Thursday 8 October 2015

Hidup Perlu BerMotivasi



Assalammualaikum,

Salam sayang CH buat follower yang masih sudi masuk ke blog yang dah hampir terkubur ni. Bukannya sengaja atau berniat nak biarkan blog ni terkubur tanpa nisan tapi kekangan waktu yang memang la CH tak dapat nak elak lagi. Sesejak jadi student semula, masa terasa macam sangat mencemburui diri ini..... errmmm, ayat memang tak boleh blah! :P

By the way, walau di mana kita berada dan apa juga yang kita lakukan, jangan lupa pada Yang Satu. Dia Yang Berkuasa atas segalanya. Bahagiakanlah hidup kita, nikmatilah hidup yang masih bersisa selagi ianya tak membawa pada kelalaian. Penuhilah segala impian yang telah lama kita semat dalam hati sebab kita tak tahu bila hidup kita bakal berakhir. Sebab tu, isilah setiap masa dengan perkara yang bermanfaat; Bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi untuk kebaikan semua.

Malam ni rasanya CH nak release stress, nak layan semula kegemaran CH time dedulu. Bunyinya macam la lama sangat,kan? hahahaha!
Dah lama CH tak belek blog ni, tak BW blog kengkawan. Rindu time ni. Rindu saat-saat bila kita teruja nak belajar pasal blog. Hahahahaaa... bila ingat balik, macam hape jeeeeee.... T_T

CH ni even busy dengan dunia ilmiah, tapi takdelah CH ni terputus langsung dengan dunia sosial. Aktif lagi. Just kena slowdown sikit. Cuma biasalah, hidup,kan? Kadang kau rasa happy, kadang kau rasa DOWN gilerrrrrrrrr macam rasa dah taknak hidup  sebab putus asa yang terlampau sedangkan Allah baru uji sikit je. Sebab tu pentingnya untuk kita cari something/someone yang boleh motivate diri kita semula. Tak semestinya somone tu kena ada BF/ GF ke hape. It will be everything. As long as boleh buat kau rasa bersemangat nak capai cita-cita atau angan-angan kau tu..... :)

CH???????????????


 



NahhhhHhh, sumber inspirasi C ! Rasanya sebab apa dia boleh jadi sumber inspirasi CH??? Cer tekaaaa...






P/S : Dedulu memang benci korea2 nihhhh, tapi Tuhan nak tunjuk agaknya, sekarang dah tersuka sama mamat korea nihh... adoi laaaa.... Takpe. As long as dia boleh jadi pendorong untuk CH semangat untuk melengkapkan ijazah CH, no hal punya. Kalau oppa ni ajak kite kawen pun, kita okaaayyyyyyyyy je.... ekekee :P

Tuesday 3 February 2015

Count The Times 'Tik Tok Tik Tok











Takde mood langsung. Hurrmmm, esok dah start kelas semula untuk sem 2. Inilah rasanya bila cuti lama sikit and balik kampung, memang liat nak mam*** melangkah pulang ke KL. aiyoooo... T_T

Hari ni pun, kemain malas nak balik hostel. Cadangnya nak balik malam ni sebab esok ada kelas time tengah hari. But then tukar plan. Pergi kelas esok dari rumah abang je. Punya malas tahap dewa.

Tapi takpe. bila ingat raya cina seminggu lebih je lagi and akan pulang ke kampung sebab cousin kahwin, so boleh la senyum sikit...ekeke...


Monday 19 January 2015

Jangan Kau Berputus Asa


M.A.S.A.L.A.H

Apa itu masalah?
Kenapa wujudnya masalah?
Ada ke yang suka masalah?

Ini antara persoalan yang sering berlegar-legar di ruang minda bila antara kita dirundung bencana atau masalah.

Masalah bukanlah perkara negatif, mahupun situasi buruk. Masalah adalah batu yang menjadi tempat kita meloncat lebih jauh dalam menyelusuri kehidupan, masalah juga pencetus kepada idea.

Kenapa perlu bencikan masalah kerana jika masalah tidak wujud, hidup kita tak akan move forward.Kerana masalah, kita berusaha memperbaiki apa yang kurang. Kerana masalah juga, kita menjadi lebih kuat dan bersemangat. Kerana masalah, kita sedar kesilapan kita.






Jika masalah hadir, kita tak perlu lari, sebaliknya cubalah cari penyelesaian yang paling terbaik dari melangut saja menghadap masalah yang memang tak akan selesai kalau kita sendiri tak cuba untuk menyelesaikannya. Bukankah Allah dah kata bahawa Dia tak akan ubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu tak cuba dan berusaha untuk mengubah nasib mereka.Kan?


Nota CH : CH tertarik dengan bait lirik lagu dari kumpulan Spider,


"Sebelum gugur tercalar jiwa parah, jangan kau gugurkan air mata,
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa, jangan kau berputus asa"

[Short Vacation] Berhujung Minggu Di Tanjung Malim


Well, memandangkan cuti sem sudah bermula, so CH decide nak jenjalan keluar dari Selangor dan KL yang serabut dan menyerabutkan.
So, tempat yang dituju adalah Tanjung Malim, sebab nak jumpa kawan yang bermula dari blog dan FB. Tak sangka hubungan sejauh ini.

Well, kali ni CH pilih nak jenjalan guna  perkhidmatan KTM Komuter. From Serdang to KL Sentral dan bergerak menuju ke destinasi utama, Tanjung Malim. So far, CH enjoy dengan my journey.



Source : Google


Kalau rasa nak rileks dan tak tergesa-gesa, boleh la try naik train ni. Sebab kenkadang train ni lambat pun ye, jalan pun takde la laju mana. Sesuai la kalau nak bawak anak-anak berjalan-jalan  sambil ukur jalan....ekekeke

Actually, pergi Tanjung Malim sebab nak jumpa kawan, besides kira berziarah la. Maklum ler, dah lama gilerrrr CH tak datang rumah kawan ni, last pun maybe 2012....kot. Dah lupa.

Besides  datang menziarah, CH actually rindu nak rasa air sejuk sungai Inki kat Kalumpang haaaa.... Giler kebas kecut jadinya kaki bila berendam dalam air haaaa.... serius kaki jadi pucat terus.... Tapi berendam tetap berendam kan, takde hal punya. Bukannya selalu dapat santai-santai gini.


Source : Google


Kalau korang rasa nak cari tempat untuk riadah dengan famili or kengkawan, maybe korang boleh jadikan Sungai Inki sebagai destinasi. Tak terlalu jauh dari KL, maybe dalam 40 minit macam tu. Sesuai la kalau nak pergi waktu hujung minggu.

After that, kawan bawa pulak CH yang gegedik nak berjalan ni ke Proton City. Seriously memang ini first time CH datang ke Taman Proton City ni. Dekat je dengan UPSI Tanjung Malim bangunan baru tu.


Source : Google




Source : Google




Source : Google



Source : Google


Luas jugak tasik ni sampaikan tahap boleh semput bagi orang yang jarang jogging macam CH. Nampak sangat lemak berlebihan sampaikan round tasik pun  semput tak cukup nafas....Hahaha!






Kemain sempat main belon buih haaaa.... dah rupa budak-budak! Tapi ada haku kesah? Enjoy aje laaa....hiks3  ^ _ ^


Hampir sejam jugak la kitaorang bermain buih tu.... Sampaikan dari tak ramai yang main benda alah tu, tapi bila kitaorang yang start main, berlonggok-longgok orang besar main jugak..... Heeee,gamaknya diaorang seronok tengok kitaorang main kot kalah budak-budak.

Even tak lama sangat berjalan di tempat orang dan tak banyak tempat pun yang CH pergi but then ia tetap akan menjaadi salah satu memori yang manis pernah CH lalui.



Nota CH : Perjalanan hidup perlu sentiasa berubah dan terus berubah. Kehidupan yang statik kadang kala menyebabkan kita hilang arah tuju dan tujuan sebenar kehidupan. Berjalan dan mencari kesempurnaan dalam kehidupan. Sendiri dan bermuhasabah agar kita sentiasa sedar bahawa masa yang berputar menjadikan perjalanan hidup kita semakin pendek. So,manfaatkan masa yang masih bersisa dengan sebaik mungkin :)

Friday 16 January 2015

Bila Dah Suka...


Bila dah suka....
Yang buruk pun nampak cantik saja.

Bila dah suka....
Yang susah jadi mudah.

Bila dah suka....
Yang salah pun kita cuba iyakan.

Bila dah suka....
Buat salah pun tak apa.

Bila dah suka....
Segala keburukkannya kita terima.

Bila dah suka....
Dialah keutamaan kita.


Bila dah tak suka???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Tak perlu banyak nak tanya.... "Dah tak suka, tak sukalah!"



Nota CH : 


"Jika hati sudah ada rasa benci, janganlah terlalu membenci. Barangkali sesuatu yang dibenci itu yang paling disayangi kelak.
Jika hati sudah jatuh sayang, janganlah terlalu menyayangi. Barangkali sesuatu yang kita sayangi itu  boleh menjadi sesuatu yang kita benci.
Jadi, berpada-padalah dalam setiap perasaan yang kita lahirkan"


 (^  _  ^)

Monday 12 January 2015

Giveaway Blog nik-ainaa.blogspot.com 2015



 Nah, lagi satu GA yang CH join anjuran blogger Nik Ainaa. Eksaited tetiba bila nampak hadiah GA adalah NOVEL!!!
CH sememangnya peminat novel yang boleh dikatakan tegar.... membaca novel adalah salah satu terapi untuk hilangkan stress dan menenangkan minda. :) 

Korang yang berminat nak join jugak boleh klik banner kat bawah ya,



Klik untuk ke blog Nik Ainaa


Nota CH : Tarikh tutup GA ni 25 Januari 2015 . Birthday CH 24 Januari  oooii..... muehehehe :)

'GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris'


Assalammualaikum,

Hari pertama lepas tamatnya exam, hidup lengang tak tau nak buat apa. Rindu nak ber BW, scroll punya scroll, tetiba mata nampak entry dari tuan tanah blogger Cik Ayue. So, tetiba berminat nak join jugak sebab dah lama tak join GA ni..... :)


Pada korang yang berminat nak join GA dari tuan tanah yang nak kasi ole-oke dari Jepun ni, sila klik pada banner ya.



(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :https://www.facebook.com/nurul.ain.5623
instagram id : http://instagram.com/nurul_ain87/


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!!


Nota CH : Belum ada rezeki nak jejak negara matahari terbit ni, dapat ole-ole dulu, pun jadi laa... hehehe :)



Sunday 11 January 2015

Gadis bertudung dipeluk artis Korea?


Rasanya hari ni semua hot pasal isu ni. Sana sini kalau scroll timeline memang orang post dan komen saja pasal isu ni. Pada mulanya CH blur-blur jugak, apahal sorang kakak senior plus ex-colleague meroyan pasal k-pop. Maklum ler,hari ni last exam untuk sem kali ni.So, memang CH bertapa mengadap buku aje la. Lepas di explain, baru CH paham. Semua pasal video artis k-pop tu lerrr....




                         
Sumber : Youtube


Rasanya kalau korang mengikuti tentang berita artis k-pop ni, maybe korang tahu semalam (10 Januari) B1A4 ada fanmeeting di Malaysia. Haruslah budak-budak ni terkinja-kinja nak jumpa artis pujaan diaorang. Hal ni jadi macam ni sebab diaorang hilang pertimbangan diri,dek kerana di dorong rasa keterujaan melampau plus nak tunjuk kat kengkawan kot....kot aje laaaa...

CH ni bukanlah anti artis korea sangat. Kalau setakat drama korea dan Running Man tu memang CH minat. Sesaja nak release tension. Tapi kalau dah sampai tahap berbalas peluk, bercium dahi bagai, mana perginya maruah dan sifat malu orang Timur plus anak melayu? Malu kan perisai orang beriman.Yang penting, disisi agama Islam ianya adalah haram. Tak kiralah kau berpeluk dengan orang Korea ke, Negro waima orang Islam Melayu sekalipun, semua orang selagi korang bukan muhrim.Nak tahu lanjut pi tanya ustaz-ustazah korang. :)

Ini baru B1A4 yang datang Malaysia. Lepas ni entah siapa2 lagi artis Korea yang diundanng. Rasanya kalau tak silap akan ada lagi satu kumpulan dari Korea yang akan Malaysia 24hb nanti. Sama-sama kita tengok adakah sejarah mungkin berulang. Dah gaya lirik NewBoyz je, ahaks!



Nota CH : Naluri anak-anak muda. Perasaan membuak-buak.Belum matang dan tak berfikiran dalam.Bukannya tak tahu perlakuan macam tu haram di sisi Islam, tapi agaknya mereka fikir ini addalah satu-satunya peluang yang ada bertentang mata dengan artis pujaan.Tapi mereka tak fikir itulah juga satu peluang menambah dosa. Dah la tiket kemain mahal.Buat belanja makan pun boleh lepas dua minggu untuk orang bujang agaknya. Tak lama tu, nanti-nati bila rasa teruja hilang, mesti mereka rasa menyesal tak sudah.
Ada akal,fikirlah sendiri.

Sunday 4 January 2015

Tangguh (Pusi Tepi Tingkap 2 )



Manusia,
Sering kali suka menangguh
Bila ditanya semua diangguk
Bila dilihat seperti pak turut
Segala perintah asyiknya patuh.

Manusia,
Semangatnya tinggi hingga ke puncak
Visinya cemerlang naik mencanak
Senyum terukir membayangkan kemuncak
Kejayaan yang hanya terlakar di ruang petak

Manusia,
Berjayanya mahu namun masih lagi suka menangguh
Sekali di sergah barulah mahu terngaduh
Namun sedarnya masih belum bisa membangkitkannya dari duduk
Sedang fikirannya masih lagi membayangkan kejayaan yang utuh

Manusia,
Untuk berjaya perlulah bangkit
Berdiri berlari kisah lama jangan diungkit
Maralah kehadapan memecut janganlah jalan berjingkit
Kerana kejayaan itu tidak datang bergolek

Manusia, marilah!
Usahlah bertangguh lagi menggenggam cita
Cepatlah usaha mengecap kejayaan yang tercipta
Biar semua membuka mata.






Manusia,
Janganah lagi bertangguh
Sedangkan masa tidak lagi duduknya utuh
Melainkan ia berlalu pantas berpendirian teguh
Tanpa menghiraukan manusia yang masih diulit mimpi.

Nukian : Cahaya Hidup CH
Ahad, 4 Januari 2015 @ 9.12 a.m

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik