Saturday, 7 July 2012

Hidup Kita Punya Pilihan....











Hari ni CH ada terbaca berita di akhbar tentang murid yang berusia dalam lingkungan 11-12 tahun di rogol oleh warden asrama.Bagi CH,fenomena macam ni dah basi,lagi lali nak membacanya.Bosan ! Kalau dulu mungkin perkara-perkara yang macam ni nampak macam sesuatu yang besar sangat-sangat,tapi sekarang dah macam jadi satu perkara yang biasa,kan?

CH cuba nak kongsikan satu pandangan,suara pendapat tentang isu ni di sini.Korang kalau ada pendapat dan pandangan memasing,silalah tinggalkan komen nanti ya.........

Dulu,CH ada menonton satu rancangan dokumentari berkaitan keadaan hidup rakyat di sebuah negara di luar Malaysia.Tapi CH lupa nama negara tu.Suasana negara tu susah tahap macam dekat Bosnia,takpun kat Afrika.Jangankan nak berangan nak pijak shopping mall,nak jumpa sebutir beras pun kemain susah lagi.Keadaan sangat-sangat melarat sehinggakan ada yang mati kebuluran.

Baik,sebenarnya dokumentari tu lebih memfokuskan tentang isu ibu bapa menjadikan anak-anak perempuan mereka sebagai pelacur . Bila di tanya,tujuannya hanya satu iaitu : Ingin mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehari-hari.Waktu itu,anak-anak yang di heret ke lorong-lorong pelacuran untuk 'disewa' pada jantan-jantan yang kehausan adalah dalam lingkungan  yang bermula pada umur 8 tahun.Kesian,kan?

Dalam keadaan mereka yang tidak tahu apa-apa,mereka akan di rogol di hadapan ibu/bapa kanak-kanak tersebut.Tiada apa yang mampu mereka lakukan selain melolong,menjerit kesakitan sekaligus memohon simpati sesiapa yang sudi untuk menyelamatkan mereka untuk tidak terus menjadi mangsa kerakusan jantan-jantan tersebut.









Sewaktu rancangan dokumentari tersebut di siarkan,kanak-kanak tersebut sudahpun berusia lingkungan 16 tahun.Ini bermakna,sudah hampir 8 tahun gadis itu menjadi 'barangan sewa' untuk keluarganya.Dan itulah di antara pengorbanan yang telah gadis itu lakukan terhadap keluarganya agar mereka tidak melarat dalam melewati hidup.

Bermula dari situasi 'terpaksa' dan 'tanpa rela', berubah pula kepada 'suka' . Benar ! Mengikut kajian,sekali seseorang itu pernah melakukan hubungan seksual,untuk kali ke 2 nya individu tersebut akan menjadi suka dan dengan rela hati ingin melakukannya,sehinggakan ada sesetengah kes yang menjadikan mereka 'ketagih' dengan aktiviti tersebut.

Dan gadis yang di dagangkan oleh ibunya sejak berumur 8 tahun sehingga saat di temuramah ( 16 tahun ) itu mengakui yang dia semakin sukakan aktiviti tersebut.Dan sekarang dia sudah mampu melakukannya dengan rasa rela hati tanpa sebarang paksaan.Dan sehingga ke hari ini juga,aktiviti tersebut yang menjadi pekerjaan bagi menyara kehidupan sehari-hari.....

Okay,mungkin bagi yang membaca terfikir bahawa kejamnya seorang ibu melihat anak perempuannya di ragut kesucian buat kali pertama kali dengan cara yang kotor seperti itu.Ini kerana mereka sedang berada dalam situasi 'terdesak',sehinggakan ruang untuk memilih sudah tiada.Hanya dengan cara ini sahaja yang mampu mereka usahakan bagi meneruskan hidup untuk memastikan bahawa mereka dapat makan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 24 jam......... tapi kita ?

Cuba bandingkan situasi di atas dengan situasi di negara kita pula,Malaysia.Bagaimana pula dengan gadis-gadis yang menjadi GRO,melayan jantan-jantan yang kaya raya dengan wajah yang ceria,perasaan yang megah?Mungkin mereka ada jawapan mereka sendiri,yang mungkin mampu untuk di terima akal,ataupun sebaliknya.Tapi rasanya,belum ada rekod yang mencatatkan ada rakyat Malaysia yang mati kebuluran,kan?Kalau makan makanan yang tak sedap,mungkin ada.Tapi masih boleh makan,kan?
Jadi,tidaklah terdesak manapun sebenarnya.......

Kita hidup di dunia ni sementara sahaja.Jangan terlalu taksub mengejar kemewahan dunia sehinggakan kita lupa  garis yang tercipta di antara yang HALAL dan HARAM nya.Setiap orang ada bahagiannya,mungkin kita tidak sekaya dia,tapi kita punya IMAN dan AGAMA yang mampu membahagiakan kita  di 'sana' .
Jangan di lihat orang yang serba sempurna luarannya,bahagia juga di dalamnya.Kadang kala,keperitan yang  kita lihat itu sebenanrya punya sekeping hati yang mampu menenangkan sebenarnya.

Fikir-fikirkan..........Dan selamat menyempurnakan IMAN masing-masing.




Naluri CH : Situasi kanak-kanak di atas adalah di sebabkan 'KEPERLUAN' untuk meneruskan hidup,tapi situasi di negara kita adalah berdasarkan 'KEHENDAK' yang mana melampaui kemampuan poket sendiri.









1 comment:

  1. Hidup dan suburkan roh dan nur islam dalam institusi kekeluargaan... Supaya setiap dari kita benar2 kenal mana HALAL mana HARAM... BUKAN sekadar lahir sebagai islam WARISAN..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik