Rasanya hari ni semua hot pasal isu ni. Sana sini kalau scroll timeline memang orang post dan komen saja pasal isu ni. Pada mulanya CH blur-blur jugak, apahal sorang kakak senior plus ex-colleague meroyan pasal k-pop. Maklum ler,hari ni last exam untuk sem kali ni.So, memang CH bertapa mengadap buku aje la. Lepas di explain, baru CH paham. Semua pasal video artis k-pop tu lerrr....
Sumber : Youtube
Rasanya kalau korang mengikuti tentang berita artis k-pop ni, maybe korang tahu semalam (10 Januari) B1A4 ada fanmeeting di Malaysia. Haruslah budak-budak ni terkinja-kinja nak jumpa artis pujaan diaorang. Hal ni jadi macam ni sebab diaorang hilang pertimbangan diri,dek kerana di dorong rasa keterujaan melampau plus nak tunjuk kat kengkawan kot....kot aje laaaa...
CH ni bukanlah anti artis korea sangat. Kalau setakat drama korea dan Running Man tu memang CH minat. Sesaja nak release tension. Tapi kalau dah sampai tahap berbalas peluk, bercium dahi bagai, mana perginya maruah dan sifat malu orang Timur plus anak melayu? Malu kan perisai orang beriman.Yang penting, disisi agama Islam ianya adalah haram. Tak kiralah kau berpeluk dengan orang Korea ke, Negro waima orang Islam Melayu sekalipun, semua orang selagi korang bukan muhrim.Nak tahu lanjut pi tanya ustaz-ustazah korang. :)
Ini baru B1A4 yang datang Malaysia. Lepas ni entah siapa2 lagi artis Korea yang diundanng. Rasanya kalau tak silap akan ada lagi satu kumpulan dari Korea yang akan Malaysia 24hb nanti. Sama-sama kita tengok adakah sejarah mungkin berulang. Dah gaya lirik NewBoyz je, ahaks!
Nota CH : Naluri anak-anak muda. Perasaan membuak-buak.Belum matang dan tak berfikiran dalam.Bukannya tak tahu perlakuan macam tu haram di sisi Islam, tapi agaknya mereka fikir ini addalah satu-satunya peluang yang ada bertentang mata dengan artis pujaan.Tapi mereka tak fikir itulah juga satu peluang menambah dosa. Dah la tiket kemain mahal.Buat belanja makan pun boleh lepas dua minggu untuk orang bujang agaknya. Tak lama tu, nanti-nati bila rasa teruja hilang, mesti mereka rasa menyesal tak sudah.
Ada akal,fikirlah sendiri.
No comments:
Post a Comment