Saturday, 11 February 2012

Sahabat Baik Berlainan Jantina :: Mustahil ??




Hari ini rasanya semua dalam mood ''kuch kuch hota hai''.Al-maklumlah,bahang valentine day tinggal tiga hari sahaja lagi.So,banyaklah rancangan di televisyen yang memaparkan kisah-kisah berkaitan cinta.Dan kebanyakan teman-teman di alam maya juga updated status yang hampir sama,berkaitan filem tersebut.Nampaknya,aura filem hindi tersebut masih belum hilang dan punya keistimewaan yang tersendiri berbanding filem hindi masa kini.CH akui itu.Kerana CH juga hanya akan menonton filem-filem hindi ketika era Shah Rukh Khan,Kajol,Salman Khan dan yang seangkatan dengannya.Filem yang sekarang ni macam dah tak best untuk di layan.Entahlah.Mungkin sebab CH bukan peminat hindustan kot......

Dalam banyak-banyak status teman-teman CH tertarik dengan status mengenai sahabat baik yang berlainan jantina itu memang tak akan berlaku.Maksudnya di sini,hubungan sebagai rakan antara seorang perempuan dan seorang lelaki adalah mustahil untuk berdiri sebagai ''rakan biasa '' sahaja.Kebanyakan hubungan seperti ini akan berakhir dengan sesuatu yang istimewa.Setakat ini,apa yang berlaku di sekeliling CH,tidak kira yang di lihat secara realiti atau rekaan semata-mata,hubungan seperti ini tidak akan kekal sebagai rakan biasa hingga ke akhirnya.

Allah menciptakan kita berpasangan,iaitu lelaki-perempuan.Dan bukannya berpasangan sesama jenis (Nabi tak mengaku umat).Justeru,apabila kita menjalinkan hubungan dengan rakan berlainan jantina dengan kita,pasti akan lahir suatu perasaan yang istimewa,bukan sekadar biasa sahaja.Kerana apa?
Kerana cara layanan kawan lelaki dan perempuan itu berbeza.Biarpun kita cuba menafikan perasaan itu,tapi ianya akan tetap hadir.

Kita ambil contoh dari drama di TV3-BFF (teman tapi mesra).Di sini CH letakkan secebis dari sinopsis cerita tersebut : 

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.





Tak pun,kalau anda tengah layan drama ''Ijam Non Yankee''  di TV3 tu,cuba perhatikan bagaimana si Ijam terpaksa memujuk Lin yang merajuk sampai masuk ke bawah rak dah...!!!!  Kemain nak kena pujuk-pujuk dengan lemah lembut lagi,sampai kena panggil 'sayang' bagai.Nampak tak perbezaan kawan biasa antara sesama jantina dan berlainan jantina?

Okay,itu sekadar contoh.Tapi,dalam realiti kehidupan CH juga ada berlaku kes seperti itu.Ini kisah teman sekerja CH.Kononnya mereka hanya declare sebagai ''kawan baik'' ,kira cover line lah tu.But dalam jangkamasa kurang dari setahun,terdengar khabar si teruna mula merisik si dara.......

CH dan kawan-kawan yang lain tak terkejut pun kerana dari awal dah nampak mereka memang rapat,tetapi mereka tetap menegaskan mereka cuma ''teman tapi mesra''.

Realitinya,penerimaan layanan seorang kawan lelaki kepada kawan perempuan adalah berbeza berbanding layanan sesama jenis.CH juga harus mengakui hal itu.Tiada istilah ''kawan biasa'' antara lelaki dan perempuan.Pasti ada sesuatu yang istimewa terjadi di penghujungnya...... 

Naluri CH : Pada CH,perubahan perasaan itu adalah biasa.Normal.Tapi bukan untuk yang sama jantinalah.Yang berbeza jantina sahaja,okay...!!!
Mungkin pada mulanya,biasa saja.Tapi,lama kelamaan pasti kita akan merasai satu rasa yang berbeza menular dalam hati.Percayalah.............Korang setuju atau tak dengan pandangan CH? Kasi pendapat sikit......... =)
Okay,jom sambung layan kat TV 3 tu.... 



9 comments:

  1. Ermm...no comment (gaya dato ct)..
    ahahah..apa2 pon nyue ad shbt berlainan jantina jgk..tetap shbt..

    =))

    ReplyDelete
  2. @Nyue : iye ??? bagus lah...kita tgok apa akhirnya nnti....
    bg CH sendiri pun,CH akan rasa something.... entah lah....

    ReplyDelete
  3. Ch rs apa tuh???
    xnk tgk2... nyue dh lama dgn si Dia hope ktorg kekal plus2..aahah

    ReplyDelete
  4. um..betul xmustahil ade something antara kwn baik berlainan jantina..xbnyak mesti ade sikit perasaan tu

    ReplyDelete
  5. @Nyue : nak tengok apa akhirnya nnti.... ketentuan tuhan siapa yg tahu,kan???? ^_^

    ReplyDelete
  6. @misyamissyou : heheee,kan?kamu ada pengalaman x??? CH ada pengalaman tu,sbb tu tahu rasanya bgmana....tp terserah pd individu juga.... :)

    ReplyDelete
  7. emmm awal2 dulu rasa okay je kalau boy and girl jadi bestfriend, tapi skrg ni i don't think so. :)

    ReplyDelete
  8. @Amanina : kenapa mcm tu?kamu ada sebab x? explain pd CH kenapa....

    ReplyDelete
  9. http://www.myilham.com/blog/2011/10/bolehkah-lelaki-dan-wanita-bersahabat/

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik