Friday, 3 August 2012

KUNGFU PARADISE @ PARADIGM MALL,KELANA JAYA

Uisshhh,lamanya CH tak godek-godek ini blog.Dah kaku,sayu dan sepi je.Bukan apa,bila kemalasan melanda diri,inilah jadinya.Sebenarnya CH ada banyak benda nak share kat sini.Tapi asyik tertunda dan tak berkesempatan je.At last,memang tak terbuat ler jawabnya.







Btw,hari ni CH nak kongsikan dengan korang semua tentang pengalaman CH berbuka puasa di shopping mall yang baru sahaja di buka,iaitu di Paradigm Mall,Kelana Jaya.CH pegi dengan kawan-kawan CH 2 hari lepas.Kami memang first time menjejakkan kaki kat shopping mall tu.So,agak blur blur sikit nak melangkah.

Kedai-kedai kat dalam tu pun kebanyakannya masih belum di buka.Tapi overall semua ok.Cuma sedikit hampa kawan CH bila tak tersampai hajat melepaskan mengidam nak makan ayam goreng McD katanya.Dalam 10 minit macam tu kitaorang habiskan masa depan screen automatik sebab nak check level mana yang ada lokasi untuk makan.









''Get a kick out of the extensive gourmet offerings from Hong Kong treats to western delights at the vibrant Kungfu Paradise! ''

Dapat tempat yang sesuai,terus kitaorang decide nak pegi Burger King.Dalam tengah on the way nak ke sana,kitaorang lalu satu restaurant '' Kungfu Paradise '' . Sekali imbas,memang nampak macam kedai makan cina.Tapi,kedai itu halal sebnarnya.Ada jugak beberapa orang pengunjung yang beragama Islam kat dalam tu dah booking tempat.

Yang bestnya,cara diaorang menyambut pelanggan untuk masuk ke dalam restoran dorang.Diaorang akan sebut : ''Kungfu dataaaaang....... ! '' and kru-kru yang lain akan say : ''haaaaaaaii''
Memang rasa suasana yang cukup mesra sangat. =) 
#Nasib baik diaorang tak berkungfu depan pelanggan,takpun pelanggan yang kena berkungfu sebelum makan.........tak ke haru.....??? huhuhuhuhu :P

Ok,serba sedikit tentang restoran ni.Makanan memang basic to makanan ala hong kong dan western.Harga makanan pulak around 10 ringgit ke atas.Tapi memang berbaloi sebab makanan yang di hidangkan dalam kuantiti yang banyak dan besar saiznya.Kitaorang boleh share 3 orang untuk satu hidangan tu.












Huh ! Nak jugak menempek muka sendiri.......... :P 
Korang kalau nak tahu sedap ke tak makanan ni,silalah pergi dan rasa sendiri.InsyaAllah,tak mengecewakan...... =) 

3 comments:

  1. pernah pegi. dan memang sedapp!! ^^

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan ke mall baru KJ tu.hari tu dah lalu tp tak terniat pulak nak singgah.

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik