Monday, 13 June 2016

Charity Work With Onn Jaafar Institute At Chowkit, Kuala Lumpur


Assalammualaikum and hello peeps!

Salam Ramadhan yang ke-8 hari. Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita sama-sama merasai bulan Ramadhan yang penuh dengan berkah dan pahala.

Memandangkan sepanjang dua minggu berpuasa CH dalam cuti semester dan tak bercadang pun nak spend time kat kampung, so CH decides to find part time job la as side income. Maklumlah, duduk kat KL, mana celahnye tak guna duit,kan? Bak kata, selangkah je keluar rumah, bergerak jugaklah duit dalam simpanan haaaa....

Since buat part time, CH still ada masa yang terluang and sebab dah berniat and berazam taknak buang masa tak buat apa-apa, hati CH tergerak nak join satu program charity work anjuran daripada NGO's - Institut Onn Jaafar. Kalau korang first time dengar and nak tahu NGO ni buat aktiviti apa, just klik sini Institut Onn Jaafar . Through this websites, a lot of activity that you can join, not only distributes food, but also in ecudation and health. Ikutlah mana yang korang berminat nak join.
Okay,  so CH tunjukkan beberapa memori yang sempat di rakam pada malam tu.

Waktu time ni masih awal. Around 11pm macam tu. Tapi homeless dah siap-siap tunggu untuk ambik makanan yang akan di edar.



CIMB turut menyumbang kenderaan untuk memudahkan pergerakan volunteers dalam mengedarkan makanan kepada yang memerlukan. Alhamdulillah.

Makanan yang telah siap di pack kan. Ada nasi goreng, sandwich, buah dan air kotak sponsored by IOJ sendiri. Alhamdulillah.



Taklimat oleh pihak IOJ, MR. Charles Mohan kepada volunteers dari UNIKL Business School dan UiTM Melaka


Ada tiga check point atau location untuk distributes makanan - Pusat Transit Gelandangan, KL, Jalan Hang Lekiu and KL Krash Pad sebagai check point utama. Gambar kat atas ni kat area Jalan Hang Lekiu which is CH yang terpilih untuk ke sini.


Tengah susun atur untuk memudahkan pembahagian makanan kepada golongan yang memerlukan.

Pengagihan makanan sedang dijalankan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan aman. Semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

Situati di Pusat Transit Gelandangan,KL. 


Keadaan di pusat agihan utama. Lancar semuanya. Syukur.


Okay, gambar kenangan selepas selesai aktiviti for homelesss. Feeling blessed.


Nota CH :  Buat kerja charity ni adalah satu kepuasan jiwa yang hanya akan di rasa pada yang betul-betul ikhlas untuk melakukannya. Jangan buat sebab terpaksa, nanti rasa pointless pulak. Korang yang dah baca entry ni dan rasa berminat nak join atau jadi salah seorang volunteers boleh jenguk website IOJ ya. Sangat dialu-alukan kepada sesiapa saja yang nak jadi volunteers.

Coretan dari hati kecil

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik