Sunday, 8 July 2012

Telah ALLAH Siapkan Peneman Hidup Kita ......


Mood : baru habis layan cerekarama SALEHA di tv 3 tu.Walaupun CH tak berapa nak sukakan pelakon yang membawakan watak Saleha tu,tapi CH layan jugak sebab lokasi drama tu cantik !  Buat CH teringatkan kampung halaman je..........huhuhuhuhuhu






Tapi takpe,suka tak suka...........tolak tepi.Janji,cerita tu dah membawa pelbagai mesej yang bagi CH berjaya di sampaikan.Dan mengikut kepada pengamatan CH yang tak berapa nak fokus tadi,meh sini baca,CH dah senaraikan beberapa pengajaran yang mampu buat diri kita teringat,beringat dan mengingati sesama kita.


 
* Berpegang pada amanah - Dalam cerita tu kan ke Leha kematian kedua ibu bapanya ketika maasih kecil.Justeru,mak long dan pak longnya yang bertanggungjawab menjaga  Leha yangg agak 'istimewa' .Tapi mak long Leha lama kelamaan semakin tak sukakan Leha.Nak nak lagi waktu pak long Leha dah meninggal.Dengan si Esah terikut-ikut sekali.CH cuma harapkan si Esah ajelah yang bertahan sayangkan Leha yang tak berapa nak cukup akalnya tu.Dan tak sangka pulak yang mak long sanggup pukul Leha sampai lebam-lebam,sedangkan si Esah boleh buat don't know aje....... Ingat,kita tak boleh menganiaya anak  yatim piatu.Buruk balasannya nanti . 

" Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang 

menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di

 syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari 

telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua

 jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang 

menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak

 yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya. "     


*  Lelaki jangan berani menabur janji / harapan kepada perempuan - Walaupun Leha tu tak seperti anak - anak gadis yang lain,namun dia masih punya perasaan dan rasa untuk berkasih sayang.Hati perempuan mana yang tak terusik dan jatuh sayang kalau ada lelaki yang baik datang melayannya,di tambah lagi dengan menabuur kata-kata manis persis janji.Tak banyak,pasti akan ada sedikit harapan yang terselit di dalam hati perempuan tersebut.Tapi CH tak salahkan watak lelaki tu,si Manaf.Dia bukanya main-mainkan perasaan Leha,cuma mak dia je yang tak setuju bermenantukan anak dara 'istimewaa' . 

*  Jangan memandang hina / rendah pada kelemahan orang lain - CH respect pada yang melayan baik si Leha ni,terutama pada paklong dia dan Manaf.Tapi,CH cukup tak suka tengok makcik Jah kepoh yang dok jaja cerita orang sana sini.Tengoklah endingnya, at last si Leha lembam  tu jugak yang bantu dia time tengah sesak nafas tengah jalan tu.Kita ni kena ingat,kita di ciptakan Allah swt cukup segala-galanya.Kerana Allah itu sebaik-baik pencipta.Segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita,pasti punya hikmah.Kelebihan yang kita miliki,gunakan untuk membantu yang kurang,dan kekurangan milik kita pula kita jadikan sebagai penguat untuk lebih menjadi seseorang yang baik.Ok kan macam tu ? Siapa kita yang nak memandang rendah / hina pada manusia yang lain,sedangkan diri kita sendiri DIA yang cipta,kan ?







* Setiap orang telah di ciptakan jodoh yang baik,cuma lambat atau cepat - Ermmmmm,siapa sangka kan? Dalam lembam-lembam si Leha tu,akhirnya jodoh dia sampai juga  di akhir-akhir nafasnya.Walaupun tak sempat untuk merasai nikmat pernikahan,namun sekurang-kurangnya Leha sempat jugak merasai kegembiraan untuk hidup bersama orang yang mengasihinya,setelah kecewa dengan si Manaf.Padahal,time tu,Leha dah hampir-hampir nak di ijab kabulkan dengan Manaf tapi bila mak Manaf dapat tahu keadaan sebenar Leha,terus tak jadi nak di buat menantu.Rupa-rupanya,Allah telah menciptakan jodoh Leha adalah bersama-sama dengan lelaki lain,yang mana InsyaAllah,lebih baik dari Manaf agaknya........
Indah kan aturan dari DIA ?

Naluri CH : Bila cerita tu habis,CH berfikir sendiri.Tak perlu kita mempertahankan rasa hati kita  pada seseorang yang belum tentu di takdirkan buat kita.Sebab jodoh kita telah di tetapkan oleh Allah sebenarnya.Cuma kita yang belum tahu bila,di mana dan dalam keadaan apa kita bertemu dengan jodoh kita itu.Harapan,moga pasangan tulang rusuk kita itu adalah jauh lebih baik dari kita,supaya dia mampu mempengaruhi kita untuk turut menjadi baik sepertinya,InsyaAllah......... =)

Wassalam .



Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik