Saturday 27 April 2013

~ Minggu Election Dan Minggu Holiday~


Assalammualaikum readers.....

Pagi Sabtu yang redup,memang cuaca yang terbaik  bagi yang nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang bermula semalam (26 April 2013) hingga 5 Mei minggu hadapan.

Pada yang gila membaca,terutama kaki novel macam CH,mesti tak lepaskan peluang untuk pergi pesta buku,kan?CH pun teruja sebenarnya tapi kali ini bukan nasib CH untuk join pesta buku.Mood dah ke laut.Sakit kepala masih terasa.hu hu hu ....

Tapi CH sempat pesan novel pada kawan-kawan yang pergi.He he he.....
Walaupun orangnya tak pergi tapi aktiviti membeli tetap di teruskan ! hahahahaa....Giler fanatik novel ooooooi.... !

Minggu ni banyak aktiviti yang di lakukan.Antaranya tournament futsal antara IPT . :D




Jersey untuk KFCIC team 




Oh ya,sebelum terlupa,nak kasi tau malam ni join BBQ kat Bagan Lalang.Di lokasi hero  novel ''Awak Suka Saya Tak " (ASST) - Hilman Yong

So,minggu ni minggu berjalan-jalan melihat pemandangan.Memandangkan minggu depan hari election,CH ambil peluang untuk bercuti panjang untuk seminggu.Sambil balik untuk election,sambil bercuti.Dah lama tak jengah kampung oooooo.... sobs sobs sobs -_-

#Sedang berfikir apa juadah yang nak di bawa untuk BBQ malam ni........hurrrrrrmmmm..... 

* CH mengundi di Perak.Korang ??? -peace- 

Sunday 31 March 2013

KEBANJIRAN TERKINI APLIKASI UNTUK GADGET

Assalammualaikum...

Salam pagi Ahad buat semua.Hari ni CH ada satu rasa membara-bara nak menconteng dalam ini blog.Fuhhhh,giler lama tak tulis apa-apa kan?? Aish..... !!

Keterbatasan waktu,malas nak bukak lappy adalah salah satu faktor kenapa tak tulis apa-apa kat blog ni.And one more thing,novel ! 
Yes,banyak lagi novel yang pending.Kiranya CH ni dah macam "Menang membeli,alah membaca" huhuhuhu..... T_T

Nak nak lagi 26 April ni ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL),lagi la hati meronta-ronta nak pulun beli semua novel yang ada nanti.....Ish ish ish.....apa nak jadi ni..... 

Btw,even CH malas nak bukak lappy,tak semstinya CH terputus dengan alam maya.Siapa kata?Huh !
Kalau korang yang ada smartphone tu,kat mana-mana pun boleh updated status.Takpun nak semak khabar dunia hari ni.....hehehe...

Dan,lagi satu.Bila dah guna smartphone ni,macam-macam application yang nak di sumbatkan dalam phone yang tak berapa nak besar tu.Facebook,Twiter semestinya aplikasi yang wajib ada.Lepas tu,timbul pulak Instagram,Whatsapp,WeChat dan yang terbaru,Keek !








Bila semua ni ada,kita rasa dekat sangat dengan semua orang.Serius,betul! CH selalu jugak lepak kat WeChat tu,yang iklan dok kencang kat TV tu.Kemain kan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani tu.... :D




Simptom bercakap tanpa henti.......hahaha..... !! 


Kelebihan WeChat ini kita boleh hantar mesej suara pada penerima.Kalau rasa diri asyik terkial-kial nak taip mesej tu,better send je voice messege.Dan lagi satu,boleh buat video call.Dan kesemuanya adalah FREE.....Yeaaaayyy........ !! (^_^)

Jadi,CH harap moga kita boleh jadi pengguna yang bijak.Jadikan segala aplikasi yang memudahkan kehidupan seharian dengan cara yang terbaik.Jangan buat yang bukan-bukan ye...... makasih.

So,apa lagi,let's start ! 

Babai -Peace- 

Sunday 10 March 2013

ALHAMDULILLAH,REZEKI - BANTUAN BR1M DI AGIHKAN.



Assalammualaikum,salam sayang CH buat semua.

Pada yg dah singgah blog CH,terima kasih banyak-banyak di ucapkan.Itu tanda sokongan yang sangat CH hargai. *Peluk ketat-ketat. >_<

By the way,hari ni CH ke Shah Alam.Semata-mata nak collect baucer BR1M tu.Dulu daftar SPR kat Shah Alam,so memang kena ambik kat sana laaaa.....huhuhuhu....




Ihsan : Google 


Ini pengalaman pertama CH collect BR1M tu.Fullamak,jalan  jem!! Tempat untuk collect baucer tu kat SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah . Jalan depan sekolah jangan cakap ! Memang bapak jem.

Jalan punya jalan,sampai depan pagar sekolah.Fuyooooooohhh........ !! Panjangnya Q ........ ! *pengsan.

Nak tak nak ,CH kenalah jugak ikut itu barisan.Dah rupa macam budak sekolah nak pegi ambik air milo kat lori milo kat sekolah je......hahahaaaa.....nostalgia seh ! 

Actually nampak je Q tu panjang.Tapi urusan untuk collect baucer tu takde la lama mana.Around 30 minute macam tu.Nasib baik Q tu laju je bergerak.Alhamdulillah......... :D

And finally............  

.


.


.


.


.


.


.


.

.

.


.

.


.






Baucer BR1M  yg dah selamat di ambil.



Akhirnyaaaaaa............. CH dapat juga baucer ni.Surat pun dapat lewat dari kengkawan yang lain.Ingatkan tak layak nak dapat............huhuhuhu~~
Baucer ni boleh di tunaikan samada di Maybank,Bank Nasional.Lagi satu bank CH lupa laaaaa...... 


P/S : Pada korang yang layak dapat baucer ni jugak,Alhamdulillah..........Moga ada sesuatu yang mampu di manfaatkan,In shaa Allah.

Joooooom shoppinggggggggg......!! Ooooopppppssssss..........        =_=

Tuesday 22 January 2013

[SHARING] - FRIDGE MAGNET & KEYCHAIN FROM BANDUNG !


Hey buddies........ !! 
Assalammualaikum.....

Hari ni pepagi je sampai ofis,belum sempat bukak PC,belum sempat nak panaskan bontot atas kerusi, taraaaaaa....... !! Dah ada selonggok fridge magnet and keychain atas meja !





Taraaaa......... !!! 




This is from my colleague actually.Last week he was going vacation at Bandung.Kira macam spend time dengan family ler tu.

Dan sambil-sambil kitaorang berbual tu,dia pun story la pasal vacation dia.And as a men,of course semangat nak shopping tak sehebat kita - orang perempuan ! yeah.....cayalah.Orang lelaki pun tak sanggup nak follow kita pergi shopping okeh.Boleh patah kaki woooo......ngeh3~~

When I asked him if he's enjoy with the vacation,he's just smile.....And he continued ''Seronok tu memang seronok tapi duit macam air je keluar'' . Bini borong sakan tak hengat dunia.........hahahaaaa....

Naluri CH  : Hehehehe.....Sabar aje la para suami oi.Shopping tu umpama terapi untuk orang perempuan.Boleh hilang strees bila shopping.Maybe strees tu hilang sebab dah berpindah ke suami yg stress sebab duit dah banyak habis !  :D

Monday 21 January 2013

[FAKTA] - 7 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG 'LELAKI'







sekadar hiasan




  1. JANGAN ada yang cuba menafikan atau TIDAK MENGAKU yang lelaki juga boleh menangis! *mereka pun ada perasaan jugak,kan.Sesekali menangis tu,biasalah kan.Bukan senang nak tengok lelaki menangis.Tapi korang agak-agak,apa perkara yang berjaya membuatkan lelaki menangis?Ada pendapat dan pengetahuan tentang ni?Sharekan di komen ya.
  2. KLISE bagi seorang lelaki iaitu "Awak buat apa tu?'' ataupun soalan "Awak dah makan?"Ermmmm,memang ini adalah soalan PERTAMA yang akan diaorang tanya ketika berbual di telefon untuk mengelakkan GAGAP,juga untuk mencari kekuatan/semangat untuk teruskan perbualan yang LEBIH PANJANG! *Errmmmm,macam complicated je bunyi ayat tu,kan??
  3. LELAKI,kalau once diorang cakap dioarang dah sukakan someone (gadis),dia tetap akan suka dan mengagumi gadis tu even diorang taklah cantik mana pun. *Lelaki sekalian,benarkah ini?
  4. IMPORTANT! LELAKI boleh sukakan someone (gadis) dalam masa seminit dan boleh lupakan gadis itu juga dalam lingkungan masa seminit! *OMG,what the.............. it is really ???
  5. Korang nak tahu tak egonya lelaki bila dia tetap akan cuba untuk dapatkan semula gadis yang dia pernah suka dulu just because nak buktikan yang dia bukannya LOSER !! *Egonya mereka.....
  6. Rasanya sifat ini semua lelaki ada.Sifat suka mengorat ataupun mengusik.Biasanya terjadi kat kelas,office etc.Tapi walaupun seramai manapun dia mengorat gadis-gadis pada hari itu,for sure sebelum lelaki tu tidur,dia akan memikirkan mengenai perempuan yang benar-benar dia sayangi/cintai.
  7. Opppppsss....!! Yang ini korang patut tahu.Bab 'bergosip' jangan pandang perempuan je,okeh!Even lelaki pun ada juga sebilangan golongan yang lebih pandai dalam sebarkan gossip.Bahkan lebih pantas dari perempuan!Really...........And you should know diorang ni bukan saja dari lelaki lembut tetapi lelaki yang afat maskulin pun ada jugak.......... hohhohohoho~~~ 

Monday 14 January 2013

[JOM] - PELUANG BERCUTI KE EROPAH !



SEE???Dah baca kan tajuk entry tu ? So,apalagi,jomlah kita rebut peluang ni .Mana tahu kalau-kalau nasib baik,dapatlah bercuti ke Eropah ! Yeaaayyyy........ !! 


Korang yang nak mencuba nasib,jom join contest ni. Masuk ke link SINI  dan ikuti arahan yang di beri.Hanya jawab 3 soalan mudah,dan lepas tu tekan butang SEND . Done ! 
Senang,kan?






Apa lagi,jom cuba nasib.Kalau beruntung,dapatlah korang melawat negara Eropah yang pastinya menjadi impian sebilangan besar semua....hehehe... Good Luck ! 
Sama-samalh kita mencuba nasib....... :D


Naluri CH : Siapa yang taknak keliling dunia.Dapat jejak tempat orang adalah satu pengalaman yang sangat best!hopefully ada luck la kali ni,kan .........  :) 

Thursday 10 January 2013

[HIDAYAH] - Penyanyi Rap Terkenal Perancis Peluk Islam










Pernah dengar nama Melanie Georgiades ? Pemilik nama ini merupakan seorang penyanyi rap yang terkenal suatu ketika dahulu di Perancis.Bermula dengan album pertama pada tahun 1999 namanya terus meningkat naik.Lebih di kenali dengan panggilan nama 'Diam',penyanyi ini juga dikatakan sering di kaitkan dengan  aktiviti pengambilan dadah.

Namun setelah hampir empat tahun menyepikan diri dari dunia 'rap' nya,kini masyarakat dapat melihatnya dari sudut yang lain.Alhamdulillah,Diam sudah selamat memeluk agama Islam.











Menyingkap detik permulaan hati Diam terdetik untuk memeluk agama Islam,Pertama kali saat mendengar bacaan Al-Quran dan mendalaminya,hatinya nekad untuk menjadikan Islam sebagai agamanya.

Katanya lagi,suatu ketika dahulu mungkin dia pernah menjadi seseorang yang terkenal dimata orang lain namun dalam diam sebenarnya dia merasa sendiri dan sering menangis apabila bersendirian di rumah tanpa di ketahui oleh sesiapa.Dan sebenarnya hatinya menjadi sepi tanpa makna.

Dan sejak dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam,hidup Diam menjadi semakin tenang dan dia berjaya merungkai persoalan mengapa manusia di ciptakan.

Diam yang sudah dua tahun berumahtangga kini bahagia di samping suami serta anaknya dan khabarnya masalah ketagihan dadah juga sudah pulih.

Mudah-mudahan Diam akan tetap kekal begini dalam agama Islam.

Naluri CH : Bila semakin ramai  orang kafir yang menganut agama Islam,semakin ramai juga orang yang telah sedia Islam semenjak lahir  meninggalkan agama Islam itu.Cuba renung-renungkan........ 



Thursday 3 January 2013

[REVIEW NOVEL] : The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Salam sayang CH buat semua.Lately CH banyak habiskan masa dengan membaca kesemua novel baru yang CH baru rembat dari kedai.Maklumlah,dah lama tak baca novel  non-stop.So kali ni CH akan pastikan yang CH lebih kerap untuk dapatkan novel-novel baru di pasaran.

Kata orang,baca novel tak ada faedahnya.Buang masa.Sebab hanya berfantasi semata-mata.Hurrmmm,CH hundred percent tak setuju langsung ! Siapa kata membaca novel tu buang masa?Selagi kita masih amalkan budaya 'm.e.m.b.a.c.a ' ,ianya tetap amalan yang baik lagi mulia.Kan membaca tu gedung ilmu?Cuma sebagai pembaca,kita kenalah pandai memilih novel atau bahan bacaan yang mengandungi ilmu.Bukan buku yang kosong dari sebarang ilmu.Okay ?Hehehe.....






Okay,so hari ni CH nak review satu novel yang CH baru saja habiskan pembacaannya malam tadi.Totally untuk revision and conclusion : Novel The Wedding Breaker memang superb best ! . Untuk permulaan tu,memang dah nampak ketegangan yang berlaku dari jalan cerita.Nak marah pun ada pada watak hero tu 'Tengku Adam Kamil (TAK) . Sampai hati dia buat macam tu pada watak Heroinnya 'Ariana Rose'
Errrmmm,korang nak tahu ke apa yang Adam dah buat pada Ariana?Yang tu,memang korang kena baca sendiri laaaaaaa...... heheheee..... Kalau CH kasi tahu,mana nak ada surprise nya lagi,kan ? 

Bab paling touching sekali,dan bab yang paling CH suka adalah apabila mereka selamat di ijabkabulkan.Bagaimana Adam memainkan peranan sebagai seorang 'imam' kepada makmumnya.....Indahnya saat-saat itu.I'm already melting,okay ! Hahahahaaaa..... 

Lagi satu yang CH suka time Adam nyanyikan lagu untuk Ariana.Waktu wedding diaorang. Oh my God ! Seriously , i'm really touched ! *dalam tak sedar,air mata CH menitik ! huwaaaaaa...... nanges !
Ni lagu yang Adam nyanyikan untuk Ariana.Ariana pun nangis tau time ni. Bait-bait lagu tu sangat mendalam.Nak lagi datangnya dari Adam.Sungguh tak sangka?Tahu sebab apa CH tak sangka dan sangat tersentuh? Yang tu korang kena baca sendiri.

Okay.Dah.Jangan nak cengeng sangat la tau.Kesat air mata tu.Huhuhuhuu.....Korang yang memang minat baca novel,CH syorkan korang dapatkan novel ni.Kalau tak ada kat bookstores,korang boleh beli secara online di Karye Seni.com . Lagi mudah dan menjimatkan masa. Once korang dah baca memang korang akan jatuh hati dengan watak-watak dalam novel ni.Believe me....... hehehee...
Dan apa jua ilmu yang penulis masukkan itu,gunakanlah sebaik-baiknya.

Naluri CH : ''Mungkin sejarah kita buruk,tapi masa depan hiaslah dengan seindah mungkin.Tak ada orang yang tak pernah buat salah,tapi sekurang-kurangnya perbaikilah diri supaya sentiasa menjadi yang terbaik saban hari,In shaa Allah,bahagia hidup . 

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik