Sunday 30 October 2011

Saguhati dari Cameron





Terima kasih pada tuan blog-UmiDanish yang mengajak CH untuk turut sama mendoakan kesejahteraan keluarganya.Pada yang terlihat/terbaca entry ni,kalau rasa nak join,
boleh terus klik SINI.
Semoga doa-doa ikhlas dari kita akan mempermudahkan segala-galanya.
Berdoalah seikhlas hati demi kesejahteraan bersama,moga kita juga mendapat kebaikan di atasnya.



1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!









Assalammualaikum.......Morning to all.
Pagi-pagi lagi CH dah mula terasa nak lepak depan laptop.Macam biasa.On je laptop,blog yang ku buka dulu. :-)
Jalan punya jalan geledah blog kengkawan yang lain,terperasan ada satu GA dari blogger-
MR BAIZ yang menarik perhatian.CH nak join,takpe kan?
So,Ch memang dah join ler ni.
Kalau korang yang lain nak join ini GA,just tekan kat SINI untuk mengetahui cara-cara
penyertaan serta hadiah yang bakal di menangi.
Sesekali mencuba nasib,apa salahnya,kan?
Ada rezeki,adalah.Kalau tak ada,apa boleh buat......
 :-)
Salam hujung minggu untuk semua.

P/S : KLIK untuk makan free
Juga kat SINI untuk talian internet yang hebat.

Seputih Kapas,Sebersih Kain Putih





Itulah yang selalu di ibaratkan untuk anak-anak,kan?Di ibaratkan sebagai kain putih,dan pewarnanya ialah ibu bapa.Bagaimana corak pendidikan yang di berikan,cara layanan yang di berikan terhadap anak-anak,serta sikap yang di amalkan sepanjang kita membesarkan mereka menjadi titik tolak kualiti hasil pada anak-anak kita.

Dunia masa kini,corak didikan semakin berubah.Sesuai dengan arus kehidupan alaf baru masa kini.Cara pemikiran ibu bapa yang semakin terbuka serta lebih suka membiarkan anak-anak yang membuat keputusan.Tambahan pula,zaman milenium ini sudah kurang para ibu yang mahu menjadi suri rumah sepenuh masa-Tumpuan banyak di curahkan pada keluarga.Masing-masing,sama ada ibu atau bapa sibuk dengan urusan kerja mereka.Pergi bersama kegelapan pagi,pulang pula bersambut bulan dan bintang.Anak-anak,bagaimana?

Bilamana kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak,mereka akan mudah menjadi liar.Teman-teman sekeliling adalah pengaruh utama dalam mencorak kehidupan terkini anak,bukan lagi ibu bapa.Ibu bapa pula hanya berperanan memberi kemewahan dan kehidupan anak-anak.Di curahkan sebanyak mungkin wang pada anak-anak sebagai penebus masa yang sudah semakin suntuk untuk di habiskan dengan anak-anak.


Bila  diminta,orang tua menghulur tanpa banyak soal.Sampai satu tahap,anak-anak sudah tidak tahu nilai sebenarnya wang itu,bagaimana susahnya mencari rezeki itu.Juga lama-kelamaan sikap mereka  akan menjadi keterlaluan.Tiap kali di minta,ibu bapa pasti menghulur.Tapi bila satu ketika mereka sudah tidak mampu untuk memberi lagi,bagaimana dengan anak  itu? Memberontak?Berlaku kasar pada orang?

Saat itu,siapa yang harus di persalahkan?Jari mahu di tuding ke arah mana?Kata pepatah lama "melentur buluh biarlah dari rebungnya'' sesuai sekali di gunakan dalam membesarkan anak-anak.Waktu mereka masih kecil lah masa yang sesuai sekali untuk mendidik mereka tentang kehidupan,kerana ketika itu mereka masih belum tercemar dengan dunia luar.Dunia mereka ketika itu hanya ibu bapa.Ibu bapa sebagai pelindung,juga guru untuk mengajar erti kehidupan yang sebenarnya pada anak-anak.

Tapi kalau di lihat hari ini,semakin ramai anak-anak terbiar di jalanan,bersidai di tempat umum terutama sekali pelajar sekolah.Bukan itu saja,anak-anak kecil juga sudah pandai memerintah ibu bapa mereka sendiri.Kerana apa? Mungkin kerana cara didikan yang salah,pengaruh media massa,juga persekitaran sekeliling barangkali.Fikir-fikirkanlah.


Hakikatnya,semua orang mahukan kehidupan yang sempurna dan bahagia.Bukan setakat di dunia,tapi biarlah berlarutan hingga alam akhirat.Didikan ilmu agama harus di pupuk dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil lagi.Kerana hanya dengan agama sahaja dapat menyelamatkan kehidupan  dari kehidupan yang gelap.
Wallahhuallam.

