M.A.S.A.L.A.H
Apa itu masalah?
Kenapa wujudnya masalah?
Ada ke yang suka masalah?
Ini antara persoalan yang sering berlegar-legar di ruang minda bila antara kita dirundung bencana atau masalah.
Masalah bukanlah perkara negatif, mahupun situasi buruk. Masalah adalah batu yang menjadi tempat kita meloncat lebih jauh dalam menyelusuri kehidupan, masalah juga pencetus kepada idea.
Kenapa perlu bencikan masalah kerana jika masalah tidak wujud, hidup kita tak akan move forward.Kerana masalah, kita berusaha memperbaiki apa yang kurang. Kerana masalah juga, kita menjadi lebih kuat dan bersemangat. Kerana masalah, kita sedar kesilapan kita.
Jika masalah hadir, kita tak perlu lari, sebaliknya cubalah cari penyelesaian yang paling terbaik dari melangut saja menghadap masalah yang memang tak akan selesai kalau kita sendiri tak cuba untuk menyelesaikannya. Bukankah Allah dah kata bahawa Dia tak akan ubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu tak cuba dan berusaha untuk mengubah nasib mereka.Kan?
Nota CH : CH tertarik dengan bait lirik lagu dari kumpulan Spider,
"Sebelum gugur tercalar jiwa parah, jangan kau gugurkan air mata,
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa, jangan kau berputus asa"
No comments:
Post a Comment