Friday, 26 December 2014

Life Is About CHOICE


"Life is about choice" - Ayat yang lecturer Economic selalu ulang.Hampir setiap kali kuliah. Memang, hidup kita memang sentiasa ada pilihan. Cuma, samada pilihan yang kita punya tu adalah yang terbaik atau sebaliknya.

Contoh :

Sebagai seorang student, rutin dan tanggungjawab kita adalah study. Ramai student fikir diaorang takde pilihan selain study.

Tapi itu fikiran diaorang. Siapa kata tak ada choice? Ada je....

Satu,kalau pilih study, Alhamdulillah. Harapan nak 4 flat cerah.
Kalau taknak study pun tak pe. Tapi nanti jangan nanges bila result exam keluar  T_T

Lagi contoh, menutup aurat itu hukumnya WAJIB.
Wajib ertinya perkara yang PERLU kita buat. Tapi, adakah kita tak punya pilihan disitu?
Siapa kata takde? Ada je pilihan....

Kalau pilih nak patuh perintah Allah, menutup aurat dengan baik, maka kita dapat ganjaran pahala.
Tapi kalau kita pilih yang sebaliknya.....sendiri jawab la....
Kita dikurniakan akal untuk digunakan bagi memikirkan sesuatu itu dengan waras dan realiti.

So, now...Who's say we have no choice in life? Jangan rasa terbeban dalam membuat keputusan. Pilihan itu ada. Cuma kita kena pastikan pilihan yang kita pilih itu tepat dan terbaik untuk diri kita.

Annyong! :)






Nota CH : Sementara kita hidup di bumi ini, boleh la lagi kalau nak guna sistem "try and error" Kat 'sana' nanti, nasib la....

CH selalu teringat bila Sir NAI nampak student dia macam complicated sangat nak decide something, mesti dia akan cakap macam ni : "Guys, you still remember what I'm talking abaout...Life is about CHOICE"    :)

Perjalanan Hidup (Puisi Tepi Tingkap 1 )




Langit sepi semakin mendung dan kelam,
Bagai ada khabar selain menurunkan malam,
Pengertian yang mendalam tanpa mampu diselam

Tika hati rapuh dalam memikirkan teka teki hidup,
Ada semangat kental yang sedang meniup,
Meminta untuk tetap gagah melangkah tanpa gugup







Nikmat, rahmat, dan ujian,
Itu rencah dalam meniti perjalanan
Ditemani pencatat kiri dan kanan

Ada satu ketika saat rapuh,
Masih ada tangan yang memaut utuh
Meminta agar diri jangan terus jatuh

Sedar akan hidup yang sementara,
Tambahlah iman yang tidak setara
Agar bermakna perjalanan kembara
Dalam mengejar syurga  yang tiada tara

Semangatlah dalam langkah mencari kebenaran
Biar jatuh tersungkur menyerah tidak akan
Kerana rasa cinta pada Pencipta yang menjadi sandaran
Menjadi penguat walau dalam kembara bersendirian


Nukilan : Cahaya Hidup (CH)
Jumaat, 26 Disember 2014 @ 5.43 petang.

Monday, 22 December 2014

PWTC : Pesta Buku Bersama MatLuthfi90, Aiman Azlan dan Ameen Misran

(Kisah seminggu yang lepas- 14122014)

Teruja tak???? Harus lah! Giler tak teruja.....hehehe..... 

Al-kisah pada suatu hari sedang tengah scroll satu-satu post kengkawan kat FB, mata nampak poster ni :














Apa lagi,terus kepala otak terfikir nak pegi even duit dalam poket bukan ada pun. Maklum la, dah jadi student kan. Kais pagi makan roti,kais tengah hari makan nasi, kais petang campur malam makan megi. So,memang tak la nak pegi borong buku lagi......so sad! -_-

Tapi sebab dah minat kan, hati nak pegi jugak.Tak kira. Peluang bukan datang selalu. Siap up status lagi tanya kot-kot ada geng novel yang nak pegi hari Ahad (14 Desember 2014 )

Feedback??? Hurrmmm, ramai yang tak available pegi. Tapi takpe, tak patahkan semangat CH pun nak pegi PWTC. Fighting!!! (Padahal nak pegi PWTC je pun, apa ke hal nak fighting bagai kan...poyo. hakhakhak )

Lepas setuju kengkawan student nk follow, so set time. Pukul 12.30 tgh hari dah siap ada dalam PWTC. Hehehe.... Dah terasa aura Mat dahhhhhh....

Dan dari makluman teman jauh, kata Mat ada kat Dewan Tun Hussien Onn. Berdesuppppp pi masuk dewan sebab takut dah ramai orang. Fuhh, nasib baik lengang lagi.Sebab ramai yang tak tahuuuu....



Dorang tengah set up pentas untuk panel MatLuthfi, Aiman Azlan dan Ameen Misran.



Katanya sampai pukul 1 petang. Tapi biasa la, lewat jugak. But, it's okay. Tunggu saja sambil cuci mata layan buku-buku baru. And around hampir jam 2 petang kalau tak silap orang yang ditunggu-tunggu tiba. Jeng jeng jeng!

Gila gamat sekejap dewan bila tengok Mat Luthfi, Aiman Azlan dan Ameen Misran masuk dan naik ke pentas. Teruja! Maklum la, sebelum asyik tengok dorang kat youtube, baca coretan dorang thru FB,blog dan buku. So hari tu dapat la tengok live depan mata.



Setia menunggu :)





Note ringkas dari housemate yang tak dapat join ke PWTC


Kemain ayaq kotak lagi haaa....Time ni tengah fikir macam mana rupa Mat bila CH hulur air kotak ni kat dia...




Tak lama lepas tu....


Depa bertiga dah ada atas pentas..... :D


Majlis berlangsung dalam lebih kurang satu jam gitu la sebelum sesi Tanda Tangan buku. Pengenalan diri, cerita serba sedikit tentang buku dan pasal diri diaorang.Memang gamat dewan time ni.Semua dok pakat sengih gelak ja keje.But actually semua orang dah teruja nak bergambar dengan panel jemputan plus ambik signature je.....Hehehe


And now,the time is ...... Naik pentas!









Dah start sesi Tanda Tangan buku..... Lenguh tangan ler jawabnye deme....muehehee

Dan akhirnya........




Ni dah lepas ambik TT. Tapi sebab ramai sgt orang,so kami tak berkesempatan nak snap picture together with panels atas pentas. Tapi untuk memories, kira ok la ni..... 






Nota kaki : Puas hati sebab dapat gembirakan kawan yang nak sangat TT dari Mat. I did it! :)









Tuesday, 2 December 2014

Bersabarlah... Dalam Mencari Ilmu








Bercinta nak siapkan Financial Report ni. Nak lagi ni projek berkumpulan. Haruuuuu.... -_-
Bertemankan se 'mug' milo panas dan beberapa keping biskut wholemeal, jadi la nak hilangkan ngantuk sesambil layan internet kan.....

Satu benda yang CH selalu buat kalau tetiba letih atau mengantuk atau bosan. CH fikir ini semua untuk diri CH. Kebaikan untuk diri. CH insan bertuah dapat merasai nikmat belajar sedangkan orang lain belum tentu ada peluang kan?

Nasib baik dah siap buat assignment. So, lepas ni dah boleh tutup laptop dan beradu.

Bismikallahumma ahya wa amuut (Dengan nama-Mu Ya Allah aku hidup dan mati. )


Selamat malam, sleep tight!






Bismikallahumma ahya wa amuut
Bismikallahumma ahya wa amuut
Bismikallahumma ahya wa amuut

Monday, 1 December 2014

Permohonan BR1M 2015 Dan Mengemaskini Data


Mulai dari 1 December 2014 - 31 December 2014 , pemohon yang pernah menerima bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah boleh mengemaskini butiran diri anda di laman web HASIL KLIK LINK .
Boleh kemas kini secara atas talian (online) ataupun secara manual menerusi borang . Borang boleh dapatkan DISINI








Untuk yang baru pertama kali memohon BR1M pada tahun 2015, anda cuma perlu klik pada PERMOHONAN BARU. Isi semua butiran dengan betul, takut tersalah masuk butir-butir peribadi, tak dapat pulak duit BR1M.


Moga entry ini membantu :)

Rutin baru...Kehidupan baru


Celik mata, ada buku. Tutup mata, ada buku. Itulah rutin CH sekarang. Student kan. Kenalah bergelumang dengan buku, laptop segala. Takpa, rileks and chill. Just go with the flow. Zaman sekarang masa cepat sangat berlalu. Bukan tahap merangkak tapi tahap lari pecut haaa lajunya masa meninggalkan kita. Kalau yang suka berangan tu, hati-hati la. Takut tertinggal keta api pulak...Hehehe.



Dapat mai sini, rehat2, tenangkan fikiran, giler tak best. mestilah best


Tidur pun bukan priority lagi. Dulu zaman kerja kemain. Pantang ada masa senggang, mula la tengok Running Man sampai 2-3 episod satu hari...Gilerrrr punye keja... Tapi ok jugak. Release tension namanya.....hakhak! Lepas penat layan Runnning Man, tergolek terus...Lenaa.... ZzZZZZzzzzzZ.... Sadis bebona... -_-

Tapi sekarang rasa nak tidur pun macam tak boleh je. Mana nak kejar tutorial, assisgnment, latihan kemain banyak. Nak berjaya, kena ada effort kan. Tengah usaha ler ni.... muehehee..







Malam ni pun taktau nak tidoq pukul berapa. Conteng kat sini jap, rehat. Pasni nak jengah buku Economic yang beratnya tak larat nak pikul.... -_-  
Takpe,... demi ilmu. Ceh, moga terharu kalau bagi lecturer NAI baca.

Annyong, nite. Out :)

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik