Friday, 23 December 2011

SEGMEN | Jom Blogwalking !


Morning all.............. ;) 






Pagi ni rasa letih sikit.Semalam lepas je balik dari opis,terus ke rumah Mak Su kat Shah Alam.Lepas tu,di panjangkan lagi langkah merayap ke I-City pulak. Walau badan dah penat,kuatkan jugaklah memandangkan anak buah nak sangat pergi.So,layankan ajelah karenah dia.............

As usual,sambil-sambil breakfast depan komputer opis ni,sambil-sambil semak e-mail,FB,Twitter,Octove,dan Blog , nampak kat chatbox si THL datang menjengah.So,CH pun jenguk-jenguk lerr blog dia.Then jumpa pulak segmen ni...........CH tumpang join ye.......... Tuan punya segmen tu ada kat SINI

Lately,memang kesuntukkan masa untuk ber BW.Bila sempat,CH cuba juga BW selama mungkin.Mungkin mula-mula tu rasa macam bosan sikit,tapi lama-lama rasa macam 'addict' pulak.........

Dah ler CH ni masih baru dalam dunia berblogging,apa pun tak tahu.Zero.Korang yang dah expert dalam ini dunia blogging,bantu-bantu ler CH dari semua sudut,ok?CH hargai bantuan korang semua......... (^_^ )

Thursday, 22 December 2011

Welcome To The World........





Tahniah CH ucapkan buat pasangan Hirza Hasnira dan Fazdly Kamal kerana telah selamat menimang cahaya mata yang sangat comel iaitu Maryam . Sekejap je rasanya waktu berlalu,rasa macam baru je lagi makan nasi minyak korang berdua.......tup tup dah dapat junior .Alhamdulillah,rezeki.



Hehehee,sory ye parents Maryam,curi2 pic ni......

Hope,Kak Ira dan baby sihat hendaknya.Buat papanya,jagalah diaorang dengan penuh limpahan kasih sayang,ya.Sesungguhnya,keluarga bahagia itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai dari-Nya.

Bila tengok happy family macam ni,rasa macam best je kan kalau ada keluarga sendiri? Ada suami,di kelilingi anak-anak yang comel.......Oohhhhh, indahnya lah~~~~ kan ?? 

Hadis riwayat Ath Thahawi menyebut: “Cintailah anak dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya mereka tahu hanya kamulah yang memberi mereka rezeki”.

Agak-agak,bilalah turn CH pulak,kan? Hehehehehehe *mood gatal nak kawen dah datang......adeehhhhhh.

Nanti Kak Ira tunggu ajelah kedatangan CH dengan Kak Mary juga.Kitaorang nak datang melawat junior korang.Tak sabar nak berjumpa dengan geng-geng lama...............huhuhuhuhuhu 

P/S :  Tak dapat nak bayang macam mana kalau satu hari nanti turn CH pulak yang dapat title ''mama'' .........
         berangan-angan tak habis-habis.......



Kenapa Jadi Macam Ni ?




CH pun tak tahu sebenarnya nak komen apa lagi tentang kes ni.Masuk cerita yang ini,dah kali ke berapa CH tak boleh berhenti untuk gelak.Seriusss........!!

Al kisahnya,pagi tadi di opis,ada sorang kawan CH yang tanya kenapa dia masak nasi semalam tapi nasi tu jadi berair?Dalam kepala cuma fikir mungkin nasi dah basi kot.Selidik punya selidik,patut lerr nasi yang dia masak tu berair,sebab dia tak tekan  ''COOK'' kat ricecooker dia tu.Yang dia tekan adalah ''WARM'' je.Memang sampai bila-bilalah nasi tu tetap berair,tak masak-masak.......!!! Aduhaaiiiiii.....

Itulah jadinya kalau tak pernah nak biasakan diri dengan dapur.Kan dah susah nak masakkan makanan untuk suami dan kawan-kawan yang lain.Apapun bagi CH, basic rumah tangga kena ada.Tak kiralah samada kita dah kahwin ke atau belum.Tapi memang nampak hodoh sangat kalau seorang perempuan tu tak tahu asas dalam menguruskan rumah tangga,kan?

Jangan sampai nanti nak menyebut  ikan bawal pada apek kat pasar tu tersebut ikan dawai pulak nanti,tak ke haru  apek tu jenuh nak mencari mana pulak datangnya ikan dawai........

Tapi bagi CH,sekurang-kurangnya kawan CH tu belajar dan berusaha untuk majukan diri dalam bidang suri rumah ni.CH puji sifat dia yang tak malu untuk bertanya walau kadang-kadang pertanyaan dia tu macam 'lurus' sangat gayanya.

P/S : Kawan bagitau tadi,resepi nak buat nasi goreng tu kena guna ikan bilis yang dah di buang kepala dan badan..........so,apa lagi yang tinggal?????  +_+


Saturday, 17 December 2011

Menunaikan Janji Yang Bukan Kosong.

Sebenarnya,janji yang di buat ni adalah antara CH dan student CH sendiri , Iffah Adlina . Kalau dia berjaya dapatkan 5A untuk UPSR, CH sendiri akan belanja Mc Donald . So,tadi sempat jugaklah lepak-lepak sebentar menunaikan janji.Izzah Imanina dan sepupu dia pun ada tadi.



Dan teacher nak say sorry banyak-banyak sebab terlewat sampai tadi.Juga tahniah sebab Iffah dah dapat tawaran untuk ke boarding school di Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya.Lepas ni,perlulah menjadi seseorang yang lebih matang serta tahu untuk berdikari.

P/S  :  Bila dah berjanji,haruslah di tunaikan,kan?  Bak kata renungan Hadis :

"Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,

Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

Tuesday, 6 December 2011

Andai Aku Blogger Terkenal





Assalammualaikum.......
Hari ni sekali lagi CH nak join segmen dari blogger Ain Soofiyah.Time tengah BW tadi,nampak segmen ni,so better join ajelah............. Boleh jugak CH pasang angan-angan,kan?Tajuk pun macam best je..........hehehehehehe,laaayaaannnnnn............. ;)

Ok,''Andai Aku Blogger Terkenal'' ........... apa yang jadi ya ? Meh sini Ch nak bebel...........Oppss,sebelum terlupa,segmen ini di anjurkan oleh 3 sekawan iaitu : 


Kalau CH dah berjaya menjadi seorang blogger yang terkenal,perkara pertama yang CH akan lakukan adalah CH nak buat satu ucapan khas pada pihak-pihak yang terlibat kerana membantu dan menyokong CH sehingga berjaya menjadi blogger yang di kenali.Sebabnya kalau tanpa bantuan dari  yang pakar,mana mungkin mampu menjadi seseorang yang di kenali,kan?So,insyaAllah CH tak akan lupa diri......... Sebab CH ingat lagi kata-kata seorang rakan @ blogger yang pesan "kalau dah berjaya dari saya nanti,jangan lupa diri tau" .CH ingat sampai sekarang pesanan dia tu.......... (^^)

Kedua,kalau nanti CH dah menjadi blogger terkenal,CH akan cuba bantu mana-mana blogger baru yang punya minat untuk menyertai dunia blogging ni.CH sendiri pernah tahu macam mana rasanya waktu mula-mula nak bertapak di sini.Sampai sekarang juga CH masih lagi berusaha (tapi ikut kesempatan masa yang ada) untuk menjadikan blog ini sebagai satu tempat rujukan bagi pencari maklumat dan ilmu yang di ingini.CH ingat lagi ada sekali tu sampai jam 3 pagi bersengkang mata sebab nak belajar buat blog,dan juga bertanya macam mana nak buat ''Shoutbox'' yang boleh sorok-sorok kat side tu........ Hahahahahaha,gelak sendiri bila ingat moment tu dengan seorang blogger yang dari mula kenal sampai sekarang ni blog blogger tu tetap menjadi blog kedua berjaya bertakhta di hati selepas blog sendiri......... :p  Nak tag ke tidak nama blogger tu????Ermm,tak payah lah kot.CH rasa macam diri CH tak layak je nak tag nama dia kat blog yang serba kekurangan ni..........

Apa lagi yang boleh CH katakan andai suatu hari nanti Ch dah berjaya menjadi blogger terkenal? Ermmmm,jap.Tengah fikir ni.................................... 
Ok.Kalau angan-angan yang satu ni berjaya CH gapai,CH  nak jadikan blog ni bukan sahaja blog yang mampu memberi pelbagai info serta maklumat berguna untuk di kongsi,tetapi CH akan jadikan blog ni sebagai sebuah blog yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.Dan CH akan cuba untuk kongsikan dengan teman-teman blogger yang lain.Yelah,sambil-sambil seronok kita mencipta entry,mencurah idea di sini,apa salahnya kalau boleh beri kita pendapatan sampingan,kan?Untung-untung dapat jugak kita guna income dari blog di waktu ekonomi tengah nazak,ya tak??? Itulah manfaat kita berblogging,kan?Bukan setakat bebel kosong saja..........

Ok,ini yang last CH nak bebelkan.Kalau suatu hari nanti CH dah berjaya menjadi seorang blogger terkenal,CH teringin nak berkolaborasi dengan seorang blogger ni.Walaupaun follower dia tak ramai mana,tapi setiap entry yang dia cipta berjaya menambat hati CH.Dan kalau korang semua nak tahu,CH mula suka membaca artikel di blog,ber blogwalking,dan akhir sekali terbuka hati nak create blog ada kerana dia-seorang mr blogger ni.SEBAB  APA????Semua kerana BLOG........... :)  Kalau tak,memang sampai sekarang lah gamaknya CH tak tahu blog tu apa............Hehehehehehe

So,CH rasa cukuplah dulu CH membebel.Seronok jugak kan sesekali dapat keluarkan apa yang kita cuba untuk sampaikan apa yang terbuku di  hati yang kecil ini.Tapi kan,kalau sampai satu ketika CH berjaya melalui detik-detik menjadi blogger yang terkenal,CH akan pastikan yang CH dan blogger tu sama-sama glamour dan terkenal.Sebab CH tak akan lupakan jasa-jasa dia sebagai seorang rakan........terima kasih,ya.

Hurrmmm,siapa yang CH nak tag untuk segmen kali ni ? Ok, I got it.....!!!

Pada yang lain tu,nama yang tidak di tag bukan bermakna korang tak boleh nak join,kan?Korang klik aje banner,tak pun klik je nama-nama yang menganjurkan ini segmen.InsyaAllah,tercapailah hajat korang untuk menyertainya.Lagipun,masuk segmen ni bukan bebel sesaja,tapi di sediakan hadiah lagi tau.............................
Nak tahu apa hadiahnya? Tengok kat bawah ni........ 

Pemenang 1- Novel pilihan anda berharga RM 40 + badge + hadiah misteri
Pemenang 2- Novel pilihan anda berharga RM 30 + badge + hadiah misteri
Pemenang 3- Novel pilihan anda berharga RM 20 + badge + hadiah misteri
Saguhati 1- Hadiah misteri + badge
Saguhati 2- Hadiah misteri + badge
Saguhati 3- Hadiah misteri + badge


Haaaa,itulah hadiahnya, BEST jugak,kan??? Dah ler CH ni hantu novel,obses giler-giler tak ingat.....!! Hikhikhik......... :P

Monday, 5 December 2011

Berjimba-Jimba Di Hujung Minggu

Salam sayang dari CH buat kawan-kawan semua.Lately CH dah jarang-jarang update blog,kan?Masa yang ada tak menentu.Nak lagi bila datang encik MALAS,memang apa pun tak jalan.

Btw,hari ni CH nak kongsikan aktiviti yang CH lakukan di hujung minggu semalam.Semua orang pun tahu kan yang Karnival Jom Heboh menutup tirainya untuk tahun 2011 di Stadium Bukit Jalil,semalam.So,CH ambil kesempatan waktu yang ada untuk bawa anak buah CH sempena cuti sekolah ni.

Boleh di katakan sehari suntuk jugalah CH menghabiskan masa di sana.Ada pelbagai pameran booth seperti PTPTN,KWSP,Maybank,Kementerian Pelajaran Malaysia,Takaful Insurans dan Perodua yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan pengetahuan yang berguna untuk menambah ilmu.

Disamping itu juga,booth yang lain masih tetap setia bersama Karnival Jom Heboh seperti booth vitagen,Manggi,Potato Chip,Marygold,Ribena dan lain-lain lagi.

Dan seperti biasa booth yang ada artislah yang paling laku dan ramai pengunjung sekali.CH dan juga anak buah juga tak ketinggalan.Maklumlah,bukannya selalu pun,kan?Dan kalau nak tahu,booth cerekarama dan Lestari yang paling mendapat tempat.SEBAB? Ada hero drama Cinta Elisa kat situ,siapa lagi kalau bukan Johan As'ari  a.k.a Aril ...........huhuhuhuhu

Bukan itu saja,pelakon lain pun ada jugak seperti Talha , Adam Shah,Eira Syazira,Zarina Zainoordin dan lain-lain.Para pelakon drama Tentang Dhia pun ada seperti Irfan Roslan,Liza Abdullah,Ako Mustapha dan pelakon sampingan yang lain.

CH pulak memang suka sangat-sangat menonton drama ''Tentang Dhia'' dan ''Cinta Elisa'' . Mestilah time tu seronok je dapat jumpa para pelakon semua.............. ;)

Korang semua boleh jamu mata tengok antara foto yang sempat CH ambik untuk di kongsikan.Tapi ini hanya sebahagian saja.Tak payahlah banyak-banyak ,ok ? Hihihihihihi


Ini time sengal-sengal belaka.Kelakar jugak si ''Aril'' tu

Bersama dengan pelakon 'Cinta Elisa' - Adam Shahz


Hotlink - Persembahan dari Sofazr,Akim AF7 dan Tomok.

Bersama pelakon ''Tentang Dhia'' - Irfan Roslan @ Rafi
So,inilah antara foto yang dapat CH kongsikan.Sehari menghabiskan masa di karnival,penat gilerrrrr lah...........!! Macam nak tercabut kaki ni pun ada jugak......huhuhuhuhu

Ok, itu ajelah yang CH nak kongsikan.InsyaAllah,minggu depan CH akan pergi jalan-jalan makan angin lagi.Nak tahu kat mana pula pilihan destinasi?Tunggu jelah nanti ya........... ;)

Sunday, 4 December 2011

"Segment | Santai Blogger 3"



Morning all............
Dah pagi Ahad dah,kan?
Cepat sangat waktu berjalan.
Esok dah nak kerja balik........huhuhuhuhu
Btw,pagi-pagi jengah blog CH nampak satu segmen,
Simple segmen..............
So,better CH join,kan?
Pada  yang lain,kalau nak join,
Boleh klik kat sini .

Boleh tambah kenalan,kan?
Baru ler best kalau ramai kenalan,betul x?
Btw,segmen ni menuntut CH untuk nyatakan apa hobi CH........
Ermmmm,apa hobi CH eyh..................?????

Ok, yang pasti hobi CH adalah membaca novel.
So far,CH baru ada 3 kotak novel ni.
Selain dari tu,CH suka dengar muzik,melayari internet.
Suka kacau orang pun ye jugak kot............
Kira hobi ler jugak tu,kan.....??
Hihihihihihihihi.....

So,CH nak tag

Ok.....????
:-)
So,CH nak say 'Hi' pada semua
Kawan-kawan baru CH....
Thanks to all..........

Thursday, 1 December 2011

TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN JABATAN TENAGA KERJA (JTK) - 1509 KEKOSONGAN

Sekadar ingin berkongsi maklumat yang CH perolehi.Moga dengan cara ini,CH dapat bantu kawan-kawan yang masih mencari pekerjaan. Pada yang dok mencari kerja tu,korang boleh lawat kat sini , ok.
Jom sama-sama kita usha mana kerja yang sesuai dengan kemampuan dan kelayakan diri.
InsyaAllah,kalau ada rezeki,kita akan kerja yang kita inginkan...........
Di bawah ni adalah detail tentang kekosongan jawatan yang di tawarkan :


So,kiranya lepas ni akan berkuranglah jumlah pengangguran,kan?Hidup ni jangan terlalu memilih,apa saja peluang depan mata,sapu ajelah.Sambil-sambil tu,teruskan usaha mencari peluang yang lebih baik lagi,betul tak?
Huhuhuhuhuuhu.....
So,pada kawan-kawan semua,selamat mencari kerja...........!!

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik