Pernah dengar nama Melanie Georgiades ? Pemilik nama ini merupakan seorang penyanyi rap yang terkenal suatu ketika dahulu di Perancis.Bermula dengan album pertama pada tahun 1999 namanya terus meningkat naik.Lebih di kenali dengan panggilan nama 'Diam',penyanyi ini juga dikatakan sering di kaitkan dengan aktiviti pengambilan dadah.
Namun setelah hampir empat tahun menyepikan diri dari dunia 'rap' nya,kini masyarakat dapat melihatnya dari sudut yang lain.Alhamdulillah,Diam sudah selamat memeluk agama Islam.
Menyingkap detik permulaan hati Diam terdetik untuk memeluk agama Islam,Pertama kali saat mendengar bacaan Al-Quran dan mendalaminya,hatinya nekad untuk menjadikan Islam sebagai agamanya.
Katanya lagi,suatu ketika dahulu mungkin dia pernah menjadi seseorang yang terkenal dimata orang lain namun dalam diam sebenarnya dia merasa sendiri dan sering menangis apabila bersendirian di rumah tanpa di ketahui oleh sesiapa.Dan sebenarnya hatinya menjadi sepi tanpa makna.
Dan sejak dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam,hidup Diam menjadi semakin tenang dan dia berjaya merungkai persoalan mengapa manusia di ciptakan.
Diam yang sudah dua tahun berumahtangga kini bahagia di samping suami serta anaknya dan khabarnya masalah ketagihan dadah juga sudah pulih.
Mudah-mudahan Diam akan tetap kekal begini dalam agama Islam.
Naluri CH : Bila semakin ramai orang kafir yang menganut agama Islam,semakin ramai juga orang yang telah sedia Islam semenjak lahir meninggalkan agama Islam itu.Cuba renung-renungkan........
Alhamdulillah~ :)
ReplyDeletehrmmm.. mnarik ..
ReplyDeletebunda pernah dengar kisah ini...Alhamdulillah...
ReplyDelete