Saturday, 11 February 2012

Masalah :: Sahabat Manusia

Dalam mengharungi arus kehidupan ini, pastinya ada ranjau dan rintangan yang perlu di lalui.Segala onak,liku dan dugaan harus di tempuhi satu persatu sebelum sampai di penghujung cinta yang di impikan.

Dalam aspek kehidupan,semua itu tidak mampu di pisahkan dari realiti.Ianya seakan rencah yang mengenakkan lagi rasa dalam melayari kehidupan ini sebelum segalanya berakhir.Jika hidup tiada dugaan,ibarat bagai makanan yang tiada rasa.Hambar,tawar,tiada warna.Begitu juga dengan hidup.Pasti akan kaku,malah membosankan tanpa sebarang nikmat.

Ibarat kata,seperti bayang-bayang dan diri sendiri.Kehadiran cahaya di perlukan bagi menghasilkan bayang-bayang,bukan?Tanpa cahaya,bagaimana bayang-bayang mampu menjelma di sebalik diri sendiri?

Begitu juga halnya dengan kejayaan yang ingin di raih.Ianya bakal muncul di sebalik usaha kita mengharungi segala cabaran yang tidak putus-putus mahu menduga kita.Diri dan dugaan saling melengkapi bagi melahirkan kejayaan yang di idam-idamkan.





Justeru,bilamana diri di sergah oleh masalah,di lilit oleh pelbagai kekusutan sehingga mampu merunsingkan diri,bawa bertenang.Rileks.Kerana setiap masalah,ada jalan penyelesaiannya.Cuma ianya perlu di cari,bukan menghambur kemarahan atau mengeluh tanpa henti.Jika begitu cara yang di lakukan,nampaknya anda hanya menambah masalah,bukan meleraikannya.

''Allah tidak akan menguji hambaNya dengan 
sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya."

Naluri CH : Setiap dari kita pasti punya masalah.Selagi masih bernyawa masalah akan sentiasa singgah dalam hidup kita.Tiada beza di situ.Namun apa yang membezakan di antara kita adalah bagaimana cara kita menghadapi masalah tersebut serta langkah yang bagaimana perlu kita ambil untuk menyelesaikannya.Ada sesiapa yang tidak punya masalah selama dia hidup setakat hari ini?Itu pastinya mustahil............ 










Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik