Thursday, 25 August 2011

Peragut Semakin Mengganas Di Sekitar Puchong

Di penghujung Ramadhan yang masih berbaki,tanpa saya sangka,saya menjadi pilihan-Nya untuk menghadapi ujian ini. Semalam,bertarikh 24 Ogos 2011 satu tarikh yang mungkin sukar saya luputkan dari ingatan.Buat pertama kali saya terlibat dalam kejadian ragut.Ya Allah,hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu.






Apapun,saya masih mengucap syukur kerana tiada sebarang kecederaan yang saya hadapi.Terbayang juga bagaimana agaknya kalau si peragut itu menyimbah asid,atau cili boh ke muka.Mahu berganda-ganda malang yang saya dapat.

Saat ini saya tak punya apa-apa.Semua yang ada dalam beg tangan saya,semuanya hilang.Dua buah handphone,purse,cash money,I.C, ATM card,lesen dan beberapa lagi barang berharga hilang sekelip mata.Siapa sangka kejadian seperti ini akan berlaku pada diri.Walaupun saya dah kehilangan wang dalam jumlah yang agak besar,saya tenang sahaja selepas buat laporan polis dan juga kad pengenalan baru . Syukur juga kerana saya sempat untuk sekat/batalkan kad dan akaun bank.

Kejadian ini terjadi di kawasan Puchong.Pada sesiapa yang tinggal atau bekerja di sekitar kawasan Puchong,berhati-hatilah kerana peragut ini sedang bergiat aktif di sini . Sehari sebelum kejadian,rupa-rupanya adik ipar kawan saya sudah mengalami kejadian ragut.Dan hari ini pula,satu lagi kes yang saya terima melibatkan kawan sekerja saya yang berlaku di sekitar Cheras.Keretanya kena pecah,habis semua aksesori kereta hilang di ambil oleh pencuri.

Dan hari ini pula,saya menerima satu panggilan dari seseorang yang menyatakan bahawa dia terjumpa kedua-dua handphone saya.Gembirakah  saya?Mulanya,ya.Tapi rupa-rupanya masalah yang saya hadapi semakin berganda.Mahu tahu apa kisahnya? BACA DI SINI

Sekali lagi saya ingatkan bahawa berhati-hati ketika anda berjalan atau melalui mana-mana tempat yang tidak punya ramai orang.Peragut ini sudah lama memerhatikan setiap gerak geri mangsanya,cuma menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Pada sesiapa yang pernah atau mempunyai maklumat tentang ini,silalah membuat laporan ke balai polis yang berdekatan.Ini akan membantu dalam mengelakkan lebih banyak lagi kejadian ragut seperti ini.


Berwaspadalah selalu.Kata pepatah,malang itu tidak berbau.Kalau boleh di hidu,alangkah baiknya.





No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik