Wednesday 21 September 2011

Hantu Bonceng - Full Movie







SINOPSIS HANTU BONCENG

Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.






SeLaMaT   mEnOnToN

Saturday 17 September 2011

Ketawa.....Boleh bawa MAUT ?


Suka ketawa ?
Atau memang korang seorang yang pak/mak lawak?
Sebenarnya,bagus andai kita dapat buat orang lain tertawa dengan keletah kita.
Membuat orang lain rasa terhibur,bahagia dan riang pun dapat pahala,tau.... ^_^

Tapi jangan tak tahu pulak ya........
Ketawa secara berlebih-lebih pun boleh memudaratkan diri hingga mendatangkan maut.
Huhuhuhu......
Korang baca apa yang ada kat bawah ni,ya.
Inilah akibat bila ketawa sampai tak ingat dunia
Sepatutunya,bersederhana dalam semua sudut adalah terbaik.
Jom layan.........

:: 1872  :: Fitzherbert bersama teman menonton persembahan teater opera.Salah satu watak dalm opera tersebut yang bernama Polly telah berjaya membuatkan Fitzherbert ketawa dengan adegan lawak yang di buatnya.Dia ketawa dengan keterlaluan tanpa dapat berhenti sehingga terpaksa keluar dari dari panggung kerana kelakuannya itu mengganggu orang ramai.Nak tahu apa yang berlaku setelah seminggu berlalu dari kejadian di atas?


Fitzherbert di sahkan mati setelah asyik sangat ketawa tanpa henti sejak pulang dari menonton teater hingga saat ajalnya.
Ngeri juga,ya???

:: Mac 1975 :: Alex Mitchell ketika itu sedang menonton rancangan komedi di kaca televisyen di rumahnya.Aksi pelawak lelaki yang berpakaian seperti orang Scotland tetapi pandai berkungfu di dalam rancangan itu telah berjaya membuat Alex tidak henti-henti ketawa.Dan......setengah jam kemudian...............


Suara Alex mulai lemah dan akhirnya mengerang kesakitan,lalu maut akibat terkena serangan sakit jantung....

:: Ole Bentzen ::  Dari Denmark ketawa  berpanjangan sewaktu menonton filem A Fish Called Wanda.Akibatnya jantung Ole Bentzen meningkat kepada 300 degupan per minit dan akhirnya meragut nyawanya!!!

:: Pietro Aretino :: Seorang penulis Itali ketawa hingga kekejangan lalu menemui ajal setelah mendengar kisah lawak saudaranya sendiri.

:: Zeuxis :: Merupakan seorang pelukis Yunani tertawa sebaik sahaja melihat lukisan wanita yang baru di lukisnya.Dek kerana ketawa yang keterlaluan,Zeuxis sesak nafas dan akhirnya menemui ajal.......

:: Philemon :: Seorang pelawak Yunani ketawa terbahak-bahak ketika membuat persembahan lawak hingga meragut nyawanya sendiri........
-Sendiri buat lawak pun,boleh juga jadi macam ni ek ? - Hurrrmmmm

:: Chrisppus :: Seorang ahli bijak pandai Yunani maut setelah tertawa tanpa henti apabila melihat seekor keldai sedang memakan buah ara......
????? - Lawak ke? -

:: Thomas Urquhart :: Ketika melihat kerja-kerja pembaikan singgahsana Raja Charles II,sesuatu telah berjaya mencuit hatinya sehingga menyebabkan dia ketawa tidak berhenti-henti.Akhirnya Thomas yang merupakan pengarang itu meninggal dunia setelah ketawa berlebihan.......

Friday 16 September 2011

Aneka Boneka......Berhantu....??


Boneka @ patung.....sesuatu yang comel dan di gemari terutama pada anak-anak kecil.Tapi jangan anda salah memilih boneka kerana ada boneka yang berhantu.Jom saya share kan dengan anda semua jenis-jenis boneka......

PUPA



Boneka berbaju yang ada reben biru pada rambutnya.Empunya boneka ini yang merupakan seorang wanita menerima Pupa pada tahun 1920-an ketika berumur 6 tahun.Semasa perang dunia ke-2,Pupa dan tuannya melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali,Amerika dan kembali semula ke Itali.
Di katakan bahawa Pupa itu seakan hidup bila mana kononnya kelihatan seperti Pupa dapat bergerak sendiri.Justeru tidak hairan apabila kedudukan Pupa sentiasa berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sehingga sampai satu tahap apabila pemilik Pupa meninggal dunia pada tahun 2005,Pupa masih tetap di simpan oleh waris yang lain.Pupa telah di tempatkan didalam kotak khas.Namun yang anehnya apabila seringkali kedengaran bunyi bising  dari kotak tempat Pupa di tempatkan,seolah-olah dia sedang meronta minta di lepaskan.

OKIKU


Boneka yang berpakaian kimono,dengan rambut lebat dan bermata hitam.Dibeli oleh seorang pemuda untk di hadiahkan kepada adik perempuannya.Kenapa namanya OKIKU?
Nama ini di beri sempena nama adik perempuan pemuda tersebut.Boneka itu menjadi barang kesayangannya hingga kanak-kanak itu meninggal dunia akibat di serang demam panas.Boneka itu di letakkan di atas altar,tempat keluarga itu bersembahyang dan berdoa.Apa yang aneh adalah sejak itulah rambut OKIKU,si boneka itu semakin panjang dari hari ke sehari.
Bila hal ini terjadi,timbul desas desus menyatakan bahawa kononnya roh kanak-kanak perempuan itu ada dalam boneka tersebut.
Dan pada 1938 apabila keluarga Okiku berpindah,boneka itu di serahkan kepada sebuah kuil di Hokkaido.Menurut pendeta kuil tersebut,rambut boneka itu masih terus memanjang sehinggakan terpaksa di potong secara berkala.
Dan juga kerana boneka 'OKIKU' ini jugalah yang telah memberi inspirasi pelbagai penghasilan filem seram Jepun seperti Haunted School.

KATJA

Boneka dari Rusia yang sudah berusia ratusan tahun yang di cipta pada 1730-an oleh seorang gundik raja.Kisahnya bermula apabila gundik raja itu yang hamil dan mengharapkan agar mendapat bayi lelaki.Akan tetapi akhirnya dia mendapat bayi perempuan yang cacat wajahnya.Si gundik yang taksub dengan kepercayaan bahawa bayi perempuan itu pembawa sial, lantas membakar bayi itu hidup-hidup.Terus,sisa abu bayi tersebut di campurkan dengan perselin dan tanah untuk di jadikan sebuah boneka yang di beri nama Katja.
Boneka yang di cipta ini umpama boneka sumpahan.Di katakan bahawa sesiapa yang memandang Katja lebih dari 20 saat,mata boneka ini akan berkedip tanda Katja 'menyumpah' orang yang memandangnya.Dan di percayai juga,sesiapa yang terkena sumpahan itu,apasti akan ditimpa bala bencana seperti kemalangan dan sebagainya.Dan hingga ke hari  ini,di percayai bahawa boneka Katja  masih di jaga oleh waris secara turun temurun agar tidak ada sesiapa yang akan terkena sumpahan boneka itu lagi.

ROBERT


Boneka yang memakai pakaian seperti kelasi kapal/pelaut sambil memeluk teddy bear kecil di Florida,Amerika Syarikat.Eugene,nama tuan Robert mendapat boneka ini dari seorang orang gaji pada tahun 1904 ketika masih kanak-kanak lagi.
Di katakan bahawa orang gaji yang mengamalkan ilmu hitam itu telah menyumpah boneka itu terlebih dahulu sebelum mengahdiahkannya kepada Eugene kerana sikap tidak puas hati terhadap majikannya.
Setelah sebulan Eugene menjaga Robert,kejadian aneh mula berlaku.Barang-barang dalam rumah Eugene tiba-tiba sahaja hilang malah ada juga yang rosak tanpa di ketahui puncanya.Dan setiap malam jugaa,seisi rumah akan terdengar bunyi orang berjalan dalam rumah.Yang lebih aneh lagi apabila ibu bapa Eugnen sering mendengar Eugene seolah-olah berbual dengan seseorang namun tidak kelihatan sesiapa.Apabila di tanya,Eugene menjawab bahawa dia sedang berbual dengan Robert.
Malah ada jirang yang ternampak kelibat Robert bergerak sendiri dalam rumah Eugene sewaktu keluarga itu tiada di rumah.

Thursday 15 September 2011

Awet Muda Dengan Air Liur..... ???


Mungkin di saat anda membaca  tajuk entry ini sahaja,anda sudah terasa mual atau jijik.Namun jangan tidak tahu bahawa  air liur itu mengandungi lebih dari 500 jenis protein selain histatin yang mana mampu untuk membunuh bakteria.

Kajian juga membuktikan bahawa kandungan air liur juga bergantung kepada zat-zat makanan yang di proses di dalam mulut.

Secara saintifiknya,kandungan air liur ini mampu untuk merungkaikan pelbagai petunjuk identiti seseorang termasuk DNA serta dapat mengesan kandungan ubat-ubatan yang di ambil individu tersebut.

Terbaru,satu kajian di lakukan oleh para pengkaji dari Belanda mendapati salah satu zat yang terkandung dalam air liur manusia berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.Kajian itu mendapati salah satu jenis protein dalam air liur manusia iaitu histatin yang sebelum ini berfungsi untuk membunuh bakteria rupa-rupanya berfungsi menyembuhkan luka.

Jika di fikirkan kembali,ada logiknya teori dan hasil kajian yang di perolehi.Ini kerana apabila terdapat luka di dalam mulut seperti kerengsaan akibat mencabut gigi akan lebih cepat sembuh berbanding luka pada bahagian lain.Hal ini kerana fungsi air liur itu yang mampu bertindak sebagai penawar luka dan antiseptik.

Bukan itu sahaja,bahkan anda juga perlu tahu bahawa air liur basi pada waktu pagi setelah kita bangun dari tidur juga di katakan mampu menjadikan kita awet muda.Bagaimana???
Ada sesetengah orang dulu mengamalkan menyapu air liur pada muka atau tempat jerawat untuk membunuh kuman selain menegangkan kulit.

Jangan tidak tahu,amalan orang-orang dulu meminum air kosong sebaik bangun dari tidur tanpa memberus gigi atau berkumur-kumur terlebih dahulu merupakan penawar semulajadi  untuk kesihatan tubuh badan.

Air liur basi yang di cerna bersama air kosong tadi bertindak sebagai bahan pencuci dan melawaskan perut.Amalan ini turut di amalkan oleh baginda,Nabi Muhammad S.A.W.

" Di riwayatkan bahawa Baginda semasa hayatnya meminum air putih terlebih dahulu pada waktu pagi sebelum bersugi dan berwuduk "
 P / s : Sesungguhnya setiap kejadian itu ada manfaatnya.Tidak di ciptakan sesuatu itu dengan hanya sia-sia.

Sunday 11 September 2011

Dugaan-Nya.......Ramadhan

Hari Khamis,sehari selepas kejadian ragut yang menimpa diri......

Pagi, saya menerima satu panggilan dari seseorang yang tidak di kenali menghubungi saya melalui talian ofis.Orang itu menyatakan bahawa dia terjumpa handphone saya.Apa perasaan saya ketika itu??? Suka ? Bahagia? Pastinya......sebab sekurang-kurangnya ada juga barang-barang saya yang  di jumpai semula.Bukan kerana nilai handphone itu,tetapi lebih kepada maklumat yang ada di dalam handphone tersebut.

Ok,waktu dia kata yang dia terjumpa handphone saya di tepi jalan berdekatan dengan area ofis saya,saya memang dah teruja dan happy sangat.Tapi,tak saya duga,orang yang saya sangka baik rupa-rupanya ada agenda lain selain dari maksud  utamanya yang mahu memulangkan handphone saya.

Dia bertanya pada saya apa yang boleh saya berikan pada dia jika dia serahkan semula handphone milik saya itu?Saya maklumkan padanya yang saya hanya mampu beri wang sebagai balasan atas jasa baiknya yang sudi memulangkan semula handphone saya.Lagi pula,siapa yang mahu tolak jika di berikan wang,bukan?

Namun jangkaan saya meleset bila dia menyatakan bahawa dia tak perlukan wang dari saya sebaliknya dia mahukan sesuatu dari handphone saya.Saat itu,saya sudah menggigil mendengar permintaannya.Pihak polis juga sudah saya maklumkan.

Di pendekkan cerita,akhirnya saya tetap tak dapat semula handphone saya kembali.Saban hari,hati ini sentisa gundah memikirkan bahawa barang-barang saya ada pada orang lain.Tak sangka saya,ada juga peragut yang macam ni.Yang saya tahu,tujuan utama mereka pastinya DUIT,bukan?

Sampai sekarang,barang-barang saya masih ada pada dia.Polis?Sudah saya maklumkan.Pandai-pandailah mereka jalankan tugas mereka,atau mahu mengabaikan saja kes saya ini.Saat ini,tiada apa yang dapat saya harapkan.Cuma berharap dan memohon pada DIA agar tetap melindungi saya walau ke mana saya melangkah pergi.......

Sunday 4 September 2011

Status : Andartu / Andalusia ....... Bermasalahkah ?




“Ada tiga benda yang telah Allah tetapkan semenjak dari rahim iaitu jodoh, ajal dan rezeki.”



Typical kita,terutama orang Melayu menganggap bahawa tidak elok jika ada anak dara yang melewatkan jodoh,apatah lagi sudah berniat dari awal tidak mahu berkahwin.

Bila datang pula pada pihak ibu bapa,bertambah kecohnya.Mana si ibu tidak berhenti berleter bertanya bila mahu berkahwin,si ayah turut menyokong dari belakang.

Bila ada di kalangan kita punya anak dara yang sudah lanjut usia,terus di katakan anak dara  tidak laku,tak punya seri,perlu mandi bunga,minta air jampi pada tok bomoh dan pelbagai lagi......wajarkah itu semua di lakukan?

Kenapa tidak,kita berbalik pula pada " Jodoh itu di tangan Tuhan" . Setiap dari kita sudah di tentukan takdir masing-masing.Jangan risau jika jodoh sedikit lambat sampai,kerana pasti setiap yang di takdirkan itu punya sebab mengapa ianya di lewat/di percepatkan.





Yang mampu di lakukan,hanya berusaha dan teruskan usaha tanpa lelah di samping berdoa pada DIA....kerana  DIA Maha Mendengar.

Jangan nanti,ada golongan andartu ini merasa terdesak terus mengambil jalan singkat merampas milik orang lain.Pada saya,sebagai seorang yang namanya perempuan,kita memahami bagaimana perasaan perempuan lain.Jangan sesekali berniat mahu merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain.Takut-takut nanti,mahligai yang kita bina atas air mata derita orang lain pula di rampas,mahukah kita jadi begitu?Fikir-fikirkan.......

Bilamana kita punya niat mahu hidup bahagia,aman tenteram di samping insan tercinta,pastinya orang lain juga mempunyai niat yang sama.Hidup jangan terlalu mementingkan diri sendiri hingga mengakibatkan hidup orang sekeliling pula yang merana.

Namun,andai sudah berkali di tepis jodoh tetap berpihak pada milik orang,langsungkanlah dalam keadaan yang di restui oleh semua pihak.Barulah mahligai yang di bina di berkati oleh DIA......

P / S : Merasa terpanggil tiba-tiba bilamana terbaca satu artikel tentang seorang andartu yang bermain cinta dengan suami orang hingga sanggup menghantar MMS gambar yang tidak sepatutnya di pandang oleh lelaki yang tidak halal baginya untuk digauli.
Barangkali sudah terdesak untuk bersuami agaknya......

Thursday 1 September 2011

Coretan lebaran Cahaya Hidup……..



Asslammualaikum,

Salam merdeka raya buat semua.

Bagaimana dengan raya anda semua?Pastinya ia di sambut dalam keadaan yang sangat meriah bersama keluarga tercinta,bukan?Syukur Alhamdulillah,terutama kepada kawan-kawan yang masih punya ibu bapa.Pasti besar ertinya buat diri kalian.

Diri ini?Sudah tidak punya apa-apa.Yang tinggal hanyalah sisa-sisa untuk di nikmati.Mungkin kedengaran sedikit tidak bersyukur,tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Saya masih lagi dalam golongan yang tahu berterima kasih.Sekurang-kurangnya saya masih punya kampung walau tidak punya orang tua, tetapi masih punya ramai kawan di sekililing saya.

Di pagi raya,agenda pertama yang terbayang di benak fikiran adalah ingin menziarahi pusara orang tua.Seakan-akan  memanggil-manggil diri ini untuk segera ke sana.Rindu?Tidak tergambar bagaimana rasanya ungkapan rindu itu.Berat sekali untuk menanggungnya saban hari.

Walau terasa diri serba kekurangan dari insan lain di hari lebaran serba istimewa ini,sentiasa diri ini mengingatkan bahawa masih ramai orang lain di luar sana yang masih malang nasib mereka dari saya.

Barangkali orang sekeliling memandang diri ini sentiasa happy dengan perwatakan yang sedikit gila-gila.Namun,ianya tidak sama dengan apa yang diri ini rasai.Mungkin hanya jasad sahaja yang begitu,sekadar menyedapkan mata yang lagi memandang.Dan hakikatnya  diri ini sudah tidak punya perasaan lagi.Sudah tidak tahu mahu rasakan apa lagi.



Keadaan sekeliling ‘mendewasakan’ saya sebelum masanya.Matlamat kawan-kawan yang umurnya sebaya saya pastinya mahu menikmati hidup yang masih ada bersisa,tetapi saya pula lebih suka memilih untuk tidak terlalu  untuk menikmatinya.Tiada kepuasan yang saya dapat dari situ.Saya harus mencari sesuatu yang dapat mengisi hati yang semakin kosong.Pada siapa seharusnya saya pergi dan mengadu?Hanya pada DIA……….

Pada kawan-kawan yang masih dalam mood raya,saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin .Diri ini sering saja melakukan khilaf tanpa sedar.Jari di susun meminta  ampun atas segala salah silap.Moga pertalian yang terjalin antara kita tidak kira sama ada bersahabat di alam yang nyata atau hanya berkawan di alam maya,tetap akan terus kekal hingga ke akhir hayat,Insyaallah......

Hayatilah maksud sebenar hari raya pada diri anda.Apakah hanya sekadar untuk berseronok sambil menikmati semula nikmat makan tanpa henti atau lebih menyelaminya secara rohaniah?Fikir-fikirkan……..

Setiap orang punya kelemahan masing-masing.Jangan malu untuk memperbaikinya menjadi lebih baik.Insyaallah,Allah akan sentiasa ada untuk hamba-hamba yang mahu berubah ke jalan-Nya……

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan ke-54 buat semua



P/ S : Saat ini,banyak sekali luahan yang ingin di zahirkan,namun ia seakan terbuku di hati.Mungkin sampai masanya,pasti akan terluah jua.....


^_____^

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik