Saturday, 26 May 2012

:: ~ Hidup Itu Indah ~ ::





Perjalanan hidup kita di langkah pertama hingga ke saat ini telah membawa kita menjadi seseorang yang baru setiap hari.Semakin jauh kita mengembara,semakin kita mengenal erti hakikat hidup yang sebenar-benarnya.......


Kehidupan ini satu pengembaraan yang akan membawa kita untuk mempelajari apa yang seharusnya kita kena tahu.........Setiap inci langkah yang terbuka,kutiplah segala pengalaman yang menyapa nasib diri.Di situ,pelbagai tauladan yang akan menajdikan kita lebih matang dalam menguruskan perjalanan yang seterusnya.


Biarpun sering kali putus asa datang bertandang menghuni hati rapuh,jangan mengalah.Kuatkan semula semangat yang hilang dengan azam dan tekad.Juga dengan menyuburkan rasa kasih dan sayang terhadap-Nya........InsyaAllah,DIA akan meniupkan semangat baru untuk menjadi peneman dan penguat takkala kita ingin membukan langkah hidup yang baru


Berfikiran positif,sentiasa pandang ke hadapan dan jangan pula lupa untuk tunduk pula memandang ke bawah,pada langkah pertama kita bermula apabila kita telah berjaya.Kerana itu akan menjadikan kita sentiasa tahu diri dan sentiasa akan bersyukur dengan segala nikmat yang di kurniakan.


Mulakan pagi dengan senyuman,kerana ia adalah langkah pertama untuk berjaya............ =) 

Naluri CH : Moga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam,InsyaAllah ~~~ 




Nah,ambik sorang satu ......... Sila senyum,okay ~~~~  :) 

4 comments:

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik