Tuesday, 26 June 2012

Hargailah Sementara Masih Ada .........

Tadi time CH online kat FB,tetiba ternampak satu video yang boleh buat hati keras boleh jadi lembut,air mata yang dah lama beku boleh cair balik.......... Serius sedih siot.... ! :'(

Jom kita layan sesama video kat bawah ni ............makesure standby tisu banyak-bayak tau......








Dah abis dah tengok ? Sumpah,air mata CH mengalir tanpa sedar.Kesian tengok kucing tu...........
Punca Kucing ni tak dapat melihat tak pulak CH tahu.Harap-harap,bukanlah kerana di zalimi oleh manusia yang berhati binatang.

Bila layan sorang-sorang video ni,fikiran dah ingat pada kucing sekor yang ada kat rumah tu.Kalau nak tahu lanjut macam mana CH boleh terjebak bela balik kucing ni selepas bersara dari mengaja kucing empat tahun lalu,korang boleh baca kat ENTRY ni ........

CH mengaku,CH memang tak ada banyak masa yang terluang untuk di habiskan bersama kucing CH yang sekor tu.Selalu je buat-buat tak nampak dia kat penjuru bilik tu,walau pun nampak sebenarnya.......Tapi kadang-kadang bila dah tak larat,memang tak ada mood langsung nak main-main dengan kucing sekor tu.Tapi balik ni,rasa macam nak peluk dia ketat-ketat.......tak nak lepas untuk 10 saat   :) 


Meh sini CH share kan sikit foto-foto kucing yang CH bela yang CH panggil dia 'babasyuk'  =)






Ini memang habit si sekor ni.Pantang nampak CH online,memang dia akan join sekali.Konon-konon dia paham ler tuuu .........




Gambar ni sempat snap sebelum CH pegi office.





1,2,3.........ready for the camera.... ! :P

Naluri CH : Kalau korang nak tahu,CH ni memang cepat sangat tersentuh kalau ada binatang yang teraniaya.Serius tak boleh tengok,dan tak boleh dengar.Giler rasa sakit hati plus sedih........huhuhhuhuhuh
Eh,kalau Rasulullah boleh jadikan kucing sebagai salah satu haiwan kesayangannya,kenapa tak kita,kan ? 
Ok,bye bye ....... ! (^_^)



Thursday, 21 June 2012

Putrajaya Floria 2012 - Bougainvillea 'Enduring Beauty'









Tahun lepas Putrajaya telah mengadakan Floria 2011 bertemakan ''Roses Are Forever'' . Giler best ! Mana taknye,masuk aje dekat kawasan Floria tu,semerbak bau bunga ros segar memenuhi ruang udara di situ.Macam-macam colour ada.Heaven giler suasana time tu,romantik kot .......







And tahun ni sekali lagi Putrajaya menganjurkan Pesta Floria bertemakan ''Bougainvillea -  Enduring Beauty" . Tapi tak tahulah tahun ni macam mana pula suasana yang bakal para pengunjung lalui.Maybe akan di create sesuatu yang mampu menerujakan kita semua,tungguuuuuu...... =)






Untuk info korang,pesta floria pada tahun ini akan di adakan bermula pada 30 Jun sehingga 8 Julai 2012.Inilah masa yang sesuai untuk kita menghabiskan masa bersama keluarga terutama anak-anak,di samping mempelajari tentang pelbagai spesis keluarga bunga kertas ini .

One more thing,paling eksaited adalah para pengunjung berpeluang melihat sendiri sepasang beruang panda dari China yang tiba baru-baru ini yang mana ianya akan di tempatkan di satu rumah khas yang di bina.Selain itu,terdapat juga bot yang di reka dengan pelbagai bentuk yang mana ianya melambangkan imej peserta dengan hiasan lampu warna warni di Tasik Putrajaya.

So,apa lagi,mulalah semak balik schedule kita.Luangkan sikit masa untuk membawa keluarga berjalan-jalan di sini...... :) 

Kalau ada sape-sape sudi nak dating dengan CH,jom ler pegi sekali.Sure best giler nanti...... ('',)

Sunday, 17 June 2012

17 JUN : SELAMAT HARI BAPA








Kejap,sebelum membaca,jom klik LIKE kat sini.Nak bantu mr.blogger Azfar Roslan a.k.a Ujang nak bawak baby bam bam pegi London......Untuk baby bam bam punya pasal,moh ler kita LIKE  SINI
Makaseh ye..... =) 









Sepasang tangan,menyambutku dengan penuh rasa kasih,
Membelai  setiap helai rambut yang menghiasiku,
Mengucup wajahku penuh perasaan,
Memandangku penuh dengan senyuman yang menenangkan.

Diri itu mengajarku apa itu erti hidup,
Di tunjukkanku hala jalan yang perlu di lalui,
Di tatihnya jiwaku untuk kental menghadapi  halangan di hadapan,
Di pimpinnya hati kecilku ini berlandaskan ajaran dari-Nya,
Di usahakannya untuk menjadikanku bidadari yang mampu membantunya saat hidup di 'sana' kelak,

Saat itu,diriku hanya memandang keseronokan dan kesenangan menghiasi hidup,
Tidak betah pada kesusahan,apatah lagi bila ada larangan dalam melakukan sesuatu,
Jiwa kecil seringkali memberontak,
Sehingga pernah terdetik di lubuk hati ''apa sudah tidak sayangkah dia pada diriku'' ?
Di lakukan ini salah,di lakukan itu,berDOSA.......
Jadi,apa yang betulnya?

Dengan sabar,wajah yang semakin di mamah usia,
Mengajarku satu persatu apa itu yang di namakan 'kehidupan'
Bukan sekadar mengisi masa dengan bermain pondok-pondok,
Tidak hanya bersuka ria bersama teman-teman sepermainan,
Tetapi perjalanan hidup ini lebih dari itu......kata 'dia' 

Masih segar dalam ingatan fikiranku,
Hari pertama menjejakkan kaki ke lantai 'lubuk ilmu'
Dialah yang menemaniku,memberi semangat kepadaku,
Di tenangkan hatiku takkala memandang wajahku yang seakan kurang senang dengan keadaan di sekelilingku......
Pertama kali berada dalam kelompok yang ramai tanpa ada satu wajahpun yang ku kenal,
Melainkan wajahnya......

Dia tidak pernah meninggalkan ku sendiri,
Akan di temaninya aku sehingga aku benar-benar rasa selesa dan selamat.....
Baiknya dia............

Semakin aku menginjak dewasa,layanan dia padaku berubah mengikut arus masa dan keadaan....
Semakin tegas,tapi penuh dengan kelembutan....
Cuma diri ini yang buta hati,tidak dapat melihat,apatah lagi mentafsir apa makna di sebaliknya.....
Teruknya ku rasakan saat itu.....

Bila dia semakin berusia,kedut di muka juga semakin galak menghiasi,
Perasaanya juga begit,semakin cepat terguris,semakin galak terasa....
Sampaikan diriku buntu memikirkan sejauh mana besar sangat salah yang ku lakukan.....
Sehingga perlu marah-marah umpama aku melakukan jenayah besar lagaknya ?
Jujur hati ini mengakui,kadang-kala timbul juga rasa tidak puas hati pada dia.....
Kerana setiap apa yang diriku lakukan,ada sahaja salahnya.......seakan-akan dia saja yang betul.....

Tapi Ikhlas juga diriku mengakui,walaupun hubunganku dengannya tidak lagi serapat dulu,ketika zaman kecilku,
Namun,aku masih tetap SETIA menyayanginya,mencintainya......sungguh.... !
Aku tidak lagi menunjukkan rasa kasihku melalui ucapan,namun lebih pada perbuatan......
Kerana aku tidak mampu menzahirkannya memalui kata-kata.....

Di kala aku semakin 'membesar' , dia tidak lagi lantang bersuara seperti selalu....
Suaranya hanya akan kedengaran bilamana perlu sahaja....
Bilamana rindu untuk mendengar bebelannya,sengaja aku membuka debat untuk 'bertikam lidah' .....
Bukan untuk mencari pasal,tapi sengaja mahu mengusik......
Nakalnya aku.........

Dulu,saat dia berpeluang menjejakkan kaki ke 'rumah Allah''  di Tanah Suci , 
Pelbagai pesan di tinggalnya buat 'peneman' ku takkala kami berjauhan.....
Aku hanya mampu menganggukkan kepala,tanda mendengar,walaupun sudah jemu sebenarnya....
Dan di kala kami berjauhan itulah,dapat ku lihat bahawa sayangku padanya tidak pernah berubah....
Hati  ini risau sepanjang masa,bila mengingatkan yang dia di sana.......
Tanpa 'teman' , walaupun ada kawan-kawan ikut bersamanya......
Di tambah lagi dia punya penyakit asma yang bila-bila sahaja boleh menyerang...
Mampukah dia menyudahkan ibadahnya dengan baik di sana?
Hanya DOA yang mampu ku titipkan...........

Di hadapan adik beradikku yang lain,aku berlagak biasa.....
Seolah-olah aku tidak pernah terfikirkan dia di sana.....
Tapi tanpa sedar sebenarnya,akulah orang yang paling eksaited bila nak buat panggilan telefon kesana,
Bertanya khabar.....
Egokah aku ?

Bila sampai masa dia balik  ke tanah air,berpijak di tanah rumah usang kami.....
Tanpa ku duga,orang pertama  yang dia cari dan di peluk adalah aku....
Tertanya-tanya juga sendiri......
Indahnya saat itu........








Tapi sekarang,sudah hampir tiga tahun aku dan dia berjauhan,
Di pisahkan buat selama-lamanya sehingga satu saat nanti moga di pertemukan semula....
Walau berjauhan,namun hatiku tidak pernah di sapa risau,mahupun gusar...
Kerana ku tahu,kehidupannya di sana jauh delbih bahagia berbanding di dunia ini.....

Naluri CH : Buat abah,N memang tak tahu cara terbaik untuk zahirkan rasa kasih dan sayang tu pada abah....
Tapi itu tak bermakna N tak pandai untuk hargai segala perjuangan abah untuk N dan yang lain-lain selama ni......
Dan sekarang N dah boleh pergi mana N nak pergi tanpa perlu ada rasa risau dengan keadaan abah di kampung,seperti dulu...
Kerana N tahu abah  sedang berbahagia bersama-sama dengan mak dan adik.....
Di satu tempat yang lebih indah dari segala-galanya yang ada di muka bumi ini.....
N akan sentiasa  post kan doa pada semua........
InsyaAllah,satu saat moga kita akan berkumpul kembali...... 

Buat arwah abah,mak dan adik , Al-Fatihah 

Wednesday, 13 June 2012

Annual Dinner :: Long Dress & Stillettos ??















Fuhhhh,kepenatan ! Mau tidak........lepas habis waktu keje tadi,CH keluar dengan kawan se opis nak pegi cari gaun untuk annual dinner Jumaat nanti.Mula-mula cadang macam nak cari baju tu dekat Warta,Bandar Baru Bangi.Tapi last minit tukar plan.Terus cadang nak cari baju dekat Aeon Jaya Jusco dan Giant Seri Kembangan.







Masuk dalam JJ,satu pun takde yang berkenan di hati.Lari ke Giant,dah jumpa tapi seksi terlebih ler pulakkkk .....aduhai ~~~~

Bila fikir-fikir balik,gigih giler CH cari baju semata-mata nak attend annual dinner je pun.Ye lerrr,nanti kan ada red carpet.Giler tak nak buat catwalk atas tu.Ni pun CH tengah imagine macam mana lerr rupa CH tengah buat catwalk  sambil pakai heel 5,6 inci.Mau tergolek-golek macam ikan paus tak cukup nafas je nanti.......mueheheheehee :P 


Haaaa.........korang jangan ngengada gelakkan CH pulak.Mohon senyum seikhlas hati sudah lerrrr.
Hurrrmmm,btw esok InsyaAllah CH dan kawan akan menyambung semula misi mencari long dress keesokkan harinya.
Hopefully,esok dapatlah ye baju yang berkenan di hati,juga mata.Tak lupa biar berkenan jugak ke purse CH yang dah nak pokai  ni............huhuhuhuhu .....




Naluri CH : Tema annual dinner tahun ni adalah ''Masquarade,Suite & Stillettos''  
Errrmmmm,akan cuba  sebaik mungkin.Mana tau CH menang  costume terbaik,kannnn??? Doa2kan lah ye.....  =)
Aminnnn..........


Monday, 11 June 2012

PETUA AWET MUDA : Amalkan Memakan ULAM-ULAMAN

Hari ni CH nak tulis santai-santai je.Malas nk typical sangat.Acctually CH nak share satu rahsia macam mana nak mengawetkan muka kita time kita tengah muda-muda ni.Tapi kalau ada makcik-makcik tu yang nak try,boleh aje.Sape kata tak boleh.......... :)

Cuba kita tengok mak ayah,nenek atok kita dulu,kemain sihat je diaorang even umur diaorang dalam kategori veteran dah.Tapi still kuat nak ke kebun,buat keje itu ini,tak harapkan tenaga anak-anak diaorang yang busy memanjang dengan keje pun,kan?

Orang dulu-dulu bab makan ni semua jaga sungguh.Bukan macam kita sekarang.Semuanya nak yang segera,instant dan cepat .Sebab tu mati pun cepat ( Ajal tu di tangan tuhan ye ) Tapi sebab kita tak jaga cara pemakanan kita,memang mudah sangatlah segala penyakit datang menyerang tubuh badan kita.......

Rahsia  kesihatan  orang dulu-dulu dari sudut pemakanan adalah di mana mereka sentiasa amalkan memakan ulam-ulaman . Pelbagai jenis ulam yang terdapat di Malaysia ini,yang CH yakin sangat tak semua di antara kita kenal ulam-ulam yang sedap bila di cicah sambal belacan......errrmmmm,nyum,nyum........
Jom tengok kat bawah ni,CH nak bawa korang semua melawat,melihat sambil belajar tentang ulam-ulaman yang sering di sajikan,yang mana amat mudah sekali untuk kita peroleh :) 




SELOM
Ulam SELOM - Ulam ni banyak orang Utara suka.Nak-nak lagi bila letak dalam laksa,mak aih ! Tersangatlah sedap...... !Khasiat yang ada pada ulam selom ni adalah selain dapat mengubati tekanan darah tinggi dan demam panas,juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik.Dan bagi pesakit kencing manis,ianya baik sekali bagi menurunkan paras gula dalam kolestrol.



PEGAGA
Ulam PEGAGA - Ermmm,ulam ni CH tak suka.Seba rasanya ada pahit-pahit sikit.Tapi bak kata orang-orang tua, ''Pahit tu ubat'' . Ulam pegaga sebenarnya mampu menjadi ubat untuk penyakit kanser,cirit-birit,mengurangkan masalah panas badan.Selain tu,kalau korang ada alergi ke,atau pun asma @ lelah,bolehlah amalkan makan ulam pegaga ni.InsyaAllah,kalaupun tak dapat sembuh sepenuhnya,tapi boleh mengurangkannya,kan?



ULAM  RAJA
Ulam RAJA - Ulam ni paling senang nak tanam.Tanam kat tepi-tepi parit pun,senang je nak tumbuh dengan subur.Siap ada bunga lagi,cantik.Ulam raja ni ada aromanya yang tersendiri tau.Kajian saintifik membuktikan bahawa terdapat kandungan kalsium dan  vitamin A yang mana mampu menguatkan tulang kita.Ianya juga menjadi agen pembersih darah dalam tubuh badan kita.So,apalagi,amal-amalkan lerr makan ulam raja ni.Cicah dengan sambal belacan,aauuwwwww..... ! >.<



TERUNG  PIPIT
Ulam TERUNG PIPIT -  Siapa suka makan terung pipit? Terung pipit tak sama macam terung yang warna ungu tu,yang mak-mak kita dok selalu buat kari ke,or apa-apa lerrr.....Terung pipit ni biasanya dimakan mentah ataupun di celur seketika.Kajian membuktikan bahawa terung pipit ni mengandungi 2% protein,0.1 % lemak,7.9 % karbohidrat dan juga terkandung kuantiti fosforus,zat besi,vitamin A,vitamin C,juga B1 .
Tapi,campurkan dalam kari pun boleh kot,eyh?



Kacang Bendi
Ulam BENDI - Ermmmm,bendi.Sinonim dengan kari,kan?Kalau dapat santap kari kepala ikan,mak aih......giler sedap weehhh ! Tapi yang tak best tu bendi ni berlendir sikit.So,time potong hujung tu,baik  basuh bebetul ye,mana tau menjejaskan  kari yang di masak...... :)
Bendi ni sangat sesuai untuk korang yang ada bengkak pada saluran kerongkong dan hidung.Juga baik untuk perkembangan otak supaya sentiasa cergas dan aktif untuk berfikir.





Kacang Botol
Ulam KACANG BOTOL - Haaaaa,yang ni CH selalu sangat jumpa.Dulu arwah mak dengan arwah abah CH selalu tanam ni kat batas tepi parit tu.Diaorang suka sangat makan ulam ni mentah-mentah sambil cicah sambal tempoyak.Nak nak lagi kalau dapat nasi putih panas-panas,lagi lerr berganda selera diaorang.Kakak dengan abang CH pun memang  fanatik giler dengan ulam ni.Bak kata diaorang,kalau makan nasi tak ada ulam,macam mandi berbaldi-baldi pun,tapi tetap tak basah.Ermmm,macam tu ler lebih kurang..... Kira tak puaslah kalau tak pekena ulam sambil makan nasi tuuu........ ('',)
Khasiat yang ada pada ulam kacang botol ni adalah kandungan protein,kalsium,zat besi dan vitamin A.Daun kacang botool juga mengandungi 5-7 peratus protein di samping vitamin A & C,juga garam galian.



Timun
Ulam TIMUN - Eh eh,yang ini mesti hari-hari pun kita boleh jumpa,kan?Nak nak lagi pada yang suka breakfast nasi lemak,haruslah timun ni jadi pasangan nasi lemak tu.Yang ni CH pun suka.Makan macam tu aje pun CH ok je,no hal.Dulu,arwah mak CH selalu parut timun ni,pastu campur dengan gula.Bila dah larut gula tu,campur dalam air ais.Memang sedap tak terkatalah.Minum time-time panas macam cuaca sekarang ni,mampu menstabilkan suhu badan kita.Tapi kalau ikut style arwah abah ain pulak,dia lebih suka buat kerabu timun.Kerabu timun ni sedap kalau di padankan dengan ikan sawah di goreng rangup-rangup.Perrggghhh,memang tak pandang lauk lain dah....... !  :)
Pada yang suka makan timun tu,teruskan usaha anda.Sebab timun ni mengandungi  kandungan lemak,karbohidrat,kalsium,zat besi,magnesium,fosforus,vitamin A,B1,B2,C dan juga niasin yang mana ianya baik untuk tubuh badan kita...........


Haaaaaa,so amcam?Best tak jalan-jalan melawat kebun sayur CH ? Kehkehkeh,kebun ler sangat,kannnnnnnn......
Hope korang dapat ler info serba sedikit tentang apa yang ada pada alam semulajadi kita ni.Sebenarnya kalau  kita pandai menghargai,InsyaAllah setiap apa yang di ciptakan oleh-Nya itu manfaatnya..





Naluri CH : ''Sesungguhnya Allah itu tidak hanya mencipta sesuatu sekadar sia-sia''  kan ? Fikir-fikirkan....

Sunday, 3 June 2012

Khidmat Semula : Amah Indonesia Datang Semula Ke Malaysia
















Setelah pembekuan kemasukan amah dari Indonesia yang bermula dari 1 Disember 2011,Kini pihak kerajaan Malaysia membuka semula peluang bagi kemasukan amah negara seberang itu ke sini.

Kumpulan pertama ini mempunyai 29 orang amah yang mana mereka telah di beri latihan selama dua bulan di negara meraka.

Pihak kedua-dua kerajaan juga telah selamat menandatangani MoU yang mana telah menetapkan minimum gaji adalah RM 700 (dengan cuti) dan RM 808 (tanpa cuti) 

“Mereka berhak diberi cuti sehari seminggu dan ia bergantung kepada majikan untuk memilih hari cuti itu. Jika mereka diminta bekerja pada hari cuti, majikan perlu membayar sebanyak RM27 sehari untuk kerja lebih masa. Jika mereka tidak diberi cuti langsung, majikan perlu membayar gaji sebanyak RM808 sebulan,” .


Berita lanjut boleh baca di SINI

Naluri CH : Huhuhuhu.....Gaji amah tu sikit lagi dah sama taraf dengan penjawat kerajaan (N17)  punya gaji.Ada sesiapa yang dah pasang niat nak tukar profession tak ??? Heheheheheheh  :P



WAJIB Di Ketahui : 13 Aurat Wanita !














1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.








12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Naluri CH : Mana info yang baik,sama-samalah kita berkongsi bersama.Mengingatkan pada yang terlupa,menyedarkan pada yang alpa,memberitahu pada yang tidak tahu.
Jangan pernah lelah untuk terus berusaha menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sehari ke sehari.InysaAllah,manisnya hidup ini akan kita peroleh di penghujungnya kelak .......

Friday, 1 June 2012

Info : Jumlah Perbelanjaan Bagi Program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2012



















SEE ??? Nampak tu senarai aktiviti yang di lakukan serta lampiran wang yang di habiskan untuk menjayakan program tersebut ? 

Siapa di antara korang yang pergi Hari Belia minggu lepas?Apa yang korang dapat/faedah yang di perolehi ketika ke sana ?

Share dengan CH .......Sebab CH sempat jugak menjengah ke sana .






Naluri CH : Pada pendapat CH,program 'Himpunan Sejuta Belia ' tu dah tepat sebenarnya.Tapi mungkin aktiviti yang terkandung dalam program tersebut tidak selari dengan matlamat sebenar untuk melahirkan belia yang berinovasi,dan mempunyai sahsiah diri yang dapat di banggakan.Kalau nak meruntuhkan akhlak,bolehlah kot.Tapi,pada yang berkunjung pandai-pandailah bawak diri.Tak payah nak tengok konsert bagai.Cukup jengah ke booth pendidikan dan kerjaya,lagi banyak informasi berguna yang dapat kita perolehi.

Edisi Cintan Cintun :: ''Awak Masih Sayangkan Saya Tak ? ''

















Dah habis baca ke ayat-ayat cinta kat atas tu ? Yang mampu membuatkan hati yang keras boleh jadi selembut sutera,dari tak ada air mata,terus banjir di buatnya.........kahkahkah !!

Memang sakit kepala CH bila baca nota cinta budak-budak ni.Sah-sah masih sekolah rendah lagi ni kalau nak ikut gaya tulisan,eja perkataan pun banyak berterabur.Tulisan dah memang macam budak-budak tak cukup umur......

Bila zaman makin maju,pemikiran budak-budak pun dah terlebih advance.Nak salahkan siapa semua ni jadi ? Abang dan kakak diaorang ke? Huhuhuhuhu.....

Naluri CH : Satu je CH nak pesan,bawak-bawak ler bersabar dulu.Habiskan dulu UPSR,PMR, SPM,STPM,sampailah ke Universiti.Lepas tu,kalau nak bercinta sampai mati pun tak ada siapa yang nak larang lagi.Sebab waktu tu korang semua dah besar,dah boleh fikir sendiri.Baru korang tahu apa itu erti cinta yang sebenar-benarnya.Baru korang tahu makna hidup yang sebenar.Bukan nak bermadah pujangga sahaja,tapi hidup ini adalah lebih dari itu.
Buat adik-adik,selamat menuntut ilmu dan mencapai cita-cita memasing ya......Wassalam . 



p/s : Cara CH tulis pun dah macam nak tulis surat je ....... apa celop yop ???? -,-

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik