Petua


PETUA KECANTIKAN

  1. Haluskan tapak tangan - Gosokkan tapak tangan menggunakan kulit pisang atau kulit ubi kentang.Setelah itu,bilas tapak tangan menggunakan air limau nipis.Hasilnya korang akan dapat rasa tapak tangan korang menjadi lembut.Tapi,perlulah di amalkan selalu.
  2. Melangsingkan tubuh - Parut sebiji timun dan 2 batang lobak merah dan di perah airnya.Campurkan perahan tadi dengan air limau nipis hingga sebati.Minum jus ini 2 kali sehari.InsyaAllah,jika di amalkan,berat badan akan menurun.
  3. Merdukan suara - Campurkan air suam dengan perahan air limau nipis.Campurkan juga sedikit gula batu dan di biarkan semalaman.Keesokan harinya,minum air itu sebelum anda gosok gigi ataupun berkumur.
  4. Kempiskan perut - Ambil air limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih.Lumur atau sapu campuran tadi di kawasan perut.Harus di amalkan selalu
  5. Melicinkan betis - Ambil limau nipis yang di belah,lalu di gosokkan pada betis hingga airnya kering.Mungkin betis akan terasa sedikit pedih kerana asid yang ada pada limau.Tunggu beberapa minit,barulah di bilas betis dengan air suam.Amalkanlah beberapa kali dalam sebulan.
  6. Menghilangkan jerawat batu - Ambil beras,tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air.Gunakan campuran tersebut ketika anda ingin tidur dan lakukan 3 kali seminggu.
  7. Menghilangkan jerawat - (Petua 1) - Campurkan sedikit asam jawa pada bedak sejuk.Selawat sebanyak 3 kali.Sapukan campuran pada muka.Amalkanlah selalu.Jerawat akan hilang. -(Petua 2) - Tumbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk.Lumur pada bahagian wajah yang berjerawat.Setelah kering,bersihkan wajah menggunakan air suam.
  8. Mencegah jeragat - Ambil hampas kelapa.Gosokkan hampas kelapa ke seluruh wajah.Biarkan lebih kurang 15 minit.Setelah itu,cuci wajah menggunakan air bersih.Amalkan selalu,InsyaAllah jeragat akan hilang.
  9. Menghaluskan kulit muka - Untuk memutihkan dan menghaluskan kulit wajah,gunakan air beras ketika anda membasuh beras.Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah anda.Setelah itu,bilas wajah menggunakan air yang bersih.
  10. Menegangkan kulit wajah - Hancurkan timun sehingga lumat lalu di campur dengan sedikit tepung  ubi kayu dan juga air.Sapukan ke wajah dan di biarkan kering.Setelah itu,bilas wajah dengan air bersih.




Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik