Tuesday 17 July 2012

KERANA CINTA MANUSIA.................












   Kata yang sering di dengar : ''Cinta itu buta'' . Sebenarnya,apa yang BUTA ?  Cinta ke,manusia?
Cinta itu INDAH sebenarnya andai di kuatkan dengan keIMANan,di kukuhkan dengan keSETIAan,di suburkan dengan keTAQWAan dan di kekalkan dengan penuh ISTIQAMAH.
Dan yang pasti,apa jua yang kita lakukan adalah Lillahi taala..........Kerana Allah Taala.
NIAT itu yang penting.........

   Tapi jangan kita lupa,cinta juga boleh berubah menjadi derita atau mimpi ngeri sekiranya cinta yang di bina berdasarkan keinginan duniawi dan berlandaskan NAFSU semata-mata.Kepuasan mungkin kita mampu peroleh,nikmat juga mungkin kita dapat rasai,namun semua itu cuma sebentar cuma.Tidak kekal.

   Hidup manusia berubah,mengikut takdir yang telah di tentukan........dan jangan lupa perjalanan kehidupan ini adalah sebuah putaran.Hari ini kita berdiri di sini,satu saat kita ada di sana.............dan satu ketika nanti pasti kita akan kembali berdiri di tempat kaki kita pernah berpijak.Ini bermaksud,setiap di antara kita akan mengalami dan melalui perkara yang sama,tetapi di BEZAkan dengan tempat,situasi,zaman dan sebab musababnya.

   Kata orang,apa yang kita perbuat dan memberi pada orang lain,itulah juga yang bakal kita perolehi satu hari kelak.Baik yang kita beri,baik juga yang akan kita rasai.Jika kejahatan yang kita sumbangkan,buruk jugalah imbuhan yang bakal lalui.

   Senario pada masa kini..............
Suami orang bermain cinta dengan perempuan lain di belakang isterinya.Begitu juga sebaliknya.
Isteri orang menggoda lelaki-lelaki separuh abad yang layak sebagai pangkat bapa.
Kepercayaan seratus peratus di tumpahkan pada sang kekasih,konon berpegang pada 'akur janji' yang telah tercipta,sehingga sanggup membuang keluarga,mengenepikan insan-insan penting dalam hidup kita.
MengHALALkan apa jua yang di gariskan HARAM dalam sesuatu jalinan perhubungan kerana rasa cinta yang menggunung.Maklumlah,perasaan tengah berbunga-bunga cinta.Mana nak nampak yang hodoh,buruk,jelik,kotor.Semuanya kelihatan baik-baik sahaja.

   Kerana cinta,keimanan yang kita bina selama ini yang mampu kita pertahankan sekelip mata bisa hancur berkecai kerana cinta yang berlebih-lebihan kepada seorang hamba-Nya yang lain.Kenapa tak gunakan rasa cinta itu untuk lebih menjadi KUAT menCINTAi-Nya ? Kenapa perlu korbankan rasa kasih,cinta kita terhadap DIA semata-mata kerana rasa kasih kita yang semakin kuat kepada hamba-Nya?.............Kenapa ? 

   Bila  cinta manusia menguasai hati dan perasaan,hilang segala kewarasan akal fikiran yang selama ini wujud.............entah hilang ke mana.Kita sudah tidak mampu berfikir,untuk membezakan yang mana BAIK,dan yang mana pula BURUKnya.










Kalau ada masa,cuba fikirkan ini sebelum kita mahu melakukan sesuatu yang kita sendiri ragu-ragu............ :

Atas  dasar apa aku melakukan ini?Adakah ia membawa kebaikan kepadaku atau sebaliknya?Apa jika aku melakukannya,ia akan menambah rasa CINTA dan keIMANan aku terhadap DIA.............???

Tepuk dada,tanya KHABAR Iman masing-masing............

Selamat malam,assalammualaikum.

Friday 13 July 2012

LELAKI LEBIH LAMBAT MATANG BERBANDING PEREMPUAN , REALITI ?

Topik hari ini . Tetiba terasa nak komen dan berhujah tentang perkara ni.Korang setuju tak tentang tajuk entry kali ni ? Tapi ini cuma pandangan CH saja.Korang kalau ada opinion yang lain,silalah share.......

Bagi CH,orang perempuan fikirannya lebih matang dan berfikiran jauh.Dalam pelbagai aspek,perempuan adalah lebih matang dari lelaki.Macam hal untuk manage kehidupan,kewangan,tindakan dan masa depan.Tapi itu bukan bermakna CH nak kata orang lelaki ni tak matang langsung,tapi cuma lambat sikit kot.Bab nak menabung,urusan kehidupan sehari-hari,semuanya perempuan lebih cekap.Contoh yang paling dekat dengan CH ialah abang CH sendiri.Even beza umur kami adalah hampir 15 tahun,tapi tahap kewangan dia tetap jugak tak stabil.Bila sampai sesak-sesak dia nak pakai duit,muka CH juga yang di cari.Padahal gaji dia lagi besar dar CH kot.Dah tu keje pulak dah lama, takkan tak ada apa-apa simpanan,kan?








Lagi satu,kawan CH.Even umur dia dah masuk ke fasa 30-an,perangai still jugak macam-macam budak-budak remaja.CH tak kata dalam semua aspek tapi ada sesetengah perkara ni mereka tak mampu nak berfikir secara matang.

Macam mana berkaitan perasaan?Perempuan matang jugak ke ? Ermmmm,tepuk dada,tanya hati masing-masing.Yang ini subjektif.Ikut pada individu.Tak semua perempuan kebal dengan perkara yang melibatkan emosi.Sebab perempuan ni perasaanya sensitif sikit.Mudah terasa,kecik hati dan berhati tisu.

Korang?Ada pendapat?Kongsi dengan CH pandangan korang.CH ni sebenanrya nak menulis,tapi tak fokus.Entry ni entah sampai maksud ke tak,entahlah.

Babai,blah dulu .........  =)

Monday 9 July 2012

Perubahan Perlu Di Lakukan .........Barangkali ?








Salam kawan-kawan sekalian.Lately mood sedikit kacau.Entah apa yang bersarang di hati bagai ada sesuatu yang tak kena.Nak di katakan masalah berkaitan bab-bab perasaan,atau bahasa senangnya 'cintan-cintun' ni......tak kot.Siapalah yang nak kan kita ni,kan ?Huhuhuhuhuhu.......

Tapi semakin hari,diri ini merasakan perubahan perlu di lakukan.Perubahan tempat,suasana,keadaan dan lain-lain lagi.Mungkin CH dah tak betah nak duduk dalam suasana bandar kot.Tapi memang hakikatnya CH memang berasal dari kampung sebenarnya.Jujur dari hati ini,CH akui kalau duduk di kampung tu lagi best sebenarnya.Mungkin orang lain tak faham kenapa CH katakan suasana kampung itu lebih indah dari pemandangan indah kotaraya.






Kalau di ajukan pada kakak CH,katanya : Nak buat apa duduk kat kampung ni.Bukannya ada apa pun.Semuanya terhad.Nak ke sana jauh,nak ke sini,tak ada apa-apa pun.Dah elok-elok duduk kat KL tu,baguslah.
Tapi itu kata dia.Mungkin sebab dia dah biasa duduk kat kampung.Sebab tu dia cakap macama tu.Tapi CH sendiri pun tak tahu kenapa CH sukakan kehidupan kampung.Mungkin sebab keadaan yang tenang,mendamaikan,dekat dengan ahli keluarga dan yang paling penting dekat dengan semua kenangan hidup CH selama ini .

Selama beberapa tahun bermastautin di kotaraya ni,belum pernah rasanya CH rasa betul-betul seronok dengan kehidupan ni.Kalau pernah pun,cuma sesaat  cuma.Lepas tu,dah tak rasa apa-apa dah.Mungkin korang yang membaca pelik kot kenapa pulak CH tak sukakan kehidupan kota.Sebab semua orang sukakan kemodenan yang ada di sini.Tapi tak bagi CH.Mungkin sebab kehidupan macam ni tak kena dengan jiwa CH kot.

Rasanya,saat ni sesiapa pun tak mampu faham apa yang terbuku di jiwa CH.Hanya diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu.CH tak minta apa pun,cukup sekadar kalau CH mampu menjalani hidup ini dalam keadaan yang tenang dan mendamaikan.Orang kata,kita hidup dalam dunia mana boleh tak ada masalah,tak banyak pun,sekelumit pasti akan ada.Dan jangan sesekali kita lari dari masalah.Memang,CH pun akui tentang itu.Mana ada kehidupan yang tak ada masalah,kan?

Sekarang ni,yang CH cuma perlukan adalah ketenangan hidup.Dan itu mungkin CH mampu peroleh di tempat lahir,tempat membesar CH.Mungkin orang lihat kita sudah cukup sempurna pada mata kasar,namun di dalamnya siapa yang mampu terjah.Hanya diri sendiri yang merasainya.

Sekarang ni pun CH tengah usahakan sesuatu.Moga orang-orang yang rapat dengan CH boleh beri sokongan.Dan kalau korang rasa tindakan CH ni tindakan yang salah,beritahu.Supaya CH boleh perbaiki mana yang perlu.

Dunia Allah ni luas.Mana-mana pun kita mampu hidup.Janji kita ada usaha dan tekad.Tak kiralah kita pilih nak tinggal di kota mahupun kampung ceruk sekalipun.Kalau kita berusaha keras,InsyaAllah,kejayaan tetap milik kita juga,kan ? 

CH tak impikan untuk hidup mewah sangta,cukup dapat memenuhi keperluan diri,membantu ahli keluarg yang lain serta tak susahkan orang lain.......cukuplah.CH cuma nakkan ketenangan yang CH dambakan.Ketenangan yang mampu membuatkan CH rasa bahagia dan gembira,cukuplah......
Korang semua,doakan CH. ya............ 
Assalamualaikum.........

Naluri CH : Cuba nak meluah sesuatu sebenarnya,tapi tak mampu.Maka terhasillah entry yang merepek,meraban macam ni.huhuhuhuhu...


Sunday 8 July 2012

Telah ALLAH Siapkan Peneman Hidup Kita ......


Mood : baru habis layan cerekarama SALEHA di tv 3 tu.Walaupun CH tak berapa nak sukakan pelakon yang membawakan watak Saleha tu,tapi CH layan jugak sebab lokasi drama tu cantik !  Buat CH teringatkan kampung halaman je..........huhuhuhuhuhu






Tapi takpe,suka tak suka...........tolak tepi.Janji,cerita tu dah membawa pelbagai mesej yang bagi CH berjaya di sampaikan.Dan mengikut kepada pengamatan CH yang tak berapa nak fokus tadi,meh sini baca,CH dah senaraikan beberapa pengajaran yang mampu buat diri kita teringat,beringat dan mengingati sesama kita.


 
* Berpegang pada amanah - Dalam cerita tu kan ke Leha kematian kedua ibu bapanya ketika maasih kecil.Justeru,mak long dan pak longnya yang bertanggungjawab menjaga  Leha yangg agak 'istimewa' .Tapi mak long Leha lama kelamaan semakin tak sukakan Leha.Nak nak lagi waktu pak long Leha dah meninggal.Dengan si Esah terikut-ikut sekali.CH cuma harapkan si Esah ajelah yang bertahan sayangkan Leha yang tak berapa nak cukup akalnya tu.Dan tak sangka pulak yang mak long sanggup pukul Leha sampai lebam-lebam,sedangkan si Esah boleh buat don't know aje....... Ingat,kita tak boleh menganiaya anak  yatim piatu.Buruk balasannya nanti . 

" Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang 

menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di

 syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari 

telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua

 jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang 

menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak

 yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya. "     


*  Lelaki jangan berani menabur janji / harapan kepada perempuan - Walaupun Leha tu tak seperti anak - anak gadis yang lain,namun dia masih punya perasaan dan rasa untuk berkasih sayang.Hati perempuan mana yang tak terusik dan jatuh sayang kalau ada lelaki yang baik datang melayannya,di tambah lagi dengan menabuur kata-kata manis persis janji.Tak banyak,pasti akan ada sedikit harapan yang terselit di dalam hati perempuan tersebut.Tapi CH tak salahkan watak lelaki tu,si Manaf.Dia bukanya main-mainkan perasaan Leha,cuma mak dia je yang tak setuju bermenantukan anak dara 'istimewaa' . 

*  Jangan memandang hina / rendah pada kelemahan orang lain - CH respect pada yang melayan baik si Leha ni,terutama pada paklong dia dan Manaf.Tapi,CH cukup tak suka tengok makcik Jah kepoh yang dok jaja cerita orang sana sini.Tengoklah endingnya, at last si Leha lembam  tu jugak yang bantu dia time tengah sesak nafas tengah jalan tu.Kita ni kena ingat,kita di ciptakan Allah swt cukup segala-galanya.Kerana Allah itu sebaik-baik pencipta.Segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita,pasti punya hikmah.Kelebihan yang kita miliki,gunakan untuk membantu yang kurang,dan kekurangan milik kita pula kita jadikan sebagai penguat untuk lebih menjadi seseorang yang baik.Ok kan macam tu ? Siapa kita yang nak memandang rendah / hina pada manusia yang lain,sedangkan diri kita sendiri DIA yang cipta,kan ?







* Setiap orang telah di ciptakan jodoh yang baik,cuma lambat atau cepat - Ermmmmm,siapa sangka kan? Dalam lembam-lembam si Leha tu,akhirnya jodoh dia sampai juga  di akhir-akhir nafasnya.Walaupun tak sempat untuk merasai nikmat pernikahan,namun sekurang-kurangnya Leha sempat jugak merasai kegembiraan untuk hidup bersama orang yang mengasihinya,setelah kecewa dengan si Manaf.Padahal,time tu,Leha dah hampir-hampir nak di ijab kabulkan dengan Manaf tapi bila mak Manaf dapat tahu keadaan sebenar Leha,terus tak jadi nak di buat menantu.Rupa-rupanya,Allah telah menciptakan jodoh Leha adalah bersama-sama dengan lelaki lain,yang mana InsyaAllah,lebih baik dari Manaf agaknya........
Indah kan aturan dari DIA ?

Naluri CH : Bila cerita tu habis,CH berfikir sendiri.Tak perlu kita mempertahankan rasa hati kita  pada seseorang yang belum tentu di takdirkan buat kita.Sebab jodoh kita telah di tetapkan oleh Allah sebenarnya.Cuma kita yang belum tahu bila,di mana dan dalam keadaan apa kita bertemu dengan jodoh kita itu.Harapan,moga pasangan tulang rusuk kita itu adalah jauh lebih baik dari kita,supaya dia mampu mempengaruhi kita untuk turut menjadi baik sepertinya,InsyaAllah......... =)

Wassalam .



Saturday 7 July 2012

Hidup Kita Punya Pilihan....











Hari ni CH ada terbaca berita di akhbar tentang murid yang berusia dalam lingkungan 11-12 tahun di rogol oleh warden asrama.Bagi CH,fenomena macam ni dah basi,lagi lali nak membacanya.Bosan ! Kalau dulu mungkin perkara-perkara yang macam ni nampak macam sesuatu yang besar sangat-sangat,tapi sekarang dah macam jadi satu perkara yang biasa,kan?

CH cuba nak kongsikan satu pandangan,suara pendapat tentang isu ni di sini.Korang kalau ada pendapat dan pandangan memasing,silalah tinggalkan komen nanti ya.........

Dulu,CH ada menonton satu rancangan dokumentari berkaitan keadaan hidup rakyat di sebuah negara di luar Malaysia.Tapi CH lupa nama negara tu.Suasana negara tu susah tahap macam dekat Bosnia,takpun kat Afrika.Jangankan nak berangan nak pijak shopping mall,nak jumpa sebutir beras pun kemain susah lagi.Keadaan sangat-sangat melarat sehinggakan ada yang mati kebuluran.

Baik,sebenarnya dokumentari tu lebih memfokuskan tentang isu ibu bapa menjadikan anak-anak perempuan mereka sebagai pelacur . Bila di tanya,tujuannya hanya satu iaitu : Ingin mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehari-hari.Waktu itu,anak-anak yang di heret ke lorong-lorong pelacuran untuk 'disewa' pada jantan-jantan yang kehausan adalah dalam lingkungan  yang bermula pada umur 8 tahun.Kesian,kan?

Dalam keadaan mereka yang tidak tahu apa-apa,mereka akan di rogol di hadapan ibu/bapa kanak-kanak tersebut.Tiada apa yang mampu mereka lakukan selain melolong,menjerit kesakitan sekaligus memohon simpati sesiapa yang sudi untuk menyelamatkan mereka untuk tidak terus menjadi mangsa kerakusan jantan-jantan tersebut.









Sewaktu rancangan dokumentari tersebut di siarkan,kanak-kanak tersebut sudahpun berusia lingkungan 16 tahun.Ini bermakna,sudah hampir 8 tahun gadis itu menjadi 'barangan sewa' untuk keluarganya.Dan itulah di antara pengorbanan yang telah gadis itu lakukan terhadap keluarganya agar mereka tidak melarat dalam melewati hidup.

Bermula dari situasi 'terpaksa' dan 'tanpa rela', berubah pula kepada 'suka' . Benar ! Mengikut kajian,sekali seseorang itu pernah melakukan hubungan seksual,untuk kali ke 2 nya individu tersebut akan menjadi suka dan dengan rela hati ingin melakukannya,sehinggakan ada sesetengah kes yang menjadikan mereka 'ketagih' dengan aktiviti tersebut.

Dan gadis yang di dagangkan oleh ibunya sejak berumur 8 tahun sehingga saat di temuramah ( 16 tahun ) itu mengakui yang dia semakin sukakan aktiviti tersebut.Dan sekarang dia sudah mampu melakukannya dengan rasa rela hati tanpa sebarang paksaan.Dan sehingga ke hari ini juga,aktiviti tersebut yang menjadi pekerjaan bagi menyara kehidupan sehari-hari.....

Okay,mungkin bagi yang membaca terfikir bahawa kejamnya seorang ibu melihat anak perempuannya di ragut kesucian buat kali pertama kali dengan cara yang kotor seperti itu.Ini kerana mereka sedang berada dalam situasi 'terdesak',sehinggakan ruang untuk memilih sudah tiada.Hanya dengan cara ini sahaja yang mampu mereka usahakan bagi meneruskan hidup untuk memastikan bahawa mereka dapat makan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 24 jam......... tapi kita ?

Cuba bandingkan situasi di atas dengan situasi di negara kita pula,Malaysia.Bagaimana pula dengan gadis-gadis yang menjadi GRO,melayan jantan-jantan yang kaya raya dengan wajah yang ceria,perasaan yang megah?Mungkin mereka ada jawapan mereka sendiri,yang mungkin mampu untuk di terima akal,ataupun sebaliknya.Tapi rasanya,belum ada rekod yang mencatatkan ada rakyat Malaysia yang mati kebuluran,kan?Kalau makan makanan yang tak sedap,mungkin ada.Tapi masih boleh makan,kan?
Jadi,tidaklah terdesak manapun sebenarnya.......

Kita hidup di dunia ni sementara sahaja.Jangan terlalu taksub mengejar kemewahan dunia sehinggakan kita lupa  garis yang tercipta di antara yang HALAL dan HARAM nya.Setiap orang ada bahagiannya,mungkin kita tidak sekaya dia,tapi kita punya IMAN dan AGAMA yang mampu membahagiakan kita  di 'sana' .
Jangan di lihat orang yang serba sempurna luarannya,bahagia juga di dalamnya.Kadang kala,keperitan yang  kita lihat itu sebenanrya punya sekeping hati yang mampu menenangkan sebenarnya.

Fikir-fikirkan..........Dan selamat menyempurnakan IMAN masing-masing.




Naluri CH : Situasi kanak-kanak di atas adalah di sebabkan 'KEPERLUAN' untuk meneruskan hidup,tapi situasi di negara kita adalah berdasarkan 'KEHENDAK' yang mana melampaui kemampuan poket sendiri.









Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik