Monday, 1 December 2014

Rutin baru...Kehidupan baru


Celik mata, ada buku. Tutup mata, ada buku. Itulah rutin CH sekarang. Student kan. Kenalah bergelumang dengan buku, laptop segala. Takpa, rileks and chill. Just go with the flow. Zaman sekarang masa cepat sangat berlalu. Bukan tahap merangkak tapi tahap lari pecut haaa lajunya masa meninggalkan kita. Kalau yang suka berangan tu, hati-hati la. Takut tertinggal keta api pulak...Hehehe.



Dapat mai sini, rehat2, tenangkan fikiran, giler tak best. mestilah best


Tidur pun bukan priority lagi. Dulu zaman kerja kemain. Pantang ada masa senggang, mula la tengok Running Man sampai 2-3 episod satu hari...Gilerrrr punye keja... Tapi ok jugak. Release tension namanya.....hakhak! Lepas penat layan Runnning Man, tergolek terus...Lenaa.... ZzZZZZzzzzzZ.... Sadis bebona... -_-

Tapi sekarang rasa nak tidur pun macam tak boleh je. Mana nak kejar tutorial, assisgnment, latihan kemain banyak. Nak berjaya, kena ada effort kan. Tengah usaha ler ni.... muehehee..







Malam ni pun taktau nak tidoq pukul berapa. Conteng kat sini jap, rehat. Pasni nak jengah buku Economic yang beratnya tak larat nak pikul.... -_-  
Takpe,... demi ilmu. Ceh, moga terharu kalau bagi lecturer NAI baca.

Annyong, nite. Out :)

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik