Wednesday 26 February 2014

Potluck In Office











Hehehe...Nampak makanan kat atas tu?Haaaa,ini semua kakak kat ofis tu yang masak.Actually cucur udang tu dari semalam lagi nak di bawaknye ke ofis.tapi memandangkan semalam kakak tu EL,so postpone ke hari ni.

Nasi himpit,rendang daging,cucur udang dan kuah kacang.Perfect!Breakfast yang mengenyangkan dan puas hati.

Sekarang CH lebih suka bawak bekal sendiri dari rumah memandangkan harga makanan di kedai makan tu semakin hari semakin mahal sampaikan macam tak berbaloi je nak beli.Better beli barang mentah dan masak dari rumah.Lebih selamat,jimat dan puas hati!

Nak lagi bila sekarang tengah krisis catuan air,lagilah risau nak makan kat luar.Bayangkan kalau air takde ataupun air kurang,macam mana diaorang masak dan bersihkan semua bahan mentah untuk di masak?Bersih atau tak?Fikirkan.... Sekurang-kurangnya kalau kita masak sendiri kita tahu tahap kebersihan dan kita boleh kawal cara masak supaya kita dapat menikmati makanan yang sihat untuk tubuh.Kan?? *tetiba cara cakap dah macam pakar pemakanan! hahahahaa...




Canrtik,kan?




P/S : Kawan-kawan CH yang dah ada anak giat buat 'BENTO' - sejenis style makanan yang di dekorasi berdasarkan ikon kartun yang menarik atau pelbagai jenis bentuk yang lain.Style ini berasl dari negara matahari terbit,Jepun.Kalau korang rajin,korang pun boleh deko makanan korang cantik2.Biar lagi berselera nak makan.Selamat mencuba!

Tuesday 25 February 2014

Running Man - Episode 186 [English Subtitle]





Pada yang suka layan variety show dari Korea,Running Man,korang dah layan episod terbaru?Artis undangan kumpulan CN Blue dan Shim Eun-kyung.

Aktiviti kali ni agak menarik even tak de la mencabar sangat,kan?Tapi tetap boleh buat orang ketawa dan release stres.



ppssssttt , comel tak Jong Kook oppa ? :P



Kalau ada yang belum tengok,korang boleh klik kat link SINI 

Happy watching you alls! bye...

P/S : Ni yang malas ni kalau dah TERfollow something,mula la tak sabar nk tunggu episod seterusnya T_T

Monday 24 February 2014

BR1M 2014









ISNIN-24 Februari 2014.Korang yang apply BR1M tu dah dapat ke merasa duitnya?Dah check akaun bank ke belum?Kecoh dari hari Jumaat lagi....Kan?
CH?dah dapat jugak! hehehe...baru check je pun...... :) 





Pada yang dah dapat duit bantuan ni,Alhamdulillah.Syukur masih ada rezeki untuk kita.Pada yang tak dapat tu,faham-fahamlah.Mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan.Ataupun ada hikmahnya.Kan? :D
Untuk tahun 2014,pengagihan BR1M akan di jalankan selama dua minggu.

Untuk semakan BR1M secara online,sila klik DI SINI

Friday 21 February 2014

Impian Yang Terlaksana



Dalam menjalani sebuah kehidupan,bohong kalau kita tak punya impian walau satu pun.

Impian seperti :


  • Ingin menjadi kaya
  • Mahu hidup senang
  • Dapat lakukan apa saja yang di ingini
  • Nak bercuti ketempat yang indah dan dapat menenangkan fikiran
  • Dan lain-lain.


Impian tanpa usaha,itu adalah angan-angan Mat Jenin.Usaha tanpa strategi hanya akan menjadi sia-sia.






Impian + angan-angan + usaha + tawakkal = Kejayaan yang di inginkan. 


Tapi,apa sebenarnya yang kita lakukan untuk mencapai segala keinginan yang kita angankan?


Thursday 20 February 2014

Kucing Terbiar Yang Disayang.





Anje CH :)


SEE?K.u.c.i.n.g - Siapa yang suka kucing dan menjadikan kucing ni haiwan perliharaan korang?Hade?Kalau ada,kita boleh tag team!

Ini satu-satunya kucing yang CH bela dalam rumah.Maklumlah,duduk di rumah yang tak ada halaman dan tanah susah nak bela haiwan.Lagi satu takut ada jiran yang komplain.

Tapi semalam waktu CH baru balik kerja,sampai je depan pintu,nampak ada lagi sekor kucing warna hitam!Seriously seumur hidup CH tak pernah bela kucing warna hitam gini,menakutkan!Kalau kucing hitam tompok putih,CH pernah ler bela.....


Kucing hitam tu la yg baru datang.Yang tompok2 tu dah lama...hehehe

Tapi dah nama pun suka kucing kan,tak sampai hati nak biar.So,CH kasi lah dia makan jugak,share dengan kucing yang tompok-tompok tu (kucing tompok2 tu CH dah lama kasi makan dia...)

Takpe,makanlah.Rezeki dorang.Lagipun bukan semua rezeki yang kita peroleh tu milik kita semuanya,kan?

Tuesday 18 February 2014

Running Man! - Variety Show










RUNNING MAN - Sebuah program 'variety show' dari negara Korea yang sangat famous sehingga saat ini.Jujur cakap,CH memang tak pernah sukakan rancangan ini sebelum ni.Even anak-anak buah CH sangat GILA dengan K-POP (drama,lagu,tarian,variety show)Pendek kata,apa-apa saja berkaitan dengan Korea,dorang memang 'die hard fan'!

Setiap kali dorang bukak lagu atau show Running Man ni,for sure CH tarik muka,bosan!Seriously CH langsung tak boleh nak hadam apa kebenda dorang dok buat.Lari sana sini,cakap kemain laju.Dalam laptop diaorang penuh dengan episod Running Man ni (current episode - 185 NOW!) Muak okay,muak!Rasa macam nak campak je laptop dorang dalam telaga...huhuhu.

Tapi, betul pulak kata orang-orang dulu.'Tak kenal maka tak cinta' , kan?Padan muka CH.hahahaha!!
Now,CH pulak yang TERsuka!Aigooo...Oooppss!
Tapi CH cuma layan Running Man je.Drama dan lagu tu sesikit je...hehehe...

Tak tau macam mana tersuka tapi entah macam mana bila TERtonton Running Man (lupa episod yang mana),baru CH faham dorang punya permainan.Hhhmm,quite interisting!



2 Days 1 night pun CH layan.

Dan sampai sekarang CH masih setia follow setiap episod yang ada.Sanggup marathon dari episod 1 sampai episod yang sekarang dengan hanya menggunakan telefon Galaxy Ace hokaaaayyy! *boleh bayang tak betapa gigihnya CH tengok RM guna fon berskrin 'sekangkang kera'? sigh!

So,korang yang TERbaca ni janganlah gelakkan CH kekuat sangat.Cukuplah kengkawan opis dah gelakkan CH sebab dah TERsuka dengan korean show even dulu kaw-kaw tak suka...huhuhu....

So,let's running,don't walk! 

Korang macam mana,suka jugak tak?Jom share dengan CH siapa yang korang suka dalam Running Man.
CH?Hhhmmm....mula-mula pilih Kim Jong Kook - Sparta . Tapi lepas tu rasa macam Gary pun not bad!

Bila dah TERgila RM ni,habis youtube CH selongkar.Tetiba TERnampak video Haha dan Byul Wedding.Patah hati CH wei..... *sobs sobs sobs! Haha tu comel la!

P/S : Perasan tak dah berapa lama CH tak update blog?Hohohoho....laptop takde weh,susah laaaaa.....tapi hari ni TERsemangat nak update.Thanks pada sesiapa yang ada masuk dan jengah blog CH yang dah lama di tinggalkan ni...Ada masa CH blogwalking blog korang ya :)


bye-bye!


Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik