Friday, 11 July 2014

Nak Adopt Kucing Tak?



Assalammualaikum.


Hari ni CH nak mintak tolong pada sesiapa yang baca atau TERbaca post ni. Sebab CH sangat memerlukan pertolongan korang terutamanya peminat/pencinta dan tuan kucing.

Okey,biar CH mulakan kisah.Actually around last week ada la sekor kucing TERsesat masuk ke dalam office.Kebanyakan officemates tau CH memang suka kucing.Then bila colleague panggil CH sebab ada kucing masuk,CH pun pegi la ambik kucing tu dan kasi makan memandangkan hari tu CH dah beli siap-siap makanan kucing untuk stok kucing kat rumah.

Time jumpa tu my colleague cakap kucing tu bunting,cuma CH yang tak perasan sebab kucing tu tak la besar mana.Rasanya kucing tu first time bunting and nak jadi ibu.

Nak jadi cerita,Isnin tadi around 10 a.m macam tu....Tadaaa!!! Dia gonggong anak dia kat depan pintu office! Adoyaai....

CH bukannya apa,takut ada yang complain sebab itu kan office,bukan rumah sendirik....huhuhu
Dan sekarang CH nak mintak tolong pada sesiapa yang penyayang dan sukakan kucing serta ikhlas nak jaga kucing ni.Sebab tak lama lagi kan dah nak raya dan office tutup seminggu...huhuhu..So dalam seminggu nanti macam mana dengan kucing tu?






Kalau ada sesiapa yang berminat nak adopt kucing ni atau korang ada kenalan/kawan atau sesiapa saja boleh la bagitau pada CH.
Area kat Taman  Puchong Prima.

CH tunggu korang punya feedback okey..... Tengkiuuuuuu... 

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik