Tuesday, 27 March 2012

Cinta Bersegi-Segi ???






Jika anda seorang perempuan : Tidak kira samada anda berstatus girlfriend,tunangan orang atau pun isteri.
Dan bila suatu pagi seorang lelaki : tidak kira samada boyfriend,tunang anda ataupun suami anda berkata:
''Abang nak keluar pergi dating ye''


Errmmmm,apa yang korang rasa eh? Jawapan anda adalah ...............

Sunday, 25 March 2012

Kisah Di Tengah Hari....... :)







Hari ni hari minggu.Hari tidak bekerja bagi yang megikut office hour.Time untuk CH mengemaskan segala yang patut.......Sambil merehat-rehatkan diri ataupun maksud lain bermalas-malasan.Bukan hari-hari pun,kannnnnn?Hihihihihi

Hari ni Along suruh CH masak makanan untuk lunch.Sebab malam tadi dia dah berjaya menangkap beberapa ekor ikan (entah apa namanya) . Ikan tu sedap kalau di goreng.Sambil makan nasi,boleh ratah ikan.Time CH sibuk 'berperang' di dapur,Along keluar kejap.Tinggallah CH dan si comel saja.......



makanan lain yg di masak


Si comel ni memang tak reti dok diam.CH sibuk ke hulu ke hilir,dia pun sibuk mengekor sekali di belakang.Ishh,memang busybody betul kucing sekor ni.Rimas tau tak........ !! -_-
CH pun apa lagi,mulalah bebel-bebelkan dia sambil masak.Ada lerr dalam 5 minit pot pet pot pet sendiri........dan bila CH menoleh ke belakang...........aik? Mana hilangnye kucing sekor tu?Merajuk ke sebab tak layan dia bermain tadi?

CH pun cari dan cari dan cari lagi........dari bawah meja,dalam bilik,tepi kabinet.Semua tempat tak ada.CH pun dah penat.At last,CH terduduk sendiri kat tengah-tengah ruang tamu,menyejukkan badan di bawah kipas.
Tapi tiba-tiba,mata CH dapat tangkap something yang CH dok cari dari tadi......







































Cehhhh,rupa-rupanya dalam paper bag dia duduk.Entah merajuk ke,bosan ke dengar CH membebel,tak tahu lah........CH tak akan pujuk.Lantak ler dia.........Tengok lama mana dia nk duduk dalam tu...... :)


Naluri CH : Habis je masak,terus CH sambar sepinggan nasi complete dengan lauk yang di masak,terus lepak depan TV sambil tengok rancangan Konsert Mania di astro.Tetiba je,si sekor tu datang buat muka kesian nak makan...........hehehehehehe

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN






Salam kenal buat semua....
CH baru bertatih dalam dunia blogging ni.Masih perlu tunjuk ajar dari semua.Kalau ada apa2 yang korang rasa perlu di tegur,silakan.InsyaAllah,CH akan terimanya dengan hati yang terbuka.
Semoga selepas ini kita masih mampu mengukuhkan ukhwah sesama blogger pula....... :)



PEACE !

Full Movie : Twilight - Breaking Down Part 1






Naluri CH : Dah lama CH cari movie ni sebenarnya.Susah sangat nak dapat.Finally,CH terjumpa di blog SINI (hanyapondokusang)

For The Rest Of My Life........I'll Be There For You

From bottom in my heart...... I dedicated this song for you.....









I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you



For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
And now that you’re here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I’ll sing it loud
And that I will love you eternally
Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart


Naluri CH : Semoga Allah mendengar segala doa dan permintaan diri ini.Semoga 'dia' adalah takdir terindah buat diri ini.......Semoga kebahagiaan mampu kita genggam bersama hingga ke Jannah,amin.

Saturday, 24 March 2012

Dia......Hampir Sahaja Mencederakan Ibunya !








IBU....
Siapa di sini yang bernama anak,tetapi tidak mempunyai ibu?Itu pastinya mustahil,bukan?
Lupakah kita bagaimana bersusah payahnya ibu kita mengandungkan kita,mengusung perut yang semakin berat dari bulan ke bulan.Keperitan tidak terhenti di situ sahaja,azab sakit yang di tanggung oleh seorang ibu semasa melahirkan kita,ibarat si ibu mempertaruhkan nyawanya sendiri.Setelah itu,si ibu masih belum punya kesempatan untuk berehat,kerana bersengkang mata menjaga kita,siang dan malam.Segala karenah kita,mengada-ngada yang lebih,sedikit pun tidak melelahkan semangat ibu untuk membesarkan kita.Bahkan dari hari ke sehari,semakin kuat kasih sayang si ibu kepada seorang anak.

Segala sakit melahirkan,penat kerana berjaga malam menenangkan kita (anak) yang tidak dapat tidur,hilang apabila melihat kita semakin membesar dengan sempurna.Harapan si ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya dalam hidupnya (dunia dan akhirat),serta menjadi anak yang soleh-yang mana menjadi harapan ibu bapa untuk mendoakan mereka takkala jasad mereka sudah tertanam kelak.

Namun,apabila kita semakin membesar,lupakah kita jasa serta pengorbanan ibu kita?Kita terlalu hanyut dengan gelora dan godaan dunia yang tidak seberapa hebat.Baru Allah uji sedikit dengan kesenangan dan kebahagiaan,kita terus lupakan orang tua yang tanpa ada istilah jemu membesarkan kita.
Lupakah kita bahawa kehidupan ini sentiasa berputar?Bagaimana kalau suatu hari nanti,anak-anak kita pula yang lakukan sedemikian rupa pada diri kita?Mahukah kita seperti itu?Di lupakan oleh anak-anak?Mahu?

Naluri CH : Tersentak sebentar apabila terdengar berita jam enam sebentar tadi di TV3 berkaitan seorang anak lelaki yang hampir-hampir mencederakan ibunya sendiri gara-gara di tegur oleh ibunya.Bukankah perbuatan menegur sikap anak  yang melakukan kesalahan menjadi tanggungjawab ibu bapa?Kalau bukan ibu bapa yang menegur anak-anak,siapa lagi yang nak di harapkan?Orang lain hanya sekadar melihat.........

Pendamkan Atau Luahkan ???










“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” 
- Hamka -


Rasa cinta yang hadir dalam hati bukanlah paksaan.Ianya datang sendiri dengan keizinan dari-Nya.Untuk mencintai,tidak perlukan sebab dan alasan.Cukup sekadar sekeping hati ini merasainya.

Jangan salahkan diri jika kita sudah mula jatuh cinta pada seseorang,kerana jatuh cinta itu tidak salah.Ia adalah fitrah seorang manusia.Ingin di cintai dan menyintai.Saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Melayari bahtera kehidupan bersama hingga ke hujung nafas yang terakhir.

Naluri CH : Jika kita seorang lelaki,pasti mudah untuk kita luahkan perasaan pada seorang perempuan yang kita cintai.Tapi kalau perempuan,macam mana?Takkan nak lafazkan '' saya cintakan awak'' pada si lelaki.Nanti di kata 'perigi cari timba'.
Apa yang perlu di buat sebenarnya?Takkan hanya memendam rasa?

Monday, 19 March 2012

:: Debaran 21 Mac ::








Keputusan SPM 2011 bakal di ketahui pada Rabu ini,21 Mac 2012.Pastinya ramai adik-adik di luar sana berdebar-debar menantikan tarikh tersebut.Dalam kepala dah tak mampu nak ingat yang lain,hanya result SPM sahaja.Menerimanya dengan senyum terukir di bibir ataupun mendung di wajah ?Hehehehehe

Pada CH,tak usah di fikirkan sangat.Sebabnya,peperiksaan tu dah lama berlalu.Rasanya kita sendiri boleh agak result yang bakal kita peroleh nanti berdasarkan exam yang telah kita lakukan.Kalau kita dah mencuba sebaik mungkin,InsayaAllah pasti keputusannya juga tidak akan menghampakan.Yang penting,banyakkan berdoa,semoga keputusan yang bakal kita peroleh adalah cemerlang,juga jangan lupa memohon ketenangan di hati,amin.

CH hanya mampu doakan semoga adik-adik yang bakal mengambil result tu,supaya kesemua anda akan berjaya menggenggam keputusan yang anda impikan selama ini.Semoga segala penat lelah mengulangkaji pelajaran,sehingga terjejas waktu tidur itu berbaloilah,ya.Semoga dengan keputusan itu juga mampu untuk mengukir senyuman di wajah tua ayah dan ibu.

Naluri CH : Setelah tamat debaran menunggu keputusan SPM,debaran menunggu keputusan UPU pula yang menyusul.Masih layakkan untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi ?Pada yang mendapat keputusan kurang cemerlang,jangan risau.Nanti akan CH update kan satu entry berkaitan dengan sebuah institusi pengajian yang menetapkan syarat kemasukan yang minima.Sabar ya !
Jumpa nanti .......... 

- GOOD LUCK UNTUK SEMUA -  =)

Sunday, 18 March 2012

:: Kisah SEMINGGU punya !

Assalammualaikum,selamat pagi !

Korang ada mana pagi Ahad ni ?Ada aktiviti best tak?Bila tengok di wall FB,kemain lagi beberapa orang blogger senior yang pergi event,seronok ler tu.Tak pe,hati ni tak kisah pun............huhuhuhuhu *tak kisah ke???uhuks ;(
CH pula tak kemana hari ni.Cuma mahu merehatkan diri dan minda je di rumah.Layan si comel lagi bagus.Esok dah kerja semula,kan?Semakin lama,semakin tak sedar betapa cepatnya waktu itu berlalu.

Rasanya dah lama CH tak pot pet pot pet di blog ni.Disebabkan tak banyak masa + malas + tak ada mood nak updated blog.Terasa blur je,apasal eh?

Tapi ada juga beberapa peristiwa yang dah terjadi seminggu ni.Just want to shared with u all,tanggal 13 March 2012 lalu (Selasa),tokwan CH telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman ibu saudara di Ipoh.Time tu,CH di office.Terkejut juga bila tiba-tiba kakak CH di kampung messege kat phone tanya ''kau balik Ipoh dengan Along ke?Terkejut juga baca messege kakak time tu,sebab CH belum tahu khabar yang sebenarnya.So,hari tu,CH terpaksa half day............

Time ni,2 orang ibu saudara CH tak ada kerana pergi megerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.Yang tinggal cuma mak ngah dan mak cik je yang uruskan.Juga cucu-cucunya yang ada.

Waktu terima khabar dari kakak tentang pemergian tokwan,perasaan CH dah lain sebenarnya.Entah,perasaan ni dah lama tak menghuni lubuk hati ni,kali terakhir pun pada tahun 2009,bila arwah abah CH pergi buat selama-lamanya.*sangat tak suka perasaan seperti kehilangan sesuatu





Tapi,kita tetap kena redha,kan?Kita pun nanti bakal melalui saat-saat perpisahan itu juga,Sampai masa,kita akan kembali kepada Yang Maha Pencipta.So,sekarang dah tak ada lagi tangan tua yang CH boleh salam bila pulang ke kampung.Entah macam mana agaknya bila sambut raya nanti,kan?Oh,tetiba dada menjadi sebak !

Naluri CH : Sejak perginya arwah ibu tercinta pada tahun 2005,CH dah tahu apa itu erti sebenar makna sedih.CH keraskan hati,enggan untuk menangis lagi.Seolah-olah seperti tiada perasaan.Mungkin secara lahiriah,orang memandang CH seorang yang ''gila-gila'' dan kekadang menjadi pendiam,tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu.Semua itu takdir dari Allah s.w.t
CH hanya mampu redha dengan segala ketentuan dari-Nya.

Akhir kata,CH minta agar di sedekahkan Al-Fatihah buat mereka,insan-insan kesayangan CH : 

Masiniah Osman (ibu) -2005-
Mohd.Fauzi Sulaiman (adik) -2007-
Sulaiman Yahya (abah) -2009-
Ramlah Hussin (nenek) -2010-
Osman Abd.Kadir (tokwan) -2012-

Wednesday, 7 March 2012

Kreatif,Bukan ??? Anda Mampu ??




                   Folded Book Pages of Words and Signs

Okay.Hari ni nak share something dengan korang semua.Terutama pada kawan-kawan yang asyik kena mengadap buku hari-hari.*Students.
Sure ngantuk dan letih,kan?So,apa kata kita jadi ''seseorang yang kreatif hari ni ???
At least,boleh juga merehatkan otak sedikit,kan ??? 
Jom kita tengok kat bawah  ni ...........  =) 



























Naluri CH : Korang boleh tak buat macam ni?Kalau CH,habis lunyai agaknya buku tu di kerjakan.Paling kreatif pun mampu buat macam ni je lah :








P/S : Buatkan nama 'Cahaya Hidup' ,boleh ??? ^__^

Tuesday, 6 March 2012

''Sang JUARA :: Mampukah Kita ???''









Korang semua pernah main permainan ''Treasure Hunt''  tak ? Tak kisahlah samada main betul-betul ataupun secara online.Takpun korang cuma pernah tengok je macam dalam rancangan ''Explorace'' di TV3 tu.Pernah?Bagi CH,bermain permainan tu best sebab mampu menguji minda dan stamina kita.Di samping tubuh di uji dengan aktiviti lasak,minda turut bergerak memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang di beri.

Bila nama pun dah ''Treasure Hunt'',maksudnya kita kena 'hunt' segala klu untuk mendapatkan jawapan bagi setiap soalan yang telah di berikan kepada kita.Dan setelah itu,barulah jelas untuk langkah yang seterusnya.Tapi dalam perjalanan mendapatkan klu,pelabagi ujian dan cabaran yang diberikan,bukan?Kena terjun lumpurlah,mandi sabun,makan benda-benda pelik.takpun terjerut diri ke atas pokok.Itu belum masuk bab yang kena pegang binatang-binatang yang cukup 'menyeramkan' dan 'menggelikan' seperti ular,harimau.Takpun macam pacat ke,lintah ataupun cacing.Scary,kannnnnnnnnnnnnnnn ?? 

Dalam pengembaraan untuk mengumpul kesemua klu yang perlu di cari,kita juga boleh mengaut seberapa banyak point sebagai mata tambahan yang mana ianya akan mempengaruhi pemarkahan kita nanti di hujung pertandingan.Dengan markah tersebut,barulah kita dapat mengetahui di mana kedudukan kita.Samada juara,naib juara atau sekadar yang ke-3 sahaja.Tapi semua orang mengimpikan 'JUARA',bukan?Barulah berbaloi segala penat-lelah kita dalam pengembaraan memburu 'juara' Jadi,usaha haruslah di gandakan dari peserta yang lain.Betul tak?

So,apa yang dapt kita simpulkan di situ???
Sebenarnya,hidup kita di dunia ini juga sama macam permainan ''Treasure Hunt'' tu.Setiap dari langkah kita di muka bumi ini,kita sentiasa di uji dengan pelbagai cabaran dan rintangan.Hanya mahu menguji sejauh mana kekuatan iman di hati kita.Dan seteguh mana rasa yakin kita terhadap-Nya.Bukan untuk membebankan kita,jauh sekali menyeksa.






Dalam perjalanan hidup yang serba singkat melalui segala cabaran,jangan lupa mengaut seberapa banyak 'point' pahala sepanjang laluan yang kita gunakan.Gunakan segala apa yang ada untuk menyapu bersih segala pahala yang ada.Kerana di akhir perjalanan nanti,jumlah pahala itu yang bakal menentukan di mana tempat kita.Terus ke Syurga,ataupun ke neraka dahulu sebelum ke syurga.Takpun,adakah kita akan terus kekal di neraka??Nauzubillah..........minta di jauhkan.

Tumpuan destinasi kita hanya satu sahaja.Akhirat.Di sanalah kehidupan sebenar kita akan bermula.Apa,bila dan bagaimana hanya akan terjawab bilamana kita menamatkan perjalanan hidup ini.Moga kita mampu mengakhiri pengembaraan hidup ini dengan bekalan 'point' pahala yang banyak, berbaloi dengan usaha kita menempuh segala dugaan yang di beri.Semoga kekuatan Iman kita mampu menjadi benteng diri dari di jilat api neraka.

Naluri CH : Kita cuma manusia biasa.Yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang mengundang dosa.Mungkin kita punya matlamat yang sama iaitu 'Syurga' tetapi 'usaha' kita itu yang membezakan keputusan yang bakal kita terima kelak.
Syurga dan Neraka.........yang mana pilihan hati ??? Jangan sampai tersalah langkah sehingga kita tidak lagi punya pilihan untuk memilih.......... 





Monday, 5 March 2012

Siapa Kita Sebenarnya ??? Tanya Pada Diri.......













''Apalah yang nak di banggakan sangat dengan apa yang telah dan pernah kita miliki di dunia ini.Semua itu tidaklah bersifat kekal,kecuali sementara.''



Mungkin di dunia kita mampu membangga diri dengan segala harta benda,pangkat dan rupa.Namun realitinya,kita sama sahaja.Yang membezakan kita dengan yang lain adalah amalan.



Naluri CH : Semoga kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai,lagi menyesatkan.

Kredit to : Rindok.com

Lima Negara Paling MISKIN ??? Benarkah ???



Assalammualaikum.
Lately sangat jarang CH update blog.Ya,di sebabkan kekurangan masa yang ada dan juga akibat dari minda yang 'blur' ,better tak payah tulis apa.Nanti kalau tulis jugak,mahu entry merepek yang keluar nanti.Tak pasal-pasal je boleh cetus kontroversi...........Hahahahahaha
So,hari ni CH ada sikit masa,better CH kongsikan serba sedikit maklumat yang ada,kan?
Enjoy,okay..........!!!  =)





5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!


 

4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135. 




3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh  didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.



2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.
 


1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.


Naluri CH : Walau di mana kita berada,bersyukurlah.Duduk di Malaysia pun terbaik jugak,kannnnnnnnn ???

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik