Salam kawan-kawan sekalian.Lately mood sedikit kacau.Entah apa yang bersarang di hati bagai ada sesuatu yang tak kena.Nak di katakan masalah berkaitan bab-bab perasaan,atau bahasa senangnya 'cintan-cintun' ni......tak kot.Siapalah yang nak kan kita ni,kan ?Huhuhuhuhuhu.......
Tapi semakin hari,diri ini merasakan perubahan perlu di lakukan.Perubahan tempat,suasana,keadaan dan lain-lain lagi.Mungkin CH dah tak betah nak duduk dalam suasana bandar kot.Tapi memang hakikatnya CH memang berasal dari kampung sebenarnya.Jujur dari hati ini,CH akui kalau duduk di kampung tu lagi best sebenarnya.Mungkin orang lain tak faham kenapa CH katakan suasana kampung itu lebih indah dari pemandangan indah kotaraya.
Kalau di ajukan pada kakak CH,katanya : Nak buat apa duduk kat kampung ni.Bukannya ada apa pun.Semuanya terhad.Nak ke sana jauh,nak ke sini,tak ada apa-apa pun.Dah elok-elok duduk kat KL tu,baguslah.
Tapi itu kata dia.Mungkin sebab dia dah biasa duduk kat kampung.Sebab tu dia cakap macama tu.Tapi CH sendiri pun tak tahu kenapa CH sukakan kehidupan kampung.Mungkin sebab keadaan yang tenang,mendamaikan,dekat dengan ahli keluarga dan yang paling penting dekat dengan semua kenangan hidup CH selama ini .
Selama beberapa tahun bermastautin di kotaraya ni,belum pernah rasanya CH rasa betul-betul seronok dengan kehidupan ni.Kalau pernah pun,cuma sesaat cuma.Lepas tu,dah tak rasa apa-apa dah.Mungkin korang yang membaca pelik kot kenapa pulak CH tak sukakan kehidupan kota.Sebab semua orang sukakan kemodenan yang ada di sini.Tapi tak bagi CH.Mungkin sebab kehidupan macam ni tak kena dengan jiwa CH kot.
Rasanya,saat ni sesiapa pun tak mampu faham apa yang terbuku di jiwa CH.Hanya diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu.CH tak minta apa pun,cukup sekadar kalau CH mampu menjalani hidup ini dalam keadaan yang tenang dan mendamaikan.Orang kata,kita hidup dalam dunia mana boleh tak ada masalah,tak banyak pun,sekelumit pasti akan ada.Dan jangan sesekali kita lari dari masalah.Memang,CH pun akui tentang itu.Mana ada kehidupan yang tak ada masalah,kan?
Sekarang ni,yang CH cuma perlukan adalah ketenangan hidup.Dan itu mungkin CH mampu peroleh di tempat lahir,tempat membesar CH.Mungkin orang lihat kita sudah cukup sempurna pada mata kasar,namun di dalamnya siapa yang mampu terjah.Hanya diri sendiri yang merasainya.
Sekarang ni pun CH tengah usahakan sesuatu.Moga orang-orang yang rapat dengan CH boleh beri sokongan.Dan kalau korang rasa tindakan CH ni tindakan yang salah,beritahu.Supaya CH boleh perbaiki mana yang perlu.
Dunia Allah ni luas.Mana-mana pun kita mampu hidup.Janji kita ada usaha dan tekad.Tak kiralah kita pilih nak tinggal di kota mahupun kampung ceruk sekalipun.Kalau kita berusaha keras,InsyaAllah,kejayaan tetap milik kita juga,kan ?
CH tak impikan untuk hidup mewah sangta,cukup dapat memenuhi keperluan diri,membantu ahli keluarg yang lain serta tak susahkan orang lain.......cukuplah.CH cuma nakkan ketenangan yang CH dambakan.Ketenangan yang mampu membuatkan CH rasa bahagia dan gembira,cukuplah......
Korang semua,doakan CH. ya............
Assalamualaikum.........
Naluri CH : Cuba nak meluah sesuatu sebenarnya,tapi tak mampu.Maka terhasillah entry yang merepek,meraban macam ni.huhuhuhuhu...
buatlah perkara yang membahagiakan awak~ :)
ReplyDeletesaya pun tak suka KL, sebab tu cr keje kat jhr..hehe~