Wednesday, 25 June 2014

Restoran Makanan Segera : TEXAS CHICKEN



Pernah dengar restoran makanan segera TEXAS CHICKEN? Sebab CH pun baru pertama kali cuba makan lunch kat sini.Pendapat CH? Meh baca lagi....




Inilah rupa restoran tu.Yang ini lokasi restorannya terletak di The Main Subang Jaya.

Actually,CH pergi last Friday.Memang officemate yang ajak datang ke sini memandangkan anak dia kata kentang kat restoran ni sedap.Disebabkan tak pernah cuba,apa salahnya,kan?Ok,let's go!




Tengah tunggu Q .....panjang giler! dalam hati dah kata memang sedap kot makanan kat sini.


Beratur dari jam 1.15 tengah hari,jam 1.50 tengah hari baru dapat sampai depan kaunter.Ohmai! Habis waktu lunch hour yang panjang. (rehat hari Jumaat 12.30-2.45 petang) .Heaven,kan?Muehehehe...Tapi memandangkan dah banyak masa terbuang kat sini,so memang tak sempat la nak pusing The Main Place ni. (Padahal dari luar bangunan lagi dah tergedik-gedik nak jenguk POPULAR bookstore...huhuhu...

Q sikit punya panjang,tapi nasib baik tak susah nak dapat tempat duduk.Ada saja tempat kosong untuk pelanggan.

Apa menu yang CH ambil?




CH pilih set 1 : 2 ketul ayam goreng spicy,mashed potatos,coleslow,
honey butter biscuits dan air ice lemon tea.

Satu keistimewaan makan di TEXAS CHICKEN ni adalah waktu order makanan,cawan kertas tu dihidangkan kosong tanpa air sebab air pelanggan boleh ambik sendiri.Boleh re-fill sendiri dan ianya PERCUMA!

Macam McDonald,walaupun air boleh re-fill tapi kita kena ke kaunter,kan?Tapi di TEXAS CHICKEN,mesin air diletakkan di luar,di tepi sudut.


Menu di sini lebih kurang macam kat restoran makanan segera yang lain jugak.Cuma ada jugak la kelainannya.Yang itu korang kena cuba sendiri.



Ayam goreng spicy


CH pilih dessert yang ini : Strawberry Shortcake. Sundae pun ada tau yang macam Mc Donald tu.

Kalau korang rasa nak cuba makan tempat baru,nak cuba makanan baru,korang boleh la try kat sini.Setakat ni , restoran TEXAS ada di The Main Place,Subang Jaya,KLIA 2,Klang Parade,Kajang,The Mines,Sri Gombak,Sunway Pyramid dan Empire Damansara.

Business hour tiap2 hari dari 10.00 a.m - 10.00 p.m.


Okey...dah kenyang.Jom balik ofis dan sambung keja......................... T__T

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik