Sunday, 18 March 2012

:: Kisah SEMINGGU punya !

Assalammualaikum,selamat pagi !

Korang ada mana pagi Ahad ni ?Ada aktiviti best tak?Bila tengok di wall FB,kemain lagi beberapa orang blogger senior yang pergi event,seronok ler tu.Tak pe,hati ni tak kisah pun............huhuhuhuhu *tak kisah ke???uhuks ;(
CH pula tak kemana hari ni.Cuma mahu merehatkan diri dan minda je di rumah.Layan si comel lagi bagus.Esok dah kerja semula,kan?Semakin lama,semakin tak sedar betapa cepatnya waktu itu berlalu.

Rasanya dah lama CH tak pot pet pot pet di blog ni.Disebabkan tak banyak masa + malas + tak ada mood nak updated blog.Terasa blur je,apasal eh?

Tapi ada juga beberapa peristiwa yang dah terjadi seminggu ni.Just want to shared with u all,tanggal 13 March 2012 lalu (Selasa),tokwan CH telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman ibu saudara di Ipoh.Time tu,CH di office.Terkejut juga bila tiba-tiba kakak CH di kampung messege kat phone tanya ''kau balik Ipoh dengan Along ke?Terkejut juga baca messege kakak time tu,sebab CH belum tahu khabar yang sebenarnya.So,hari tu,CH terpaksa half day............

Time ni,2 orang ibu saudara CH tak ada kerana pergi megerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.Yang tinggal cuma mak ngah dan mak cik je yang uruskan.Juga cucu-cucunya yang ada.

Waktu terima khabar dari kakak tentang pemergian tokwan,perasaan CH dah lain sebenarnya.Entah,perasaan ni dah lama tak menghuni lubuk hati ni,kali terakhir pun pada tahun 2009,bila arwah abah CH pergi buat selama-lamanya.*sangat tak suka perasaan seperti kehilangan sesuatu





Tapi,kita tetap kena redha,kan?Kita pun nanti bakal melalui saat-saat perpisahan itu juga,Sampai masa,kita akan kembali kepada Yang Maha Pencipta.So,sekarang dah tak ada lagi tangan tua yang CH boleh salam bila pulang ke kampung.Entah macam mana agaknya bila sambut raya nanti,kan?Oh,tetiba dada menjadi sebak !

Naluri CH : Sejak perginya arwah ibu tercinta pada tahun 2005,CH dah tahu apa itu erti sebenar makna sedih.CH keraskan hati,enggan untuk menangis lagi.Seolah-olah seperti tiada perasaan.Mungkin secara lahiriah,orang memandang CH seorang yang ''gila-gila'' dan kekadang menjadi pendiam,tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu.Semua itu takdir dari Allah s.w.t
CH hanya mampu redha dengan segala ketentuan dari-Nya.

Akhir kata,CH minta agar di sedekahkan Al-Fatihah buat mereka,insan-insan kesayangan CH : 

Masiniah Osman (ibu) -2005-
Mohd.Fauzi Sulaiman (adik) -2007-
Sulaiman Yahya (abah) -2009-
Ramlah Hussin (nenek) -2010-
Osman Abd.Kadir (tokwan) -2012-

1 comment:

  1. Takziah CH..awak mmg tabah..

    Saya harap awk sentiasa happy & ceria selalu ye :)

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik