Thursday, 1 September 2011

Coretan lebaran Cahaya Hidup……..



Asslammualaikum,

Salam merdeka raya buat semua.

Bagaimana dengan raya anda semua?Pastinya ia di sambut dalam keadaan yang sangat meriah bersama keluarga tercinta,bukan?Syukur Alhamdulillah,terutama kepada kawan-kawan yang masih punya ibu bapa.Pasti besar ertinya buat diri kalian.

Diri ini?Sudah tidak punya apa-apa.Yang tinggal hanyalah sisa-sisa untuk di nikmati.Mungkin kedengaran sedikit tidak bersyukur,tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Saya masih lagi dalam golongan yang tahu berterima kasih.Sekurang-kurangnya saya masih punya kampung walau tidak punya orang tua, tetapi masih punya ramai kawan di sekililing saya.

Di pagi raya,agenda pertama yang terbayang di benak fikiran adalah ingin menziarahi pusara orang tua.Seakan-akan  memanggil-manggil diri ini untuk segera ke sana.Rindu?Tidak tergambar bagaimana rasanya ungkapan rindu itu.Berat sekali untuk menanggungnya saban hari.

Walau terasa diri serba kekurangan dari insan lain di hari lebaran serba istimewa ini,sentiasa diri ini mengingatkan bahawa masih ramai orang lain di luar sana yang masih malang nasib mereka dari saya.

Barangkali orang sekeliling memandang diri ini sentiasa happy dengan perwatakan yang sedikit gila-gila.Namun,ianya tidak sama dengan apa yang diri ini rasai.Mungkin hanya jasad sahaja yang begitu,sekadar menyedapkan mata yang lagi memandang.Dan hakikatnya  diri ini sudah tidak punya perasaan lagi.Sudah tidak tahu mahu rasakan apa lagi.



Keadaan sekeliling ‘mendewasakan’ saya sebelum masanya.Matlamat kawan-kawan yang umurnya sebaya saya pastinya mahu menikmati hidup yang masih ada bersisa,tetapi saya pula lebih suka memilih untuk tidak terlalu  untuk menikmatinya.Tiada kepuasan yang saya dapat dari situ.Saya harus mencari sesuatu yang dapat mengisi hati yang semakin kosong.Pada siapa seharusnya saya pergi dan mengadu?Hanya pada DIA……….

Pada kawan-kawan yang masih dalam mood raya,saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin .Diri ini sering saja melakukan khilaf tanpa sedar.Jari di susun meminta  ampun atas segala salah silap.Moga pertalian yang terjalin antara kita tidak kira sama ada bersahabat di alam yang nyata atau hanya berkawan di alam maya,tetap akan terus kekal hingga ke akhir hayat,Insyaallah......

Hayatilah maksud sebenar hari raya pada diri anda.Apakah hanya sekadar untuk berseronok sambil menikmati semula nikmat makan tanpa henti atau lebih menyelaminya secara rohaniah?Fikir-fikirkan……..

Setiap orang punya kelemahan masing-masing.Jangan malu untuk memperbaikinya menjadi lebih baik.Insyaallah,Allah akan sentiasa ada untuk hamba-hamba yang mahu berubah ke jalan-Nya……

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan ke-54 buat semua



P/ S : Saat ini,banyak sekali luahan yang ingin di zahirkan,namun ia seakan terbuku di hati.Mungkin sampai masanya,pasti akan terluah jua.....


^_____^

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik