Wednesday 26 December 2012

[GATH] - Novelis ''Awak Suka Saya Tak '' & ''I Love U Stupid ! ''

Hello,salam sayang CH buat semua.Hari pertama bekerja untuk minggu ni setelah bercuti minggu lepas.Ambik kesempatan betul kan.........memandangkan balance cuti tahunan ada lagi,apa salahnya.He he he .......







Btw,hari ni CH nak ajak korang semua cuci-cuci mata tengok foto-foto yang sempat di rakamkan time 'geder-geder' ala gedik-gedik bermaruah gitu.Actually gath ni di adakan sebab nak berjumpa dengan semua peminat novel ''Awak Suka Saya Tak'' (ASST) & novel '' I Love U Stupid !'' (ILUS) . Rindu yang amat korang tau tak.Walaupun tak semua yang hadir tu CH kenal dan rapat dengan diaorang,tapi hubungan yang di cipta cukup erat dan mesra.Betul!Once korang dah masuk dalam group Group ASST & ILUS ,korang akan rasa limpahan kasih sayang,seperti limpahan coklat ke ladang gandum ! Heheheheeeee.... 


Barisan SUKSIS,ASP Zulkarnain,Puan Melur Jelita (penulis) 



Antara foto yang di kongsi

We are  < F.A.M.I.L.Y > 





Admis (barisan belakang ) bersama dengan tetamu VIP 





Ini idea dari ASP Zulkarnain. kekonon ada abang pedas ler sebelah sana tu.
'wahai abang pedasssss,muncul laaaah.Pliiinnngggggg ... !!!






Cer korang teka,ini apa??? Kredit pada divas yang sangat kreatif menghasilkannya.
Kek coklat bersulamkan ayat dari Iris untuk Firman.....
Korang yang dah baca novel ILUS,still ingat tak ??






1.....2....3....... s.m.i.le  !!! 



Yang berikat reben tu adalah ILUS yg di bahagi 3 ( di balut cantik3, okeh ! ) 




Kenangan bersama orang jauh, uncle Hussaini , aunty Mariani dan adinda, Rozalia.....  :) 




Tadaaaaa.....finally CH bersua wajah,bertentang mata juga dengan orang jauh , uncle Hussaini dan isteri aunty Mariani.
Yang kecik molek tu akk Eliza Elza...... 




Foto terakhir di Intekma sebelum berangkat balik.Baru teringat belum ada foto berempat





Last - last,tempek muka sendirik ! hahahahaa :P




Perjumpaan yang di adakan di Intekma Resort,Shah Alam ni telah menjemput persatuan SUKSIS dari Universiti Malaya (UM) dan tetamu VIP terhormat yang juga merasmikan acara ini ialah ASP Zulkarnain haji Ismail.Sungguh,semasa gath berlangsung lebih kurang dalam 3 jam tu,semuanya sporting habis! No more segan-segan,malu segala.Semuanya happy saja.


CH malas nak komen bebanyak,malas nak bebel panjang-panjang.Korang layan aje la foto yang CH letak kan kat sini.Malas nak upload banyak berulang kali,CH buat macam ni aje la ye......... Enjoy okay and happy reading......... !!! muuuuuaaahhhhh kat korang semua........ *hug and kisses*

P/S : Di kesempatan ni CH nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua admins yang bertungkus lumus menjayakan gathering untuk kali ni.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan di permudahkan.Pada divas dan jelitawan yang tak dapat join gath kali ni,In shaa Allah,doakan moga ada kesempatan di masa akan datang.Terima kasih pada penulis, Melur Jelita  yang sporting sangat melayan karenah jelitawans semua.

#Oh ya,korang yang nak tengok gath ni boleh menonton rancangan bual bicara ''Nasi Lemak Kopi O '' (NLKO) di tv 9 . Pada 4 JANUARI 2013 . Jam 8 -10 PAGI. JANGAN LUPA,OKEH ! ('',)
Untuk tv9 online streaming,korang boleh klik di
 SINI

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik