Monday, 19 March 2012

:: Debaran 21 Mac ::








Keputusan SPM 2011 bakal di ketahui pada Rabu ini,21 Mac 2012.Pastinya ramai adik-adik di luar sana berdebar-debar menantikan tarikh tersebut.Dalam kepala dah tak mampu nak ingat yang lain,hanya result SPM sahaja.Menerimanya dengan senyum terukir di bibir ataupun mendung di wajah ?Hehehehehe

Pada CH,tak usah di fikirkan sangat.Sebabnya,peperiksaan tu dah lama berlalu.Rasanya kita sendiri boleh agak result yang bakal kita peroleh nanti berdasarkan exam yang telah kita lakukan.Kalau kita dah mencuba sebaik mungkin,InsayaAllah pasti keputusannya juga tidak akan menghampakan.Yang penting,banyakkan berdoa,semoga keputusan yang bakal kita peroleh adalah cemerlang,juga jangan lupa memohon ketenangan di hati,amin.

CH hanya mampu doakan semoga adik-adik yang bakal mengambil result tu,supaya kesemua anda akan berjaya menggenggam keputusan yang anda impikan selama ini.Semoga segala penat lelah mengulangkaji pelajaran,sehingga terjejas waktu tidur itu berbaloilah,ya.Semoga dengan keputusan itu juga mampu untuk mengukir senyuman di wajah tua ayah dan ibu.

Naluri CH : Setelah tamat debaran menunggu keputusan SPM,debaran menunggu keputusan UPU pula yang menyusul.Masih layakkan untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi ?Pada yang mendapat keputusan kurang cemerlang,jangan risau.Nanti akan CH update kan satu entry berkaitan dengan sebuah institusi pengajian yang menetapkan syarat kemasukan yang minima.Sabar ya !
Jumpa nanti .......... 

- GOOD LUCK UNTUK SEMUA -  =)

4 comments:

  1. memang sangat berdebar menanti hari itu..doakan sy ye..:)

    ReplyDelete
  2. CH doakan yg terbaik buat kamu.... :)
    nnti boleh lah share result kat CH,ya

    ReplyDelete
  3. Tajuk memainkan peranan penting untuk tarik pembaca asli dari carian google terutamanya
    Bagaimana Memilih Jodoh Yang Baik

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik