Hari ni CH nak tulis santai-santai je.Malas nk typical sangat.Acctually CH nak share satu rahsia macam mana nak mengawetkan muka kita time kita tengah muda-muda ni.Tapi kalau ada makcik-makcik tu yang nak try,boleh aje.Sape kata tak boleh..........
:)
Cuba kita tengok mak ayah,nenek atok kita dulu,kemain sihat je diaorang even umur diaorang dalam kategori veteran dah.Tapi still kuat nak ke kebun,buat keje itu ini,tak harapkan tenaga anak-anak diaorang yang busy memanjang dengan keje pun,kan?
Orang dulu-dulu bab makan ni semua jaga sungguh.Bukan macam kita sekarang.Semuanya nak yang segera,instant dan cepat .Sebab tu mati pun cepat ( Ajal tu di tangan tuhan ye ) Tapi sebab kita tak jaga cara pemakanan kita,memang mudah sangatlah segala penyakit datang menyerang tubuh badan kita.......
Rahsia kesihatan orang dulu-dulu dari sudut pemakanan adalah di mana mereka sentiasa amalkan memakan ulam-ulaman . Pelbagai jenis ulam yang terdapat di Malaysia ini,yang CH yakin sangat tak semua di antara kita kenal ulam-ulam yang sedap bila di cicah sambal belacan......errrmmmm,nyum,nyum........
Jom tengok kat bawah ni,CH nak bawa korang semua melawat,melihat sambil belajar tentang ulam-ulaman yang sering di sajikan,yang mana amat mudah sekali untuk kita peroleh
:)
|
SELOM |
Ulam SELOM - Ulam ni banyak orang Utara suka.Nak-nak lagi bila letak dalam laksa,mak aih ! Tersangatlah sedap...... !Khasiat yang ada pada ulam selom ni adalah selain dapat mengubati
tekanan darah tinggi dan
demam panas,juga mampu memberi kesan sebagai agen
anti reumatik.Dan bagi pesakit kencing manis,ianya baik sekali bagi
menurunkan paras gula dalam kolestrol.
|
PEGAGA |
Ulam PEGAGA - Ermmm,ulam ni CH tak suka.Seba rasanya ada pahit-pahit sikit.Tapi bak kata orang-orang tua,
''Pahit tu ubat'' . Ulam pegaga sebenarnya mampu menjadi ubat untuk penyakit
kanser,cirit-birit,
mengurangkan masalah panas badan.Selain tu,kalau korang ada
alergi ke,atau pun
asma @ lelah,bolehlah amalkan makan ulam pegaga ni.InsyaAllah,kalaupun tak dapat sembuh sepenuhnya,tapi boleh mengurangkannya,kan?
|
ULAM RAJA |
Ulam RAJA - Ulam ni paling senang nak tanam.Tanam kat tepi-tepi parit pun,senang je nak tumbuh dengan subur.Siap ada bunga lagi,cantik.Ulam raja ni ada aromanya yang tersendiri tau.Kajian saintifik membuktikan bahawa terdapat kandungan
kalsium dan
vitamin A yang mana mampu
menguatkan tulang kita.Ianya juga menjadi
agen pembersih darah dalam tubuh badan kita.So,apalagi,amal-amalkan lerr makan ulam raja ni.Cicah dengan sambal belacan,aauuwwwww..... !
>.<
|
TERUNG PIPIT |
Ulam TERUNG PIPIT - Siapa suka makan terung pipit? Terung pipit tak sama macam terung yang warna ungu tu,yang mak-mak kita dok selalu buat kari ke,or apa-apa lerrr.....Terung pipit ni biasanya dimakan mentah ataupun di celur seketika.Kajian membuktikan bahawa terung pipit ni mengandungi
2% protein,0.1 % lemak,7.9 % karbohidrat dan juga terkandung kuantiti
fosforus,zat besi,vitamin A,vitamin C,juga
B1 .
Tapi,campurkan dalam kari pun boleh kot,eyh?
|
Kacang Bendi |
Ulam BENDI - Ermmmm,bendi.Sinonim dengan kari,kan?Kalau dapat santap kari kepala ikan,mak aih......giler sedap weehhh ! Tapi yang tak best tu bendi ni berlendir sikit.So,time potong hujung tu,baik basuh bebetul ye,mana tau menjejaskan kari yang di masak......
:)
Bendi ni sangat sesuai untuk korang yang ada
bengkak pada saluran
kerongkong dan
hidung.Juga baik untuk
perkembangan otak supaya sentiasa cergas dan aktif untuk berfikir.
|
Kacang Botol |
Ulam KACANG BOTOL - Haaaaa,yang ni CH selalu sangat jumpa.Dulu arwah mak dengan arwah abah CH selalu tanam ni kat batas tepi parit tu.Diaorang suka sangat makan ulam ni mentah-mentah sambil cicah sambal tempoyak.Nak nak lagi kalau dapat nasi putih panas-panas,lagi lerr berganda selera diaorang.Kakak dengan abang CH pun memang fanatik giler dengan ulam ni.Bak kata diaorang,kalau makan nasi tak ada ulam,macam mandi berbaldi-baldi pun,tapi tetap tak basah.Ermmm,macam tu ler lebih kurang..... Kira tak puaslah kalau tak pekena ulam sambil makan nasi tuuu........
('',)
Khasiat yang ada pada ulam kacang botol ni adalah kandungan
protein,kalsium,zat besi dan vitamin A.Daun kacang botool juga mengandungi
5-7 peratus protein di samping
vitamin A & C,juga
garam galian.
|
Timun |
Ulam TIMUN - Eh eh,yang ini mesti hari-hari pun kita boleh jumpa,kan?Nak nak lagi pada yang suka breakfast nasi lemak,haruslah timun ni jadi pasangan nasi lemak tu.Yang ni CH pun suka.Makan macam tu aje pun CH ok je,no hal.Dulu,arwah mak CH selalu parut timun ni,pastu campur dengan gula.Bila dah larut gula tu,campur dalam air ais.Memang sedap tak terkatalah.Minum time-time panas macam cuaca sekarang ni,mampu menstabilkan suhu badan kita.Tapi kalau ikut style arwah abah ain pulak,dia lebih suka buat kerabu timun.Kerabu timun ni sedap kalau di padankan dengan ikan sawah di goreng rangup-rangup.Perrggghhh,memang tak pandang lauk lain dah....... !
:)
Pada yang suka makan timun tu,teruskan usaha anda.Sebab timun ni mengandungi kandungan
lemak,karbohidrat,kalsium,zat besi,magnesium,fosforus,vitamin A,B1,B2,C dan juga
niasin yang mana ianya baik untuk tubuh badan kita...........
Haaaaaa,so amcam?Best tak jalan-jalan melawat kebun sayur CH ? Kehkehkeh,kebun ler sangat,kannnnnnnn......
Hope korang dapat ler info serba sedikit tentang apa yang ada pada alam semulajadi kita ni.Sebenarnya kalau kita pandai menghargai,InsyaAllah setiap apa yang di ciptakan oleh-Nya itu manfaatnya..
Naluri CH : ''Sesungguhnya Allah itu tidak hanya mencipta sesuatu sekadar sia-sia'' kan ? Fikir-fikirkan....
semua ulam-ulam tu saya suka...sedap makan ngan sambal kelapa..makan waktu tengah hari tika cuaca panas...
ReplyDeleteorg kata timun tak elok sangat makan banyak bagi pmpn kan?
ReplyDeletesalam;
ReplyDeletenyam!nyam!..terasa nak mengulam pula ari ni.