.


Okey...dah kenyang.Jom balik ofis dan sambung keja......................... T__T

Tuesday 29 April 2014

Jawatan kosong! Jawatan Kosong!

Assalammualaikum.

Hari ni CH nak update pasal jawatan kosong lagi.Dah rasa macam blog jawatan kosong pulak.Hahaha...








Okey,pada sesiapa yang ada kelulusan dalam bidang Hotel Management (sekurang-kurangnya ijazah) dan berminat untuk bekerja secara kontrak selama DUA BULAN (2 bulan) sahaja,korang boleh hantarkan resume lengkap kepada alamat e-mel ini : nurulain@kfch.edu.my.

Mungkin ada kenalan korang yang tengah cari kerja,bolehlah rekomen kan  pada dorang.Jawatan ini pun secara sementara untuk menggantikan pensyarah yang cuti bersalin.

Kalau ada yang pernah punya pengalaman,adalah satu bonus! :)

CH tunggu resume korang.Ingat,sekurang-kurangnya ijazah okey..... A.S.A.P!



Good luck!  

Tuesday 22 April 2014

Boleh Buat Pilihan?


Assalammualaikum dan selamat pagi untuk semua readers (kalau ada,hahaha!)


Cuba korang bayangkan korang ada dalam situasi seperti ini :


Sekarang,korang rasa selesa,enjoy dengan hidup dan pekerjaan sekarang even hidup dan gaji korang setip bulan bukanlah dalam kategori riban-riban sangat pun.TAPI korang happy dan rasa tenang.

Tapi sekarang,korang dalam dilema.Korang di pertengahan simpang,antara jawatan yang lebih tinggi dan keseronokan bekerja.Sebab CH rasa bukan semua orang boleh bekerja dalam keadaan tekanan,kan?

Jadi,CH nak tanya kat korang yang TERbaca post ni yang mana satu korang akan pilih.Pilihan 1 atau pilihan 2.


PILIHAN 1.

  • Organisasi korang perlukan replacement untuk satu jawatan.Tapi department tu dah sedia bermasalah.Belum masuk department tu pun dah terasa aura tak best dan tekanan.So,korang ditanya samada nak atau tak menyandang jawatan tu sedangkan sebelum ni korang tak pernah diajar satu benda apa pun kerja untuk jawatan tersebut dan department tu langsung tak ada ketua!


PILIHAN 2.
  • Korang pilih untuk stay je pada jawatan korang sekarang even gaji tak besar mana tapi korang enjoy dengan kerja tanpa paksaan dan tekanan yang terlalu menekan.

So,korang pilih yang mana?Pilih untuk ke jawatan baru tapi bekerja dalam masalah yang dah sedia ada dan langsung tak hepi (jawatan tu pun belum tentu diaorang naikkan gaji korang) ATAU better korang stay je kat jawatan korang yang kecik tu tapi korang hepi dengan apa yang korang buat.So,apa yang korang pilih?
JAWATAN atau KEPUASAN?

So,apa pilihan korang ?

Thursday 17 April 2014

JAWATAN KOSONG 2014













Assalammualaikum.Nak iklan sekejap.


Pada kawan-kawan yang sedang mencari pekerjaan atau ada rakan2,saudara-mara anda,bolehlah anda menghantar resume lengkap yang sudah di update kepada email - nurulain@kfch.edu.my.

Kalau boleh,CH nak  A.S.A.P.

Kalau anda/kenalan anda berminat,bolehlah hantar resume ya.....terima kasih....



Wednesday 26 February 2014

Potluck In Office











Hehehe...Nampak makanan kat atas tu?Haaaa,ini semua kakak kat ofis tu yang masak.Actually cucur udang tu dari semalam lagi nak di bawaknye ke ofis.tapi memandangkan semalam kakak tu EL,so postpone ke hari ni.

Nasi himpit,rendang daging,cucur udang dan kuah kacang.Perfect!Breakfast yang mengenyangkan dan puas hati.

Sekarang CH lebih suka bawak bekal sendiri dari rumah memandangkan harga makanan di kedai makan tu semakin hari semakin mahal sampaikan macam tak berbaloi je nak beli.Better beli barang mentah dan masak dari rumah.Lebih selamat,jimat dan puas hati!

Nak lagi bila sekarang tengah krisis catuan air,lagilah risau nak makan kat luar.Bayangkan kalau air takde ataupun air kurang,macam mana diaorang masak dan bersihkan semua bahan mentah untuk di masak?Bersih atau tak?Fikirkan.... Sekurang-kurangnya kalau kita masak sendiri kita tahu tahap kebersihan dan kita boleh kawal cara masak supaya kita dapat menikmati makanan yang sihat untuk tubuh.Kan?? *tetiba cara cakap dah macam pakar pemakanan! hahahahaa...




Canrtik,kan?




P/S : Kawan-kawan CH yang dah ada anak giat buat 'BENTO' - sejenis style makanan yang di dekorasi berdasarkan ikon kartun yang menarik atau pelbagai jenis bentuk yang lain.Style ini berasl dari negara matahari terbit,Jepun.Kalau korang rajin,korang pun boleh deko makanan korang cantik2.Biar lagi berselera nak makan.Selamat mencuba!

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik