Monday, 10 December 2012

KAHWIN - BUKAN HIDUP BERDUA SAHAJA

PERKAHWINAN.Apa sebenarnya yang dapat kita semua definasikan mengenainya.Gambaran kasar mungkin boleh di andaikan bahawa 'perkahwinan' itu adalah satu fasa baru ataupun alam kehidupan untuk langkah yang seterusnya dalam melayari kehidupan sementara di muka  bumi ini.

Semua orang punya naluri.Rasa untuk berkasih sayang,rasa untuk di kasihi di sayangi,juga mengasihi dan menyayangi insan yang membawa erti dalam hidup kita.Perkahwinan itu indah andai kita sendiri tahu makna sebenar 'berkahwin'

Sebenarnya apa yang korang fikirkan tentang perkahwinan ?Apa yang menyebabkan korang terdetik untuk mengahwini seseorang itu ? Adakah kerana ingin hidup bersama-sama dengannya tanpa sebarang batas?Supaya dapat keluar bersama- sama berseronok tanpa ada sebarang gosip mahupun fitnah?





Sebenarnya kan,dalam perkahwinan jangan hanya di fikirkan yang manis sahaja,jangan di ingat bahagia,dan jangan di bayang kesenangan sahaja.Sedangkan sesebuah perkahwinan itu menuntut lebih banyak lagi perkara lain yang jauh lebih penting.Seharusnya bagi yang ingin menukar status dari 'bujang' kepada 'berkahwin' , fikirkan adakah korang sudah prepare mental korang?Maksudnya mungkin zaman bujang korang jenis yang slumber.Makan bila perut lapar,mandi bila nak keluar rumah dan kemas rumah bila dah tak nampak lantai.Tapi once korang dah berniat nak berkahwin,ertinya korang dah kena mula tukar attitude tersebut.Ertinya korang dah kena masak on time.Takde nak suka hati ikut perut korang je.Kebersihan kena jaga.Jangan selekeh.Nanti mak mertua datang ziarah,dia pun boleh rebah baring ke lantai.Baju tu kena lipat,kemas selalu.Dan pihak lelaki pun kenalah bantu.Dah la korang jenis ambik baju dari rak main tarik-tarik je.Habis bersepah balik  baju tu.So,korang as a husband kenalah bantu mana yang patut.Korang jangan risau,pangkat korang sebagai seorang suami ( ketua rumah tangga) tak akan jatuh ranking la.Don't worry,okay......

Kalau korang tanya CH,bagi CH perkahwinan adalah pelengkap kehidupan.Siapa yang taknak berkahwin,kan?Tinggal bersama dengan yang tersayang tanpa perlu di pisahkan dengan rumah yang berasingan sedangkan halal untuk sekatil.Boleh mengharungi kehidupan rutin bersama-sama,suka duka,susah senang di kongsi tanpa dosa sebaliknya pahala yang akan kita peroleh.






Tapi bagi CH,sebelum ada niat yang serius untuk berkahwin,fikirkan adakah diri sendiri sudah bersedia untuk memikul sesuatu yang kita panggil sebagai   << T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B >>  
Sudah mampukah kita ????Fikirkan.

Kata orang,waktu bujang memanglah belum nampak ciri-ciri kepimpinan.Tapi bila dah kahwin nanti,rasa tanggungjawab itu akan datang dengan sendiri.Bagi korang ini betul ke tidak ?

Sepatutnya,kita kena persiapkan diri untuk berkahwin sedari awal lagi.Ubah sikap,ubah perspektif pemikiran.Tanamkan dalam hati bahawa aku telah menjadi isteri/suami kepada *dia*
Jadi,aku harus menjalankan 'amanah' dari-Nya supaya ia tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Memang setiap apa yang berlaku di anggap sebagai takdir.Tetapi sebelum sesuatu itu betul-betul menjadi nyata,kita masih boleh memilih apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.Jangan di salahkan takdir hidup kalau usaha hanya sekadar sekangkang kera saja.
So,CH nak tekankan di sini adalah - P.E.R.S.E.D.I.A.A.N

 P/S : Bila terbaca berita di akhbar tentang sepasang suami isteri yang terpaksa hidup merempat di masjid kerana sudah tidak mampu untuk membayar sewa rumah,hati sendiri tertanya-tanya juga kenapa si isteri mengambil keputusan untuk berkahwin awal sedangkan saat ini dia baru menjangkau umur 19 tahun.Tapi sudah menjadi isteri dan sedang sarat mengandung pulak tu. Hurrrrmmm,adakah kerana dasar 'suka sama suka' ???

Sepatutnya saat umur sebegitu,pastinya sedang berkerja kuat mentelaah untuk menghadapi exam.Ataupun sekurang-kurang sudah bekerja walaupun kerja biasa-biasa saja.
Tapi,dia memilih untuk berumah tangga.Semoga bahagia yang di rasai akan kekal hingga ke Firdausi,aamiin .



2 comments:

  1. Setuju...tp8 bila difikir2kan mmg 50-50 persediaan jika ada yg ajak berkawin. hehe

    ReplyDelete
  2. tak salah kahwin awal, tp persediaan tu penting kan? kena ada matlamat. jgn fikir masa tu je..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik