Tuesday, 6 December 2011

Andai Aku Blogger Terkenal





Assalammualaikum.......
Hari ni sekali lagi CH nak join segmen dari blogger Ain Soofiyah.Time tengah BW tadi,nampak segmen ni,so better join ajelah............. Boleh jugak CH pasang angan-angan,kan?Tajuk pun macam best je..........hehehehehehe,laaayaaannnnnn............. ;)

Ok,''Andai Aku Blogger Terkenal'' ........... apa yang jadi ya ? Meh sini Ch nak bebel...........Oppss,sebelum terlupa,segmen ini di anjurkan oleh 3 sekawan iaitu : 


Kalau CH dah berjaya menjadi seorang blogger yang terkenal,perkara pertama yang CH akan lakukan adalah CH nak buat satu ucapan khas pada pihak-pihak yang terlibat kerana membantu dan menyokong CH sehingga berjaya menjadi blogger yang di kenali.Sebabnya kalau tanpa bantuan dari  yang pakar,mana mungkin mampu menjadi seseorang yang di kenali,kan?So,insyaAllah CH tak akan lupa diri......... Sebab CH ingat lagi kata-kata seorang rakan @ blogger yang pesan "kalau dah berjaya dari saya nanti,jangan lupa diri tau" .CH ingat sampai sekarang pesanan dia tu.......... (^^)

Kedua,kalau nanti CH dah menjadi blogger terkenal,CH akan cuba bantu mana-mana blogger baru yang punya minat untuk menyertai dunia blogging ni.CH sendiri pernah tahu macam mana rasanya waktu mula-mula nak bertapak di sini.Sampai sekarang juga CH masih lagi berusaha (tapi ikut kesempatan masa yang ada) untuk menjadikan blog ini sebagai satu tempat rujukan bagi pencari maklumat dan ilmu yang di ingini.CH ingat lagi ada sekali tu sampai jam 3 pagi bersengkang mata sebab nak belajar buat blog,dan juga bertanya macam mana nak buat ''Shoutbox'' yang boleh sorok-sorok kat side tu........ Hahahahahaha,gelak sendiri bila ingat moment tu dengan seorang blogger yang dari mula kenal sampai sekarang ni blog blogger tu tetap menjadi blog kedua berjaya bertakhta di hati selepas blog sendiri......... :p  Nak tag ke tidak nama blogger tu????Ermm,tak payah lah kot.CH rasa macam diri CH tak layak je nak tag nama dia kat blog yang serba kekurangan ni..........

Apa lagi yang boleh CH katakan andai suatu hari nanti Ch dah berjaya menjadi blogger terkenal? Ermmmm,jap.Tengah fikir ni.................................... 
Ok.Kalau angan-angan yang satu ni berjaya CH gapai,CH  nak jadikan blog ni bukan sahaja blog yang mampu memberi pelbagai info serta maklumat berguna untuk di kongsi,tetapi CH akan jadikan blog ni sebagai sebuah blog yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.Dan CH akan cuba untuk kongsikan dengan teman-teman blogger yang lain.Yelah,sambil-sambil seronok kita mencipta entry,mencurah idea di sini,apa salahnya kalau boleh beri kita pendapatan sampingan,kan?Untung-untung dapat jugak kita guna income dari blog di waktu ekonomi tengah nazak,ya tak??? Itulah manfaat kita berblogging,kan?Bukan setakat bebel kosong saja..........

Ok,ini yang last CH nak bebelkan.Kalau suatu hari nanti CH dah berjaya menjadi seorang blogger terkenal,CH teringin nak berkolaborasi dengan seorang blogger ni.Walaupaun follower dia tak ramai mana,tapi setiap entry yang dia cipta berjaya menambat hati CH.Dan kalau korang semua nak tahu,CH mula suka membaca artikel di blog,ber blogwalking,dan akhir sekali terbuka hati nak create blog ada kerana dia-seorang mr blogger ni.SEBAB  APA????Semua kerana BLOG........... :)  Kalau tak,memang sampai sekarang lah gamaknya CH tak tahu blog tu apa............Hehehehehehe

So,CH rasa cukuplah dulu CH membebel.Seronok jugak kan sesekali dapat keluarkan apa yang kita cuba untuk sampaikan apa yang terbuku di  hati yang kecil ini.Tapi kan,kalau sampai satu ketika CH berjaya melalui detik-detik menjadi blogger yang terkenal,CH akan pastikan yang CH dan blogger tu sama-sama glamour dan terkenal.Sebab CH tak akan lupakan jasa-jasa dia sebagai seorang rakan........terima kasih,ya.

Hurrmmm,siapa yang CH nak tag untuk segmen kali ni ? Ok, I got it.....!!!

Pada yang lain tu,nama yang tidak di tag bukan bermakna korang tak boleh nak join,kan?Korang klik aje banner,tak pun klik je nama-nama yang menganjurkan ini segmen.InsyaAllah,tercapailah hajat korang untuk menyertainya.Lagipun,masuk segmen ni bukan bebel sesaja,tapi di sediakan hadiah lagi tau.............................
Nak tahu apa hadiahnya? Tengok kat bawah ni........ 

Pemenang 1- Novel pilihan anda berharga RM 40 + badge + hadiah misteri
Pemenang 2- Novel pilihan anda berharga RM 30 + badge + hadiah misteri
Pemenang 3- Novel pilihan anda berharga RM 20 + badge + hadiah misteri
Saguhati 1- Hadiah misteri + badge
Saguhati 2- Hadiah misteri + badge
Saguhati 3- Hadiah misteri + badge


Haaaa,itulah hadiahnya, BEST jugak,kan??? Dah ler CH ni hantu novel,obses giler-giler tak ingat.....!! Hikhikhik......... :P

4 comments:

  1. Thanks ain~~~ Hope CH ada chance untk menang novel......... ;)

    ReplyDelete
  2. thanx dear sbb tag..tp shaye sudah join sblom ditag..hehe..cer bace kat cni ^_^

    http://gadisbiasebiase.blogspot.com/2011/11/contest-andai-aku-blogger-terkenal.html

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik