Thursday, 22 December 2011

Kenapa Jadi Macam Ni ?




CH pun tak tahu sebenarnya nak komen apa lagi tentang kes ni.Masuk cerita yang ini,dah kali ke berapa CH tak boleh berhenti untuk gelak.Seriusss........!!

Al kisahnya,pagi tadi di opis,ada sorang kawan CH yang tanya kenapa dia masak nasi semalam tapi nasi tu jadi berair?Dalam kepala cuma fikir mungkin nasi dah basi kot.Selidik punya selidik,patut lerr nasi yang dia masak tu berair,sebab dia tak tekan  ''COOK'' kat ricecooker dia tu.Yang dia tekan adalah ''WARM'' je.Memang sampai bila-bilalah nasi tu tetap berair,tak masak-masak.......!!! Aduhaaiiiiii.....

Itulah jadinya kalau tak pernah nak biasakan diri dengan dapur.Kan dah susah nak masakkan makanan untuk suami dan kawan-kawan yang lain.Apapun bagi CH, basic rumah tangga kena ada.Tak kiralah samada kita dah kahwin ke atau belum.Tapi memang nampak hodoh sangat kalau seorang perempuan tu tak tahu asas dalam menguruskan rumah tangga,kan?

Jangan sampai nanti nak menyebut  ikan bawal pada apek kat pasar tu tersebut ikan dawai pulak nanti,tak ke haru  apek tu jenuh nak mencari mana pulak datangnya ikan dawai........

Tapi bagi CH,sekurang-kurangnya kawan CH tu belajar dan berusaha untuk majukan diri dalam bidang suri rumah ni.CH puji sifat dia yang tak malu untuk bertanya walau kadang-kadang pertanyaan dia tu macam 'lurus' sangat gayanya.

P/S : Kawan bagitau tadi,resepi nak buat nasi goreng tu kena guna ikan bilis yang dah di buang kepala dan badan..........so,apa lagi yang tinggal?????  +_+


Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik