Monday, 21 July 2014

Countdown : Sebelum bertukar status.



Baca tajuk...baca lagi..dan lagi... So,what? Apa ada dalam fikiran?

Kahwin? No...no...no....

Tapi bertukar status itu sahih lagi pasti,InsyaAllah moga Allah permudahkannya.

ISNIN - 21 July 2014 : Hari kedua terakhir untuk memegang  gelaran 'pekerja' di KFCH .Lepas ni CH bakal bergelar pelajar sepenuh masa nampaknya. Itu jalan yang CH pilih untuk masa ini.InsyaAllah,CH yakin dengan keputusan sendiri tanpa ragu.








Tempoh tiga tahun untuk bergelumang semula dengan buku tidaklah terlalu lama untuk zaman sekarang.Sibuk sana sini,buat itu ini,dah cukup tiga tahun.Tanpa sedar,masa semakin pantas beredar tanpa menghiraukan kita yang masih di atas angan yang entah bakal jadi kenyataan ataupun tidak.

Kalau ada yang berfikir kenapa CH mahu belajar sepenuh masa sedangkan selama ini sudah bekerja,CH akan jawab begini : Belajar itu juga rezeki.Ianya jihad dalam mencari ilmu yang semestinya akan memberi manfaat pada diri sendiri dan InsyaAllah pada orang sekeliling juga.

Pasakkan niat yang kukuh dihati,InsyaAllah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.Perlu berani untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tak akan sedar setakat mana kekuatan dan keupayaan yang kita mampu capai.Biar gagal selepas mencuba dari gagal untuk tidak mencuba apa-apa langsung,kan?









Doakan perjalanan hidup CH,moga segalanya lancar.

Friday, 11 July 2014

Nak Adopt Kucing Tak?



Assalammualaikum.


Hari ni CH nak mintak tolong pada sesiapa yang baca atau TERbaca post ni. Sebab CH sangat memerlukan pertolongan korang terutamanya peminat/pencinta dan tuan kucing.

Okey,biar CH mulakan kisah.Actually around last week ada la sekor kucing TERsesat masuk ke dalam office.Kebanyakan officemates tau CH memang suka kucing.Then bila colleague panggil CH sebab ada kucing masuk,CH pun pegi la ambik kucing tu dan kasi makan memandangkan hari tu CH dah beli siap-siap makanan kucing untuk stok kucing kat rumah.

Time jumpa tu my colleague cakap kucing tu bunting,cuma CH yang tak perasan sebab kucing tu tak la besar mana.Rasanya kucing tu first time bunting and nak jadi ibu.

Nak jadi cerita,Isnin tadi around 10 a.m macam tu....Tadaaa!!! Dia gonggong anak dia kat depan pintu office! Adoyaai....

CH bukannya apa,takut ada yang complain sebab itu kan office,bukan rumah sendirik....huhuhu
Dan sekarang CH nak mintak tolong pada sesiapa yang penyayang dan sukakan kucing serta ikhlas nak jaga kucing ni.Sebab tak lama lagi kan dah nak raya dan office tutup seminggu...huhuhu..So dalam seminggu nanti macam mana dengan kucing tu?






Kalau ada sesiapa yang berminat nak adopt kucing ni atau korang ada kenalan/kawan atau sesiapa saja boleh la bagitau pada CH.
Area kat Taman  Puchong Prima.

CH tunggu korang punya feedback okey..... Tengkiuuuuuu... 

Thursday, 10 July 2014

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2014



Pentaksiran tingkatan 3, kali pertama untuk tahun ini akan diadakan kepada semua pelajar tingkatan 3. Bagi pelajar yang lahir pada tahun 1999,memang mereka la yang akan menghadapinya.

Susah tak?

Huh,memang susah!CH dah tengok sendiri soalan yang diberikan oleh anak buah CH.Jawapan adalah berdasarkan pengetahuan pelajar semata-mata.Langsung tak ada kena-mengena dengan perenggan/sentences yang diberi. Boleh pecah kepala jugak bila nak menjawab ooooo.... Kesian dorang ek,dah jadi bahan uji kaji pulak dah.

Okey,untuk mak ayah yang ada anak-anak tingkatan 3/2014,boleh la check it out jadual di bawah ni.Sebagai ibu bapa,kita kena support diaorang.





Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas



Catatan CH : CH doakan untuk semua pelajar yang bakal menduduki pentaksiran tingkatan 3 ini memperoleh kejayaan. USAHA + DOA = TAWAKKAL


GOOD LUCK!

Wednesday, 2 July 2014

Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri.


Bukan mahu merungut,apatah lagi menyalahkan orang lain.Cuma CH nak luahkan rasa je...

Bulan puasa,CH sedar tak baik banyak merungut apatah lagi mengkritik orang lain.Tapi pagi ni tiba-tiba CH rasa nak bersuara.








'Bila Hanya Satu Jari Menuding Diri Sendiri' - Salah kita,silap kita.Kita tak nampak dan kita jarang untuk menyedarinya di awal waktu.Tapi kalau salah orang lain,kemain laju dia nak judge.Itu salah,ini tak kena.Semuanya serba tak betul sedangkan waktu diri sendiri membuat kesalahan yang sama,mudah pula memberi alasan dan meletakkan salah itu bukan atas diri sendiri.

Bila terlibat dengan sesuatu masalah atau kesulitan orang lain,mudahnya kedua telapak tangan menyorok di belakang,melepaskan segalanya tanpa rasa tanggungjawab.Tapi bila kesulitan itu melibatkan diri sendiri,tahu pula untuk 'berbincang' dan bersikap 'tolak ansur' . 

Bila salah orang,bising mengalahkan satu dunia tapi kesalahan sendiri didiamkan saja.Konon-konon langsung tiada masalah dan semuanya 'baik-baik saja.'

Berubahlah,sebab setiap manusia itu perasaannya sama saja.Ada kala ingin marah,tiba-tiba tersenyum.Ada waktu ingin bersendiri dan menenangkan diri dan ada tika ingin memberontak.Manusia itu diciptakan dengan sifat sabar yang terhad tingginya.Selama mana sangat seorang manusia itu dapat bersabar dengan kerenah orang lain dan menjadikan diri sebagai alat untuk mengalas beban orang lain?









Bukan mahu mengkritik,apatah lagi menghukum tapi sekadar mengajak berbual dan bermuhasabah.Hari,bulan dan tahun berganti.Dunia semakin sampai ke garisan penamat.Sampai masa dunia juga menyerah pada kuasa Pencipta.Apatah lagi manusia yang bersifat hamba yang lemah,bila-bila masa saja boleh tersungkur oleh godaan duniawi.

Ingat,buatlah apa yang kita suka orang buat pada kita sebab 'What you give,you will get back.' Setiap perbuatan ada balasannya,tak kira baik atau buruk.Tak dapat balasan di dunia,InsyaAllah di 'sana' kelak.

Kata CH : Hidup ini ada aturan dan fitrahnya.Jangan letakkan diri di tempat yang betul saja kerana tiada manusia yang sempurna.Fikirkan...

Salam Ramadhan hari ke-4 dari CH .






















Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik