Monday, 30 June 2014

Throw back : Lunch SEOUL GARDEN punya cerita



Sejak-sejak TERminat dengan drama sama variety show dari KOREA kan,CH mula la nak menggedik sama.Korang yang baca nak meluat pun takpa.hahahaa....

Kalau dulu,sikit punya tak paham pasal Running Man,tapi sekarang itu la benda yang paling setia CH tonton.Ketulahan la tu namanya........bhahahaa!

Okey,bila dah start minat Korea,segala mak bapak nenek moyang dia semua nak ambik tau.Dah berhajat nak cuti-cuti kat Korea,nyanyi lagu korea,cakap korea.Kebetulan beberapa minggu lepas kan ada deligasi lawatan dari pelajar Inje Universiti of Korea.Rasa tergedik sikit la time tu.

Dan sekarang,tergedik nak merasa makanan dari Korea pulak!Mana taknya,kalau tengok Running Man aje,dah berapa banyak show dorang yang tunjuk makanan.Dah la cara dorang makan kemain kebulur.Macam sedap sangat je dorang punya makanan.Tu yang CH pun teruja nak cuba.

Dan kerana keterujaan itu juga la yang bawa kaki CH melangkah masuk ke SEOUL GARDEN.Ini kedai makan bukan la dekat Seoul Korea tu,Seoul Garden yang ini CH pergi kat The Main Place,shopping mall  yang baru bukak area Subang Jaya,dekat dengan One City tu.

Memula masuk macam tak pasti,tapi bila tengok ada orang Islam yang masuk jugak,CH n the gang pun join sekali....sebab dah niat kan :)

Okey,memula cari tempat dulu dan tunggu menu yang dipesan sampai.Sementara tu,kita ambik gambar kekonon feeling  lunch kat korea.setengah jam dari Puchong.Korang mampu?muahahaa!




Ha-na...dul...set! 



officemates.Makanan baru sampai je tu.berasap-asap muka uoalllsssss......



Meh nak bagitau sikit. Yang dalam hotpot kaler hitam tu menunya nama HOMEMADE DUMPLING HOTPOT.
Yang rupa macam nasi goreng tu namanya KIMGARU RICE dan lagi satu tu NASI PUTIH.

Walaupun korang nampak makanan ni macam sikit je portion dia,kan...tp banyak sebenarnya tu.Standard la makanan korea hidangan cenggini.Kalau tengok dalam drama,memang sebijik.Semua hidangan ni pun memang cukup untuk empat orang makan...Time ni CH n the gang  order air ICE APPLE TEA.Sejuk anak tekak ooooo...

Sekarang kan dah masuk bulan Ramadan.Kalau korang nak cuba makanan korea,boleh la pergi berbuka kat Seoul Garden ni.Gerenti puas hati.Harga pun boleh tahan,sesuai la dengan makanan dan suasana kedai.Semua makanan yang CH order diatas berharga RM 68.

PROJEK RAYA : KUIH SIMPUL KASIH


Assalammualaikum,Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan hari kedua pada hari ini.


Even baru dua hari puasa,CH dah ada projek raya? Hehehe...

Actually,projek raya ni lebih kepada anak buah CH yang punya.Walaupun dia baru form 5 tapi skill dia buat kuih & masak lagi terror dari CH yang dah tua! *malu



Tadaa...!! Ini simpul kasih yang dah siap di goreng.panas2 lagi....Nak???


Serunding untuk inti kakak buat sendiri.Semuanya buat sendiri kecuali kulit popia.
Kalau tetiba tekak korang rasa nak cuba,meh order.Satu balang kecil RM 18 dan satu balang besar RM 25.Nak order untuk raya ni pun boleh tapi terhad hingga 2 minggu sebelum raya laaaa,lewat pada tu tak ambil tempahan la.Tapi tempahan untuk luar hari raya boleh.
Krup krap krup krap bunyi..... muehehee...Order dibuka sepanjang hari tapi ikut hari yang available untuk kitaorang buat.Anything boleh contact okey.
CH nak support sifat kerajinan anak buah CH ni :)


Wednesday, 25 June 2014

LAWATAN DELIGASI UNIVERSITI INJE KOREA KE KFCIC




Annyong haseyo!

First time dapat tahu ada budak-budak korea nak datang kolej,teruja sangat! Perasaan macam gaya nak jumpa Running Man depan mata tu....Hahahahaa.....Al-maklum la,kaki belum ada rezeki nak jejak tanah Korea.Nak buat camna,kan?Okey,teruskan menabung!





Inje University in Korea.


Okey,meh CH story sikit.Univerisiti Inje dari Korea ni berminat untuk mengenali lebih dekat tentang masakan Malaysia,senang cerita makanan orang Melayu la lebih kurang.

So,untuk visit kali ni,kolej dah atur untuk buat demo masakan ataupun cooking class bagi tiga jenis makanan : Nasi lemak,rendang ayam dan mee goreng mamak. Dengar pun dah sedap,kan?





       
                               
Ini gambar ihsan dari google untuk contoh saja.CH lupa nak snap picture time dorang masak.
                                                   



Memandangkan dorang ni semua visit time Malaysia tengah dalam musim panas (bajet cakap macam la Malaysia ada musim sejuk salji turun),nasib korang la......air-cond pun tak berapa dapat membantu memandangkan time ni air cond tengah servis....huhuhuu...

Tapi waktu cooking class session,dorang semua nampaknya enjoy sangat.Seronok betul CH tengok.Dorang ni teruja betul.

Walaupun time masak tu dorang ada la inform yang dorang ni kalau kat Korea tak makan makanan yang berminyak,gula garam terlebih ataupun makanan bersantan.Makanan dorang mana ada santan.

Tapi dalam dok cakap-cakap tu,licin jugak la nasi lemak yang ada santan,rendang yang berminyak (of course la kan..... ) dan meee goreng mamak yang dah tentu-tentu ada minyak.....Bukan kata setakat habis,licin terus!

Tapi CH tak heran pun.Kalau tengok cerita korea ke,variety show dorang ke,bab makanan mana boleh dorang tolak.Kenyang pun dorang sanggup telan kot.....

Okey,sekarang CH tempek sikit gambar yang ada ye......



Terasa pendek beno bila berdiri sebelah lecturer tinggi T__T


                                
Time ni cooking class hampir berakhir....




Sesi penganugerahan sijil

Lagi.....





Annyong haseyo.
Mannasoe bang-ap sumnida.

Tetiba malu bila diajak bergambar....hahahaha! *sengal



Okey, ha-na...dul...set... fighting!

 
 P/S : Dorang ni suka betul bila kita cakap bahasa ibunda dorang.Even perkataan yang simple pun dorang suka.Contohnya CH cakap annyong haseyo dan kamsahamnida. *nasib baik cara sebutan betul,kalau tidak malu kat lecturers dorang....bhahahaaa....


Annyong!





Restoran Makanan Segera : TEXAS CHICKEN



Pernah dengar restoran makanan segera TEXAS CHICKEN? Sebab CH pun baru pertama kali cuba makan lunch kat sini.Pendapat CH? Meh baca lagi....




Inilah rupa restoran tu.Yang ini lokasi restorannya terletak di The Main Subang Jaya.

Actually,CH pergi last Friday.Memang officemate yang ajak datang ke sini memandangkan anak dia kata kentang kat restoran ni sedap.Disebabkan tak pernah cuba,apa salahnya,kan?Ok,let's go!




Tengah tunggu Q .....panjang giler! dalam hati dah kata memang sedap kot makanan kat sini.


Beratur dari jam 1.15 tengah hari,jam 1.50 tengah hari baru dapat sampai depan kaunter.Ohmai! Habis waktu lunch hour yang panjang. (rehat hari Jumaat 12.30-2.45 petang) .Heaven,kan?Muehehehe...Tapi memandangkan dah banyak masa terbuang kat sini,so memang tak sempat la nak pusing The Main Place ni. (Padahal dari luar bangunan lagi dah tergedik-gedik nak jenguk POPULAR bookstore...huhuhu...

Q sikit punya panjang,tapi nasib baik tak susah nak dapat tempat duduk.Ada saja tempat kosong untuk pelanggan.

Apa menu yang CH ambil?




CH pilih set 1 : 2 ketul ayam goreng spicy,mashed potatos,coleslow,
honey butter biscuits dan air ice lemon tea.

Satu keistimewaan makan di TEXAS CHICKEN ni adalah waktu order makanan,cawan kertas tu dihidangkan kosong tanpa air sebab air pelanggan boleh ambik sendiri.Boleh re-fill sendiri dan ianya PERCUMA!

Macam McDonald,walaupun air boleh re-fill tapi kita kena ke kaunter,kan?Tapi di TEXAS CHICKEN,mesin air diletakkan di luar,di tepi sudut.


Menu di sini lebih kurang macam kat restoran makanan segera yang lain jugak.Cuma ada jugak la kelainannya.Yang itu korang kena cuba sendiri.



Ayam goreng spicy


CH pilih dessert yang ini : Strawberry Shortcake. Sundae pun ada tau yang macam Mc Donald tu.

Kalau korang rasa nak cuba makan tempat baru,nak cuba makanan baru,korang boleh la try kat sini.Setakat ni , restoran TEXAS ada di The Main Place,Subang Jaya,KLIA 2,Klang Parade,Kajang,The Mines,Sri Gombak,Sunway Pyramid dan Empire Damansara.

Business hour tiap2 hari dari 10.00 a.m - 10.00 p.m.


Okey...dah kenyang.Jom balik ofis dan sambung keja......................... T__T

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik