Mutiara Kata


  1. sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
  2.  Tidak mengkritik tapi menegur sahabat dengan berhikmah dan bijaksana. Bijak pandai ada berpesan: "Setiap teguran mesti didahului oleh beberapa pujian".
  3. Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada Anda yang sedang menderita atau disakiti, tapi tetap bermanja hati kepada Tuhan
  4. Memang dunia dan nafsu merupakan kerabat dekat yang keduanya sama-sama seperti bayang-bayang. Nafsu sering diibaratkan dengan air laut, yang apabila diminum tidak menghilangkan dahaga tetapi hanya akan menambah haus...
  5. " -Lebih baik seorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut."
  6. "..wahai PUTERIKU..demi ALLAH..jangan engkau percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki..bahawa mereka memandangmu krn akhlak dan adab.. Bicara dgnmu sperti sahabat..dan apabila bercinta dgnmu sperti teman akrab..sebenarnya..mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka..pasti engkau takut dan ngeri.. Hanya di tanganmu pintu sgala kebaikan...Bukan di tangan kaum lelaki.." ~ALI THANTAWI~ 
  7. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..
  8. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan 
  9. Seseorang yang sabar seperti orang yang menggenggam tali dengan kuat, dia menggenggamnya dengan rasa amanah yang tinggi. Tetapi dia juga menyedari dia bukanlah pemilik sebenar tali tersebut. Oleh itu , jika pada suatu masa ketika tali itu ditarik dan diambil daripadanya, dan dia tidak mampu menahannya,, maka pada saat itu dia menyedari bahawa saat perpisahannya dengan tali tersebut sudah tiba  
  10. "Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.."
  11. “Baginda SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain Ramadan.”
  12. “Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan Baginda berbuka hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 
  13. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
  14. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
  15. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
  16. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  17. " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)
  18. " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab) Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan 
  19. " USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI
  20. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
  21. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  22. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
  23. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati
  24. Wanita itu sendiri adalah rahsia
  25. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni
  26. Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan
  27. Buku adalah kawan yang paling baik...... Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan
  28. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah
  29. Usia tidak melindungi anda dari cinta, tetapi cinta melindungi anda dari usia
  30. Jika kamu mengerti seperti apa cinta yang tulus, cintailah aku seperti itu. Jangan lebih, sebab hanya cinta seperti itu yang ku perlu. Jika kamu mengerti seperti apa kasih suci itu, kasihilah diriku, seputih kasih itu, kerana hanya putih kasihmu yang kumahu. Jika memang benar kau dan aku ditakdirkan bersatu, maka takkan ada satupun yang bisa memisahkan kita. 
  31. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan
  32. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
  33. Sesiapa pun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  34.  Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim
  35. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
  36. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
  37. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
  38. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad
  39. Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira kerananya. – Sokrates
  40. Kata Imam Syafie : Jika ditanya orang sesuatu masalah, kadang-kadang saya diam tanpa berkata walau sepatahpun. Saya diam sehinggalah saya mengetahui yang mana lebih baik, diam atau bercakap. Saya tidak pernah kenyang sejak berusia enam belas tahun kerana banyak makan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangkan kecerdasan, menumpulkan otak, membuat mengantuk dan melemahkan kemahuan untuk beribadat
  41. Siapa orang yang paling rendah darjatnya? Sokrates menjawab, “Orang yang tidak percaya pada sesiapa pun dan tidak dipercayai oleh sesiapa pun.” Dan siapakah orang yang paling nista? Sokrates menjawab,”Orang yang dimohon maaf tapi tidak mahu memaafkan.
  42. ”Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain
  43. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan. - (Mignon McLaughlin
  44. Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti itu pulalah perlakuannya pada Anda. - (Henry Ward Beecher)
  45. 'jangn berputus asa kerana putus asa adalah keingkaran... barangkali saja dalam waktu yang terdekat ALLAH akan mmberikan kelapangn..."
  46. 'berfikiran positif dan optimislah anda bila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk kerana perkara itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan'....INSYAALLAH
  47. Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.. 
  48. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang
  49. Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti cahaya kehidupan. Bediuzzaman Said Nursi

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik