''Bila dia jeling aku tanda tak suka,mesti jantung aku melompat bagai nak gila !'' -Alisa-
SEE ? Itu tagline untuk novel yang CH baca kali ni. ''Suami aku ustaz ''
Bila terbaca je baris-baris ayat aluan tu,terus tangan laju je capai novel tu.Memandangkan time tu cuma ada satu je lagi novel tu dekat rak,sah-sah ler novel ni dapat sambutan kan ?
So,minggu lepas CH habiskan masa dengan membaca novel tersebut.Korang yang belum pernah baca,tak tahu macam mana rupa buku tu dan cerita berkisar tentang apa.........meh rujuk kat bawah ni.......... :)
SUAMI AKU USTAZ - HANNAH DHANIYAH
HARGA BUKU : RM22.00 |
-Sinopsis cerita -
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Ulasan CH : Bagi CH,boleh kasi rate 9/10 . CH sukakan novel ni sebab bila kita baca novel ni,bukan main baca je.Jalan cerita bukan fantasi semata-mata tetapi ianya boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya sebagai seorang Islam.
Bagi CH yang membaca,dah mampu memberikan satu semangat untuk lebih memperbaiki sahsiah diri....nak nak lagi dalam mempersiapkan diri untuk menjadi isteri orang :)
Tapi jgn korang assume CH dah dekat nak kawen pulakkkk ! Calon pun takde lagi oi oi...... =_=

Ok,bagi korang yang giler dengan novel tu,sila dapatkan buku ni.Mesti korang akan rasa best teramat best sesangat ! Serius CH cakap...... :)
Kalau malas nak pegi kedai,korang boleh beli secara online kat sini ---- > karyaseni.my
bye bye...... !!! ('',)
Eheemmm... ada sesiapa nak bro jadi suaminya...
ReplyDelete