Sunday, 3 July 2011

Mati Syahid Kerana Mempertahan kan Hijab nya

"  Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " [Surah Al-Ahzab:59]


Assalammualaikum

Salam petang Ahad semua . Apa aktiviti hujung minggu anda hari ini  ? Saya harap moga - moga semua nya berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia hendak nya , amin .

Hari ini saya mahu kongsi kan satu kisah . Berkaitan dengan seorang wanita Islam yang sanggup mati demi mempertahan kan tudung di kepala nya . Cerita ini saya peroleh melalui pembacaan saya untuk hari ini . Saya harap dengan perkongsian bersama ini , dapat kita kutip sedikit buat  pengajaran dari nya . Dan moga - moga apa yang saya coret kan di sini akan membawa manfaat buat kita bersama ......

Dr . Marwa El - Sherbini . Inilah nama kepada seorang wanita yang sanggup untuk mati syahid itu . Beliau sememang nya cantik apatah lagi dengan pemakaian tudung yang wajib buat semua wanita Islam . Wanita Mesir yang hanya sempat bernafas selama 32 tahun itu merupakan seorang pemilik farmasi serta pemain bola baling .



Cara kematiannya amat menyedihkan dan meruntun jiwa . Hal ini bermula apabila beliau mengikut suaminya berhijrah ke Jerman iaitu di Dresden  di mana ianya bukan lah tempat yang sesuai dengan orang Muslim . Keadaan lebih bertambah buruk apabila ada seorang lelaki yang di kenali sebagai Alex yang sangat - sangat anti pada Marwa terus - terusan mencaci dan menghina Marwa dengan memakinya " Terroist ' , " pembantai " dan lain - lain lagi .

Di saat Marwa di keji , di cemuh , tiada seorang pun yang datang membantu nya . Mereka hanya melihat dan terus berdiam memandang perlakuan Alex yang pernah menarik tudung yang di pakai oleh Marwa ketika di khalayak . Begitu meng aib kan sekali rasa nya ........ Nauzubillah , betapa benci nya dia terhadap wanita Islam ini .

Marwa tidak berdiam diri . Di laporkan hal tersebut pada polis yang mana mereka memutus kan bahawa memang perlakuan Alex itu satu kesalahan dan harus membayar denda sebanyak 780 Euro .
Alex yang tidak berpuas hati mahu di adili semula berkenaan kes tersebut .  Dan ,  pada 1 Julai 2009 , Marwa yang ketika itu sedang menjadi saksi telah menjadi mangsa tikaman Alex dan pembunuhan yang sangat sadis ini terjadi di khalayak umum tanpa sesiapa pun yang membantu atau bersimpati . MasyaAllah .....

Peristiwa ini menyaksi kan bagaimana Marwa  di tikam sebanyak 18 kali dalam masa 30 saat . Yang lebih memilu kan apabila anak nya yang berusia 3 tahun turut sama melihat kejadian tersebut di depan mata . Sang suami yang ingin membantu turut sama di tikam serta di tembak oleh pihak polis yang sedang cuba mengawal kes perbicaraan pada hari tersebut . Di tambah lagi saat itu Marwa sedang hamil 3 bulan . Begitu sekali rupa nya kebencian mereka terhadap kaum Islam .

Lantas , 1 Julai telah di jadi kan sebagai " World Hijab Day "  ( Hari Hijab Sedunia )  sempena memperingati berkenaan peristiwa yang begitu tragis ini . Barang kali kita dapat melabel kan Marwa sebagai " Al - Mujahidah " kerana perjuangan nya mempertahan kan agama serta kehormatan nya sebagai seorang Islam .Moga kisah ini dapat kita jadi kan sebgai iktibar serta pedoman bersama , amin .

P / S   :  Saat ini , masih ramai kah wanita yang sanggup mati semata - mata mahu berjihad di jalan - Nya  ?  Yang nyata sekarang , manusia semakin hilang sifat malu nya . Berbeza sekali keadaan nya  situasi marwa yang sanggup mati dari aurat nya di buka dengan manusia saat ini yang tanpa segan silu memperaga kan aurat di hadapan orang ramai .
Mudah - mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang - orang yang lalai , amin .


Firman Allah : 

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]







7 comments:

  1. Syurga menanti marwa disana..amin~

    ReplyDelete
  2. sedihnya...Macam mana dgn anak dia tuh skg... Patut dijadikan teladan utk semua Muslimat di seluruh dunia..InsyaAllahh

    ReplyDelete
  3. iQa : pastinya syurga itu buat hamba yg taat pd perintah-Nya

    Fara : Insyaallah .... sama2 kita ambil pengajaran.moga kita juga mampu untk mnjdi mujahidah yg berjuang di jalan-Nya ...

    ReplyDelete
  4. Memang sedih cerita ni ain..

    ReplyDelete
  5. nur : moga jadi pengajaran buat kita semua ...

    ReplyDelete
  6. sedeh. nanges dah. malu nya rasa dengan diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Fathiah : ambik pengajaran dari kisah tersebut . InsyaAllah , sama2 kita menjadi mujahidah di jalan - Nya , amin .

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik