Well, memandangkan cuti sem sudah bermula, so CH decide nak jenjalan keluar dari Selangor dan KL yang serabut dan menyerabutkan.
So, tempat yang dituju adalah Tanjung Malim, sebab nak jumpa kawan yang bermula dari blog dan FB. Tak sangka hubungan sejauh ini.
Well, kali ni CH pilih nak jenjalan guna perkhidmatan KTM Komuter. From Serdang to KL Sentral dan bergerak menuju ke destinasi utama, Tanjung Malim. So far, CH enjoy dengan my journey.
Source : Google |
Kalau rasa nak rileks dan tak tergesa-gesa, boleh la try naik train ni. Sebab kenkadang train ni lambat pun ye, jalan pun takde la laju mana. Sesuai la kalau nak bawak anak-anak berjalan-jalan sambil ukur jalan....ekekeke
Actually, pergi Tanjung Malim sebab nak jumpa kawan, besides kira berziarah la. Maklum ler, dah lama gilerrrr CH tak datang rumah kawan ni, last pun maybe 2012....kot. Dah lupa.
Besides datang menziarah, CH actually rindu nak rasa air sejuk sungai Inki kat Kalumpang haaaa.... Giler kebas kecut jadinya kaki bila berendam dalam air haaaa.... serius kaki jadi pucat terus.... Tapi berendam tetap berendam kan, takde hal punya. Bukannya selalu dapat santai-santai gini.
Source : Google |
Kalau korang rasa nak cari tempat untuk riadah dengan famili or kengkawan, maybe korang boleh jadikan Sungai Inki sebagai destinasi. Tak terlalu jauh dari KL, maybe dalam 40 minit macam tu. Sesuai la kalau nak pergi waktu hujung minggu.
After that, kawan bawa pulak CH yang gegedik nak berjalan ni ke Proton City. Seriously memang ini first time CH datang ke Taman Proton City ni. Dekat je dengan UPSI Tanjung Malim bangunan baru tu.
Source : Google |
Source : Google |
Source : Google |
Source : Google |
Luas jugak tasik ni sampaikan tahap boleh semput bagi orang yang jarang jogging macam CH. Nampak sangat lemak berlebihan sampaikan round tasik pun semput tak cukup nafas....Hahaha!
Kemain sempat main belon buih haaaa.... dah rupa budak-budak! Tapi ada haku kesah? Enjoy aje laaa....hiks3 ^ _ ^
Hampir sejam jugak la kitaorang bermain buih tu.... Sampaikan dari tak ramai yang main benda alah tu, tapi bila kitaorang yang start main, berlonggok-longgok orang besar main jugak..... Heeee,gamaknya diaorang seronok tengok kitaorang main kot kalah budak-budak.
Even tak lama sangat berjalan di tempat orang dan tak banyak tempat pun yang CH pergi but then ia tetap akan menjaadi salah satu memori yang manis pernah CH lalui.
Nota CH : Perjalanan hidup perlu sentiasa berubah dan terus berubah. Kehidupan yang statik kadang kala menyebabkan kita hilang arah tuju dan tujuan sebenar kehidupan. Berjalan dan mencari kesempurnaan dalam kehidupan. Sendiri dan bermuhasabah agar kita sentiasa sedar bahawa masa yang berputar menjadikan perjalanan hidup kita semakin pendek. So,manfaatkan masa yang masih bersisa dengan sebaik mungkin :)
No comments:
Post a Comment