Klik SINI untuk dapatkan talian internet yang superb...!!!  juga SINI untuk peminat kereta Volkswagen

Saturday 29 October 2011

"Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!"





Okay,CH join segmen lagi ya.Kali ni anjuran Cik Bunny pulak.Tajuk segmennya best,thats why CH terasa nak join.Sesuai sangat ler pada blogger baru seperti diri ini.
Korang yang lain kalau nak join,boleh klik kat SINI
Hope dapat tambah lebih ramai kenalan,juga sama-sama dapat luaskan lagi pengetahuan.
Salam perkenalan dari CH,okeh.... :)
p/s: cuti sekolah dah nak start tak lama lagi.Maybe yang ini dapat bantu korang untuk percutian yang hebat.Klik Sini

Genk! Saya Blogger Gila






Baru balik dari BW di petang hari......Hahahahaha.Bosan wehhhh.Serius tak tau nak buat apa time cuti-cuti macam ni.So,better join segmen yang Genk buat,kan?
Korang yang lain kalau nak join boleh klik sini


Btw,CH memang ada satu hobi yang memang membahagiakan hidup.Korang nak tahu apakah itu???Ermmm,jap lagi CH kongsikan.Acctually,hobi ni memang dah sebati since zaman sekolah lagi.Nak tahu...........Tengok kat bawah ni.














Ini ler  hobi CH di masa lapang.Paling pantang kalau masuk mana-mana shopping mall yang ada POPULAR Bookstore ataupun MPH.macam ada magnet je yang tarik CH untuk masuk kedai dorang.Hahahahaha......

Novel-novel ni semua adalah koleksi terkini untuk tahun ini sahaja.Koleksi yang dulu tu ada di rumah kat kampung.So,tak dapat nak share dengan korang semua kat sini.

Baca novel ni pada CH ada kepuasannya yang tersendiri.Siapa kata baca novel tak boleh luaskan pengetahuan?Of course boleh,okeh....!!

Anyway.apa pulak hobi korang?Nak juga tahu......ke korang punya hobi sama macam CH? :)

Itu ajelah yang dapat CH kongsikan dengan korang semua.Salam.

P/S :Untuk penggemar kereta,KLIK SINI

Memang Tak Boleh Nak Elak



Okay,semalam lepas je balik dari office,tetiba rasa macam nak something.Sampaikan keluar dari kereta,terus mintak kunci motor nak gi merempit jap ke Aeon Jaya Jusco.Tak sempat naik rumah pun lagi.Tahu apa yang CH nak cari?NEW NOVEL.
Rasa macam dah lama gila tak baca.Padahal,Oktober je dah 2 buah novel CH beli.

Dalam 5 minit je perjalanan ke JJ tu,and destinasi pertama adalah Popular Bookstore.(ini tempat macam ada magnet bagi CH,sebab kalau lalu,harus kena masuk) Belek-belek,cari-cari mana novel yang berkenan kat hati.Tak boleh buat keputusan lagi.Banyak sangat pilihan yang best-best depan mata ni...........

Kalau tengok pada short list novel kat papan tanda tu,antara yang top ranking semua CH dah ada.Antaranya Cinta Kontrak,7 Hari Mencintaiku.

So,round-round lagi cari apa yang berkenan kat hati.Jalan punya jalan,at last CH decide pilih novel ''Akhirnya Aku Kahwin'' karya Herna Diana,terbitan Alaf 21 .

sinopsis baca kat sini

Okay,puas hati dengan pilihan,terus nak gi bayar.Bila chasier tanya ada member card ke tak,baru CH ingat CH lupa nak bawak member card.Huhuhuhu.....no discount for my novel today ? :(
Tapi sebab dah nak punya pasal,takpe lah.Ambik juga walaupun takde diskaun.

So,itulah 1st novel pilihan CH untuk November.Korang,apa pulak?Ada novel baru yang best,share dengan CH ye....
Bye bye....
:-)
Nah,kat sini ada tawaran terbaek dari MAS malaysia.Tiket free kot.Klik sini

Apa Yang Betul Sebenarnya Ni?




Mornings everyone.....!!!!
Assalammualaikum.

Tak tau ler kenapa rasa macam ni pagi-pagi lagi.Malasssss sangat-sangat.Jap lagi kena pegi Tution Centre pulak.Hari terakhirkah aku untuk hari ini?I don't know.......
Keliru......


Fikiran berserabut jap.Hari last ke tak kat situ?Tak tau ler kenapa lately rasa penat sangat-sangat.Maybe pasal menghadap kerja yang menimbun tiap-tiap hari kot.

Ikutkan hati memang nak cakap hari ni hari last CH keja di Tution Centre.Tengok dah ramai part timer yang ada,buat apa tunggu lagi,kan?Dah pulak,bukannya CH dapat datang penuh pun untuk kelas.
Kesian kat bos and yang lain lerr......

Tapi yang berat hati pun ya jugak........Sebab CH dah lama keja kat situ.Start dari part timer --->full timer and last part timer again.
Errrmmmm,tengoklah macam mana nanti.
Cant make a decision right now,okay.......
Dah rasa selesa kot keja kat situ.Bos pun ok jek.

Tapi mungkin juga dah sampai masa untuk lepaskannya.
Berapa lama lagi nak bertapa kat situ,kan?
Mungkin perlu beri peluang pada orang lain.

Okaylah,CH perlu gerak sekarang.
Nanti terlewat pulak.Kesian kat students semua.
Tunggu ajelah apa keputusan yang CH dah buat nanti..

Friday 28 October 2011

Merendah Diri Bukan BerERTI Hina




" Sesungguh Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.”


Merendah diri atau sifat tawaddu' adalah satu sifat yang menjadi keperibadian Rasulullah s.a.w.Sifat rendah diri yang harus ada dalam diri saat ini adalah sifat merendah diri yang tidak sampai menyebabkan diri di pandang hina.Walau apa jua yang di lakukan,haruslah bersederhana dalam segalanya.Wasatiah.
Begitu jugalah dengan diri.Saat sedang berada dalam era kegemilangan hidup,jangan sesekali lupa memandang kembali kebawah-tempat asal sesuatunya bermula.Kerana setiap sesuatu yang bermula pasti akan ada pengakhirannya,samada berakhir dalam keadaan yang baik mahupun sebaliknya.

Apa yang perlu di banggakan sangat dengan pangkat,harta,rupa yang kita punya di dunia ini sedangkan semua itu tidak menjadi sandaran untuk menyelamatkan kita dari azab-Nya kelak.Semua itu hanya duniawi semata.Bersifat sementara.Saat semuanya hilang,apa yang tinggal lagi pada diri kita?

Pangkat.Bila-bila boleh berubah.Mulanya kita berada setapak di tangga pertama,hingga seterusnya meniti puncak kejayaan.Esok lusa,barangkali kita akan berada di bawah kembali.Itulah putaran kehidupan.Sudah lumrahnya.Saat sedang enak duduk di kerusi empuk,jangan pula di lupa pada orang lain yang berada di bawah,sesekali pandanglah supaya kita sentiasa ingat siapa kita suatu ketika dahulu-Dari yang tak punya apa-apa,menjadi seseorang yang memiliki segalanya.Dari zero,kepada hero.Dari nobody kepada somebody.

Harta.Mungkin saat ini kita punya harta setinggi gunung,tapi siapa yang tahu untung nasib kita di kemudian hari.Allah itu kalau mahu menarik semua nikmat yang ada,dalam sekelip mata sahaja mampu di lakukan-Nya.Lihat sahaja pada kisah Qarun,yang telah di beri nikmat harta yang melimpah ruah.Namun,atas kesombongan,sifat angkuh dan tamaknya,bumi telan menelan si Qarun bersama hartanya.Jadi,apa gunanya harta yang banyak andai tidak mampu menyelamatkan kita dari seksaan-Nya?

Rupa.Apa yang dapat diharapkan dengan rupa?Ianya tidak kekal lama.Kecantikan rupa paras akan pudar bila-bila masa.Buatlah apa jua proses untuk mengelakkannya,namun tetap jua akan terjadi.Sudah fitrahnya manusia-dari alam rahim kita di lahirkan ke dunia dengan rupa bayi->kanak-kanak->remaja->belia->tua .Dan akhirnya kembali semula kepada DIA.
Itulah lingkaran hidup yang namanya MANUSIA.

Dari DIA kita datang,dan dari DIA juga kita kembali

Justeru,beringatlah selalu.Fitrah manusia itu selalunya leka,alpa,lupa.Bantulah antara satu sama lain untuk saling ingat mengingati.Jika terasa diri sudah jauh tersasar dari jalan kebenaran-Nya,jangan segan untuk berpaling kembali pada-Nya.Sesungguhnya,DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ingatlah DIA walau kemana jua kaki melangkah pergi,nyata DIA juga akan ingat pada kita.

Wallahuallam.



Thursday 27 October 2011

Sikap Profesional Harus Ada Pada Diri


Dalam hidup ni,macam-macam kita nak buat.Pelbagai perkara kita nak capai.Setiap hari,rutin hidup terlalu ketat hingga untuk mencari ruang untuk bersenang-senang juga agak terhad.

Ada yang belajar sambil bekerja secara part-time,ada yang sebaliknya.Walau apapun peranan yang kita pegang sekarang,sikap profesional itu harus ada mengikut profesyen apa yang sedang kita pegang.
Contohnya :

Jika anda seorang Pengurus Syarikat dan punya ahli keluarga/sahabat/isteri/teman wanita di bawah satu bumbung,anda harus bijak memainkan peranan anda.Harus tahu beza antara seorang ketua di pejabat dan seorang ketua di rumah.Kedua-dua punya perspektif yang berbeza.


Ketidakadaan sikap profesional ini akan menyebabkan kita akan di pandang sebagai seseorang yang tidak matang dalam menjalankan tugas.Jangan sesekali campur adukkan hal berkaitan kerja dengan hal-hal di rumah.Bercelaru hidup nanti.

Kebijaksanaan dalam menguruskan emosi / sikap amat penting.Jangan bawa sikap keanak-anakan seperti anda di rumah datang melarat ke pejabat.Mainkan peranan sebagai seorang ketua yang sebenarnya-Berdedikasi dan komited terhadap kerja.
Barulah kita akan di hormati kerana sikap profesional kita,bukan keranan takut akan kita .

p/s : Untuk pengguna Maxis/Hotlink Mobile -Klik

Pandanglah Pada Kesusahan Orang Lain



Bila diri sendiri dalam kesusahan,terasa kitalah orang yang paling malang sekali.Terasa berat sangat dugaan yang perlu di tempuh.Diri ini seringkali merasa begitu.Padahal masalah yang di hadapi tidaklah seberat mana,tapi  itu pun sudah merungut-rungut? Teruk betul,kan?Ermmmm......

Tapi cuba buka lebih luas sedikit pandangan mata,pandang orang di sekeliling kita pula yang mana jauh lebih sengsara dari apa yang kita alami.So,apa  yang diri rasakan saat itu?Tidakkah terdetik dalam hati berkata"Kalau aku terasa susah dengan dugaan kecil seperti ini,bagaimana orang lain yang menanggung dugaan yang lebih berat dariku sekarang? "


Pernah terlintas di benak fikiran begitu? Baguslah kalau pernah terfikir begitu.Kalau kita asyik memandang pada kesusahan pada diri sendiri,memang kita akan rasa amat terbeban dan terasa berat sekali rintangan hidup yang perlu di lalui.

Tapi kalau kita selalu membandingkan nasib buruk kita dengan orang lain yang jauh lebih derita dari diri kita,pasti kita akan ucapkan syukur kerana kehidupan kita tidak seperit mereka  yang mana nasibnya tidak sebaik diri kita.

So,lepas ni jangan terasa terbeban apatah lagi berputus asa dengan segala cubaan hidup dari-Nya.Sesungguhnya, DIA hanya mahu menguji,bukan membebani.Fikirkan bahawa

" Kalau aku susah,ada orang lain yang lebih susah hidupnya dari aku "

Dengan cara itu,kita tidak akan pernah lupa untuk bersyukur di samping terus mara ke hadapan meningkatkan kualiti kehidupan kita,InsyaAllah.

" Hiduplah sebagai seseorang yang bermotivasi "

Monday 24 October 2011

Nak menang RM 55,000 ?





Ini ler contest tu.
Boleh menang sampai RM 55,000....!!
Best,kan?
Why not try korang punya luck,
Maybe ada rezeki,kan?
Hehehehe
Untuk maklumat lanjut,

Good Luck....
Okay.

Minggu Yang Pendek


Mesti minggu ni rasa pendek je untuk di lalui,kan?
Mana taknya,hari Rabu dah cuti Deepavali.
Kawan-kawan kat office ( kaum india ) pun dah start cuti hari ini untuk 1 week,okeh...
Seronok kan dapat cuti panjang?
Boleh spend time kat kampung halaman dengan famili.....
I'm really miss that moments......
Btw,time-time macam ni jugak waktu yang sesuai untuk kita eratkan kembali
hubungan kekeluargaan,kan?


Kat sini ada satu permainan yang korang boleh try.
Main ramai-ramai dengan famili
atau bersama orang tersayang,
Mesti sweet and best gilerr

Pada yang dah planning nak gi balik kampung minggu ni.
Why not korang tengok kat sini
Ada sesuatu yang Petronas
nak kasi pada kita semua.
Enjoy,okay.... :)

Hikmah Di atas Penderitaan



Pagi-pagi dah derita ke?
Tak adalah derita sangat.
Acctually,since beberapa bulan dah jadi camni......
Seksa jugak oooo....serius.
Kejap ok,kejap lagi,datang balik.
Sampai mengalir air mata di buatnya.
Duduk tak kena,berdiri pun salah.

Patutnya dah lama kena bertindak.
Tapi keberanian tak ada.....
Bukan takut okeh.....!
Cuma kekuatan tu kurang sikit jek....

Kalau serah diri sekarang,
Entah apa yang 'dia' buat nanti....
Can't imagine acctually....
Huhuhuhu.......
Tapi, at last,tahu tetap kena surrender jugak..... ^_^

Korang tahu apa jenis penderitaan yang sedang CH alami sekarang?







Sakit gigi......!!!!




Kalau pegi serah diri,







Macam ni ke rupanya ??

P/S : Korang ada petua untuk kurangkan sakit gigi tak?
Kongsi dengan CH.


Sakiittttt weehhhhhh.....!!!!

 :(

Tapikan,kalau dapat makanan yang macam ni ,sakit gigi pun sure takkan tolak.Serius....!!!
Tak caya.pegi ler tengok sendiri,
okeh.

Sunday 23 October 2011

Book Worm-Second round


First round


:)

Second round


Point dah naik,
Level pown.
Dari ranking 5,terus ke ranking 10..... :)
But still tak jumpa word VIA tu.....
Korang ada nampak tak?
Huhuhuhu


Ngeh ngeh ngeh......
Dah hangus terbakar......
Game Over.....!!!
:(


And
Ini ler result nya....
Walaupun dah tamat permainan,
Fuuhhh.....
Tengok ranking.....
CH yang tertinggi sekali,
okeh.....

Kelebihan Solat Dhuha





Assalammualaikum.

Kali ni CH nak share  dengan korang semua tentang kelebihan melakukan Solat Sunat Dhuha.Solat sunat yang ringkas dan mudah,tetapi punya fadhilat yang cukup besar.Dengan solat ini juga,rezeki kita akan di murahkan oleh-Nya..........

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Antaraa kelebihaan Solat Sunat Dhua :
Di murahkan rezeki dan di jauhkan dari kepapaan
Di ampunkan segala dosa walau dosa kita sebanyak buih di lautan ibaratnya
Terhindar dari menjadi orang yang lalai

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّه

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Bagaimana cara-cara melakukan solat sunat dhuha?

Solat sunat ini boleh di lakukan dari 2 rakat hingga 12 rakaat paling banyak. Niatnya adalah :


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Pada rakaat pertama,ayata yang di baca adalah surah Ad-Dhuha
Dan bagai rakaat kedua bacalah surah Alam Nasrah Setelah selesai solat,hendaklah membaca doa Dhuha
iaitu: 


Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. 




*Harapnya lepas ni sama-sama kita amalkan Solat Sunat Dhuha ini.Tak ambil masa yang lama pun,sekejap saja.
Selamat menunaikan ibadah buat semua........

:: Sesi Motivasi : Seekor Ulat & Sehelai Daun Hijau ::






Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaunan hijau.
" Apa khabar Daun Hijau? " Sapa Si Ulat.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh,kamu ulat.Badanmu kelihatan kurus dan kecil,mengapa? " Soal daun hijau kepada si ulat.
"Aku hampir tidak dapat daun untuk di jadikan makananku,bolehkah engkau membantuku wahai sahabat?"tanya si ulat kecil lagi.
"Boleh!boleh!Datanglah kemari."Kata daun hijau ikhlas.Daun hijau terfikir,jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat,dia akan tetap hijau.Cuma mungkin akan kelihatan berlubang-lubang.....Tapi,tak mengapalah.Untuk sahabat......
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau.Setelah si ulat kekenyangan memakan daun hijau,si ulat mengucapkan terima kasih kepada daun hijau kerana telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan buat si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya(daun hijau) yang penuh kasih dan pengorbanan itu,timbul rasa kepuasan yang mendalam dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
Tidak lama kemudian ketika musim panas melanda,si daun hijau menjadi kering dan berubah warna.Akhirnya ia jatuh ke tanah.disapu orang dan di bakar........



So,apa yang korang dapat pelajari dari kisah di atas?
Boleh fikir pengajaran di sebaliknya?
Ermmmm.......





Pengajarannya :

Kisah di atas adalah menggambarkan tentang kehidupan kita sebenarnya.
Hidup ini hanya sementara.
Kemudian kita semua akan MATI.
Jadilakanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia ini.
So,tengok balik dalam diri,
Yang mana satukah kita?
Si Ulat Kecil yang hanya menerima kebaikan orang lain?
@
Si Daun Hijau yang sanggup berkorban apa sahaja?
Ermmmmm,
Renung-renungkan.....
Dan teruskanlah berfikir.
:)



CINTA SIBER OH ialah






Salam Ahad buat semua.Time-time macam ni baru sempat nak bukak laptop,baru terasa nak jengah blog.And tetiba nampak Blog Ben Ashaari buat segmen.CH terlambat sikit.Tapi tak kisah,CH nak join gak,boleh?Tajuk kali ni menarik perhatian CH sebenarnya........
Korang yang lain kalau nak join,boleh klik kat sini

Pada CH,cinta siber tak ada yang salahnya.Mungkin itu salah satu cara ALLAH nak salurkan jodoh pada kita.Siapa tahu,kan?Tapi sudah sedia maklum,setiap perkara mestilah ada kelebihan dan kekurangannya,betul tak?Nak tahu apa pandangan CH? Tengok kat bawah nih....

Kelebihan CINTA SIBER
  • Mudah-kawan-kawan kat alam maya kan ke ramai,tinggal tunggu jari je nak klik yang mana satu,betul tak?
  • Jimat kos-Of course la kan....... asyik berhubung guna talian internet jek.Kalau tak kat FB,twitter,YM,Octove,Skype etc
  • Selamat-Sebab apa?Sebab tak perlu jumpa face to face.Just berhubung melalui lappy masing-masing.So,agak terhad kot kebarangkalian si dia nak apa-apakan kita.....Hehehehe

Keburukan CINTA SIBER
  • Mudah tertipu-Perhubungan dalam alam maya ni tak boleh nak percaya 100%.Orang boleh create macam-macam kat info about status,umur,rupa etc.So,be careful okay.Takut-takut nanti yang di puja si jejaka hensem,tapi rupa-rupanya mak aihhh..... tak boleh nak describe weehhhh...
  • Tahap kepercayaan-Maunye tak,sorang dok utara,sorang dok selatan.Masing-masing jauh dari mata.Entah apa yang si dia buat,kita pun tak tahu.Kalau tanya,of course jawapan paling terbaek si dia kasi.Tapi hakikatnya........... *fikir-fikir ler sendiri
  • Makan hati- Hari-hari kot boleh makan hati...!!!! Dah hari-hari kena tengok wall si dia penuh dengan nama-nama pompuan yang sama minat ngan si dia......camne tu?? Boleh sakit jiwa ooooo.....

Errrmmm,so far itu aje yang CH dapat kongsi dengan korang semua.Thanks pada yang sudi baca.....
SALAM SAYANG DARI CH UNTUK SEMUA..... :)

Saturday 22 October 2011

Bagaimana Cara Menghadapi Sesuatu Tekanan?






Tekanan?Stress?
Semua manusia pernah merasai/melalui dan menghadapinya,bukan? Itulah yang di katakan lumrah hidup.Lately,memang sepasang telinga CH asyik terima banyak sangat aduan/luahan dari teman-teman terdekat CH.*agak-agaknya lepas ni dah boleh tukar profesion jadi pakar kaunseling pulak lepas ni.....Heheheee..... #Terutama sekali di tempat kerja.Biasalah,bak kata pepatah melayu,sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pulak hubungan antara rakan sekerja atau bahasa mudahnya hubungan antara seorang manusia dengan manusia yang lain.Mesti akan ada sengketa yang terjadi,juga pasang surutnya sesuatu hubungan.

Diri kita,tiada sesiapa yang dapat memahami dengan cara terbaik sekali melainkan diri kita sendiri.Kita tahu diri kita,kemampuan yang ada pada diri dan hanya diri sendiri yang faham diri sendiri,bukan orang lain.*Boleh faham ke ayat ni???
Kata mudahnya,hanya diri sendiri tahu apa kehendak/keinginan yang di mahukan.



So,bila sedang menghadapi sesuatu tekanan,tidak kira sama ada tekanan yang melibatkan tugasan kerja,hubungan persahabatan,sengketa dengan teman sekerja, apa cara atau langkah terbaik yang harus kita ambil? Ingat ya,bahaya jika di biarkan terus diri kita di belenggu tekanan.Takut-takut boleh jadi gila nanti.

Di sini CH cuba untuk memberi sedikit tips bagaimana cara untuk hilangkan ataupun at least dapat kurangkan sedikit tekanan yang di hadapi.Maklumlah,CH bukannya pakar kaunseling ataupun motivator yang layak mengkaunselor orang.Ini cuma pandangan CH saja.Maybe korang boleh try,and hope ada impak terhadap diri korang.*ini juga cara yang CH gunakan bila tekanan menyerang diri


Rileks,jangan terburu-buru mengambil tindakan.

Boleh ke rileks bila  tekanan depan mata? *Entah,tanya pada diri korang masing-masing.Macam ni,bila korang sedang menghadapi tekanan,biarkan otak korang berputar ligat merangka sesuatu yang boleh di anggap genius.Jangan sesekali bertindak melulu mengikut emosi.Jangan bertelagah berlawan kata sesama sendiri.Sebab bila bertekak time dalam suasana tertekan,lebih banyak kata-kata  yang keluar dari mulut hanya ikut emosi,bukan lagi berlandaskan akal fikiran.Suasana dah macam masing-masing nak menang.Boleh settle ke masalah macam tu?Of course taklah,kan? Jangan nanti "Kerana pulut santan binasa,kerana mulut,badan binasa" ataupun " Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata,badan yang binasa" .

So,cara terbaik,biarkan lawan kita hamburkan apa yang dia nak luah sampai dia puas.And then bila dia dah abis kata,dah penat pot pet pot pet,barulah kita mulakan hujah kita yang bernas.Jangan guna nada suara yang terlalu tinggi,cukup sekadar menunjukkan ketegasan dan keyakinan diri.Cuba beri fakta-fakta yang positif yang mampu membuat orang berfikir berulang kali.Ingat,jangan menunjukkan kebodohan kita,tetapi bertindaklah secara bijaksana.Berdiam diri itu pengecut?? Tidak juga.Cuma mungkin belum sampai masa untuk bersuara.Jangan sesekali fikir orang yang banyak berdiam diri itu seorang yang bodoh ,suka di tindas ataupun lemah.Tetapi dia lebih menggunakan akal yang di berikan oleh Tuhan untuk berfikir apa rasionalnya sesuatu itu.

Bersikap bersahaja,jangan terlalu sensitif

That's right. Bila berhadapan dengan tekanan terutama sekali dengan rakan sekerja,jangan sesekali tunjukkan diri yang sedang tertekan dengan masalah yang di beri olehnya.Kerana ini hanya akan membuat lawan kita itu rasa tersangatlah suka/gembira kerana telah berjaya membuat korang rasa tertekan sehingga menjejaskan emosi sendiri.....*biasanya menangis ajelah,kan?
Jadi,berlagaklah seperti biasa seolah-olah korang sikit pun tak rasa apa-apa dengan tindakannya itu.Walaupun dalam hati,hanya diri sendiri dan Tuhan saja yang tahu......Huhuhuhu

Fikir secara positif

Walau apa jua jenis tekanan yang sedang di hadapi saat ini,setkan di minda untuk sentiasa berfikiran positif.Kadang-kala tekanan yang hadir ini mampu menjadikan diri lebih kebal/kuat serta dapat menjadikan ia sebagai satu pengalaman.Supaya di masa akan datang,kita sudah tahu apa langkah terbaik yang dapat di ambil apabila berlaku sesuatu tekanan seperti yang sudah di hadapi.Satu je nak ingatkan,hidup jangan selalu nak salahkan orang lain.Sentiasalah tuding jari pada diri sendiri dulu.Maybe ada sebab kenapa kita yang di pilih untuk menghadapi semua tekanan tersebut.So,duduk diam-diam buat sejenak,cool down, dan fikir balik apa yang sudah pernah anda buat.Mungkin ada sikap/tingkah laku yang kurang senang di mata orang lain, who knows.....???

Luahkan pada seseorang yang anda percayai.

Memendam perasaan tidak akan menyelesaikan masalah.Semakin berserabut,barangkali ada.So,kalau dah rasa tertekan sangat-sangat,carilah seseorang yang korang rasa boleh di percayai (yang bukan jenis bawak mulut menjaja cerita pada orang lain).At least dengan cara seperti ini,sekurang-kurangnya beban yang di rasai dapat di kurangkan,takpun barangkali ada  nasihat yang dapat kita peroleh.

Ambil masa untuk bersendiri

Bila rasa tertekan,minda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul.Yang ada dalam fikiran,hanyalah menginginkan suatu tempat yang damai/tenang untuk mensurutkan rasa yang semakin bergelora akibat menahan tekanan.Ambil masa sebanyak mungkin untuk kembali meredakan perasaan,stabilkan kembali emosi diri,kemudian barulah berdepan semula dengan pemberi tekanan tersebut.Saat itu,kita akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya.

Menangis

Ya,menangis.Lepaskan semua rasa yang terbuku dan bersarang dalam hati.Menangislah sepuas-puasnya sehingga korang rasa kembali ok,sampai kehabisan air mata.Dengan menangis sebenarnya menunjukkan kekuatan seseorang itu,bukan kelemahannya.Kerana setelah selesai menangis,pasti akan hadir satu perasaan/lahirnya kekuatan baru dalam diri.So,lepas ni jangan malu-malu untuk menangis di hadapan teman kamu.Kalau perlu,pinjamkan bahu korang sebagai tempat dia berpaut.Jangan tahan rasa untuk menangis itu.




Bicara CH :  Ingat,kita cuma manusia biasa.MANUSIA BIASA. Of course semua lumrah kehidupan akan kita lalui.Sedih,gembira,derita,bahagia,murung,pergaduhan-semua itu hanya rencah yang  memberi lebih banyak warna pada perjalanan hidup kita di muka bumi ini.Cuba jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Mungkin kita tak dapat nak puaskan hati semua orang,tapi setidak-tidaknya kita mencuba untuk menjadi yang terbaik buat semua.So,CH harap lepas ni kita semua dapat melalui hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan penuh makna,InsyaAllah.

Satu Hari Suntuk Layan Book Worm






SEE.....???

Beberapa minit je main benda nih.......
Dah sampai ranking yang ke-5.
Enjoy main benda ni.
Bukan takat dapat tambah vocabulary,
dapat belajar perkataan baru,
Tapi juga dapat tajamkan lagi pemikiran otak.
Siap dengan makna perkataan sekali di beri.
Kira,ada juga faedahnya main benda ni......kan....??

And the most important is
I'm a winner......!!!
Sangat-sangat BEST layan Book Worm ni....
Hehehehe
Ulat Buku,
Akukah itu........???
No komen.......... :p
Lepas ni,nak sambung main Word Search pulak.
Dah lama tak layan,bukunya pun dah berhabuk dalam kotak kot.....

So,apa aktiviti korang this weekend?
Still busy dengan kerja?
Why not spend sikit masa untuk diri.
kan.....??
Ok,bye bye dari CH......
Sayang semua...... ^__^

Jangan Pernah tAKUT Untuk Merasai Kegagalan





Sekali gagal,tak bermakna selamanya kita akan tetap akan gagal.Itu semua pengalaman yang dapat menjadikan kita tahu apa ertinya susah,apa ertinya senang.

Resepi  USAHA + USAHA + USAHA + TAWAKAL + BERDOA = KEJAYAAN

Yang penting,lipatgandakan usaha.Pasti kejayaan dapat di genggam.
Tapi tak mustahil juga sekali gagal,akan tetap gagal buat selama-lamanya.
Sebab apa??? Sebab perangai tak pernah nak berubah.Usaha memang tak ada.Tapi still mengharapkan kejayaan.Boleh dapat ke macam tu?? *renung-renung sendirilah pada diri

Setiap hari,kita kena motivasikan diri sendiri.Cari sesuatu sebagai pengisian supaya kita akan tetap bersemangat untuk teruskan cita-cita yang dah lama kita impikan.Sebagai manusia biasa yang normal,of course kita akan ada rasa putus asa,penat untuk teruskan langkah perjuangan,tapi tolonglah jangan hanya melangkah separuh jalan.Jangan mudah berputus asa.



Sebab semua kejayaan tu untuk siapa??? Diri sendiri jugak,kan?
Fikirkan masa depan,dalam jangka masa yang panjang.
Fikirkan,siapa aku 20 tahun akan datang?Di mana aku saat itu?
Dan apa yang aku dah punya???

So,perbaharui semangat anda setiap hari.Pastikan anda semua sentiasa punya semangat baru untuk menempuh lembaran baru di hari-hari yang akan datang. Semoga kita dapat menjadi seorang JUARA.






Kelas Banjir...???? Apa Kes.... ??






Ingatkan tadi lepas habis create entry yang ini , boleh sambung tugas kat Tution Centre pulak.Sebab tadi semangat dah ada untuk start ajar budak-budak kat centre.But then,sampai je depan pintu tution centre,bos suruh CH balik pulak.Apa kes?? Kena buang keje,ek? Huhuhuhu




Acctually,tak sebenarnya.Kelas di khabarkan banjir.Punca?? Tak sempat pulak CH nak tanya kat bos tadi.Maybe sebab hujan lebat semalam kot.Ada berlaku kebocoran atau air masuk melalui celah-celah tingkap ke,CH agak ajelah...........

Tapi memang seriously hujan memang lebat giler-giler semalam .Even time drive balik umah semalam pun memang tak nampak jalan. Memang terasa sangat bahaya time tu.Nasib baik driver ada.Kalau gamaknya CH sendiri yang drive,awal-awal lagi dah berhenti berteduh kat mana-mana.


So,maknanya apa.......?? Eerrrmmmmmm

Hari ni CH enjooooyyyyyy....!!!! ekekekeke.....
Ye lah,selalu CH cuti dari keje 1 hari setengah je but for today,CH ada 2 hari waktu terluang.Apa nak buat ek untuk hari ni dengan esok? No planning......

Tapi kalau xde plan apa-apa pun,dah banyak kerja yang menanti depan mata.Baju nak kena basuh,buku banyak lagi tak habis baca......harap2 sempat lagi......Apa lagi ek.......?
Keluar jalan-jalan...? Eerrmmmmm, tak kot.CH bukan orang yang suka sangat jalan-jalan.Kecuali kalau ada yang mengajak and support for everything,yang tu CH tak tolak......Heheeee.....

Ok,now time untuk bereskan semua kerja-kerja yang tertangguh.Nota tak habis buat lagi.Buku??? Ada lagi yang tak abis ulangkaji.So,sedar-sedar diri sikit ye Cik CH.......



Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik