Tuesday, 4 September 2012

''NASI MINYAK ENGKAU BILA LAGI '' ???


Hari ni baru sempat masuk blog ni.Dah makin usang pun.Masa pun tak banyak sangat nak di habiskan kat sini.Tapi hati tetap rindu nak update sesuatu.Oooooppppss,sebelum terlewat,biar CH ucapkan ''selamat hari merdeka ke-55 tahun''.Semoga kita masih mampu mempertahankan kemerdekaan  bumi malaysia ni,InsyaAllah.

Minggu lepas adalah minggu paling best bagi CH.Sebab utamanya adalah  banyak makan FREE aje......... (^_^)
Al-maklumlah,kan kita masih dalam bulan Syawal.So,haruslah ramai yang bersedekah membuat acara makan2.
Bukan makan free sebab open house aje,tapi sempat juga attend wedding officemate sekali Sabtu lepas.






Tapi kan,CH nak share something dengan korang.Rasanya cerita ni ter sangatlah sesuai untuk orang yang belum berkahwin.Kalau korang dengar sambil tengah makan nasi minyak orang lain,memang rasa nak tersentap plus nak terasa pun ada............ !! bhahaaaaaaa........ :P

Korang tau apa yang mampu menyentapkan tangkai jantung,ulu hati plus limpa semua ????
Nah,cuba korang tengok video belas ehsan dari  youtube ni dulu............................nanti korang akan faham kenapa................................. (^_^)





Hihihihiiiiii..................korang faham ke tak lirik lagu tu..........???CH dok gelak2 sendiri kot bila dengar balik lagu ni untuk kali ke-2 selepas pertama kali dengar kat majlis kawen officemate Sabtu lepas.Dah ler time tu tengah sedap-sedap suap nasi minyak ke mulut.Tetiba telinga pulak dapat tangkap lirik lagu ni.Tak ke masing-masing memandang antara satu sama lain ???? (Semua still anak dara,okeh )
P/S : Sesuai sangat kalau orang yang belum kawen dengar lagu tu sambil suap nasi minyak ke mulut sendiri.Sentap 10 minit di buatnya cik kiaaaaaaaaah oi oi.............. !! -,-

3 comments:

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik