Thursday, 9 August 2012

REZEKI BULAN RAMADHAN + AIDILFITRI














Assalammualaikum .....

Pertama sekali,CH nak ucapkan setinggi-tinggi dan berbanyak syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah DIA pinjamkan buat CH untuk melengkapi hidup sementara di muka bumi ni.Bagi CH dan kawan2 office yang lain,semalam barangkali hari yang istimewa dan gembira untuk di raikan sebab semalam CEO dah umumkan tentang kenaikan gaji dan pembaharuan dalam pola kenaikan gaji.

Kebiasaannya mana-mana company hanya akan buat pembaharuan/revise  gaji pada awal tahun,tapi company tempat CH keje ni boleh pulak buat time tengah-tengah tahun.Memang rezeki untuk bulan Ramadhan dan Syawal kot.Soal kenaikan gaji tu samada naik BANYAK atau SIKIT bukanlah persoalannya.TAPI yang penting ada kenaikan,pun dah syukur alhamdulillah dah tu.Kan ke itu juga rezeki.......... =) 







Tapi,pada sesiapa yang tak dapat tu,jangan rasa down,apatah lagi tak puas hati.Rezeki kita Allah dah tetapkan.Mungkin sekarang tak dapat tapi akan datang mungkin akan di gandakan rezeki untuk kita.......Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

Korang punya persiapan raya,amacam?Dah ready?Kalau ada yang  baca entry ni dok kat perantauan tu,jangan sedih2 ye.Best apa pengalaman beraya bukan di kampung sendiri ? *statement nak sedapkan hati 
Tapi,CH lagi suka beraya di kampung halaman,tempat CH membesar yang sarat dengan kenangan bersama insan2 tersayang terutamanya arwah mak-abah CH.Rinduuuuuuu.........


P/S : Zakat fitrah dah bayar ke belum......... ??? Jangan sakan sangat bershopping sampai tak ingat mana satu yang wajib,mana satu yang kehendak ...... :) 






Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik